RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 1 Julai 2010

MARUAH ALI RUSTAM DICABAR DI BUMI MELAKA, BERANIKAH ALI RUSTAM ?

PAS dakwa ceramahnya di Melaka diganggu

Jun 30, 10


PAS mendakwa siri ceramahnya yang diaturkan sejak beberapa minggu lalu di Melaka terus diganggu oleh penyokong Umno-BN.

Dalam kejadian terbaru, ketua penerangan PAS, Melaka, Sofi Wahab berkata ceramahnya di perkarangan pejabat parti itu, di Bukit Baru Dalam diganggu dengan tayangan perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Jepun dan Paraguay.

“Mereka sengaja membesarkan 'suara' siaran langsung tersebut sehingga membingitkan telinga para hadirin yang mendengar ceramah,” katanya.

Menurut Sofi program siaran langsung perlawanan bolasepak dan ceramah Umno-BN itu dianjurkan secara ad-hoc semata-mata untuk menganggu ceramah mereka.

“Tidak lama kemudian mereka menutup siaran langsung tersebut dan mula mengadakan ceramah bagi menganggu ceramah PAS,” katanya kepada Malaysiakini.

Penceramah pertama di pihak PAS ialah ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dari DAP tetapi pada masa yang sama BN juga menganjurkan majlis berasingan di kawasan berdekatan dengan ucapan oleh Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo.

Dalam ceramahnya Khoo mencabar penceramah Umno supaya tampil untuk berdebat dengannnya di hadapan rakyat bagi menjelas pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Ini disusuli dengan ucapan naib presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub yang hampir serentak dengan ceramah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Suasana dilaporkan menjadi semangat panas apabila Mustafa membangkitkan isu siapa sebenarnya pengkhianat Melayu sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN.

“Pengkhianat Melayu bukannya PKR, PAS hatta DAP tetapi Umno-BN lah pengkhianat sebenar.

“Siapa yang menghancurkan bahasa Melayu dengan dasar PPSMI? Siapa yang mempermainkan agama dengan menghalalkan judi bola? Siapa yang menggadaikan tanah KTM kepada Singapura?” soal Mustafa.

Seterusnya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengambil gilirannya sebagai penceramah terakhir sementara Ali Rustam meneruskan ceramah beliau.

“Semua orang tahu bahawa ketua menteri tuan-tuan telah disabitkan kesalahan rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno ketika bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada pemilihan yang lalu,” sindirnya.

Salahuddin juga meminta rakyat mengutuk tindakan kerajaan kerana menyerahkan tanah KTM kepada Singapura dan kawasan perairan yang kaya dengan minyak - Blok L dan M kepada Brunei.

“Otak pemimpin BN macam bola cantik di luar kosong di dalam sebab itu mereka sanggup menggadaikan kepentingan dan kedaulatan negara kepada negara luar,” perlinya.

Sehubungan itu, Salahuddin mengajak Ali Rustam supaya berdebat dengannya secara langsung dengan disiarkan di televisyen dan bukannya bercakap dari jauh./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan