RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 30 Jun 2010

ISU SELANGOR - ULASAN PENCACAI TUA YANG NYANYOK

Apabila membaca Azmin Lawan Khalid -Yang tersurat dan tersirat tulisan A.Kadir Jasin, akhirnya aku terpaksa mengakui inilah tahap tertinggi pemikiran beliau.

Apabila membaca artikel tersebut, maka terjawablah persoalan yang telah lama bersarang dikepala bagaimana beliau dilantik sebagai ketua pengarang NST.

Quote ini menunjukkan betapa tinggi tahap pemikiran A Kdir Jasin.

"Sebaliknya, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar belum tentu selamat kerana, mengikut laporan media massa, penentangan terhadap beliau masih berterusan. http://kadirjasin.blogspot.com/ "

Pelbagai artikel telah dikeluarkan dan Khalid telah mengaku bahawa dia bukan pemain politik yang popular.....

Setiap warga GUTHRIE mengenali siapa Khalid Ibrahim dan mengakui jasa Khalid kepada GUTHRIE dan PNB. Ramai mengakui betapa hebatnya Khalid Ibrahim sehingga beliau mendapat gelaran TAN SRI atas tiket usahawan bukannya politik.....

Ramai penyokong PR mengenali Azmin dari awal penglibatan beliau dalam KEADILAN. Sentiasa berdiri teguh dibelakang DSAI sehinggakan isteri beliau difitnah mempunyai hubungan sulit dengan DSAI hingga melahirkan anak luar nikah. Beliau sanggup menghadapi ujian DNA bagi membuktikan bahawa tuduhan itu satu fitnah..

Beliau juga sanggup bersengketa dengan adik-adik beliau dalam menegakkan keadilan. Semasa adik-adik beliau diketuai oleh Asmidar terpengaruh dengan wang ringgit hasil umpanan Mahadet... Azmin masih lagi kukuh bersama dengan kepercayaan dan prinsip keadilannya...

Itulah Azmin dan itulah Khalid Ibrahim yang mewakili PR.

Kenapa Kadir Jasin tidak mengatakan betapa UMNO terangganu, kedah, selangor dan beberapa negeri lagi berada didalam kekalutan politik dan kepercayaan kepada pemimpin.

Di Terangganu, Hishamuddin menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri, manakala Mat Said menjadi Menteri Besar... Kenapa tidak pertikaikan.

Di Perlis, Ketua Perhubungan Negeri masih disandang oleh Shahidan Kassim tetapi MBnya ialah Mat Isa..

Dikedah, diletaknya Safie Afdal dari Sarawak menjadi ketua Perhubungan Negeri mengantikan Mahatir Khalid anak tempatan....

Inilah tahap tertinggi pemikiran A Kadir Jasin yang mendapat gelaran datuk atas tiket pengampu Chet Det./Forum Tranungkite

4 ulasan:

  1. Pembetulan...Shafie Afdal dari Sabah bukan Sarawak.

    BalasPadam
  2. Masih tidur rupanya kawan kita ini.Kalau tidak tertidur tentu Wan telah lama kenal Kadir Jasin,siapa dia dan hala kemanakah pandangan beliau.Jika kenal tentu tiada ada apa yang bolih diharapkan untuk mendapat satu komen yang menyenangkan penyokong Pakatan sebagaimana tidak senangnya penyokong Umno terhadap tulisan tulisan Wan.

    BalasPadam
  3. Tkasih atas teguran tentang Shafie Afdal. Tentang Kadir Jasin, ramai yg tahu tapi ada juga pencacai Umno yg sentiasa telan bukat2 ckp2 beliau. Tugas kita blog pro PR mmberi ulasan dan jawapan kpd tulisan Kadir agar tidak ramai yg menjadi bodoh. Itu saja.

    BalasPadam
  4. setuju wan, biasalah tulisannya mewakili umno...kalau atas pagar pasti seimbang dan ulas juga situasi perlis....

    BalasPadam