Oleh: WFAUZDIN NS
PAHANG Daily Online hari ini menyiarkan berita yang dipetik dari Blog Cucu Mat Kilau (CMK) bahawa bekas ahli PKR itu berhasrat untuk bertanding di dalam PRU ke 13 nanti. Kita sedia maklum bahawa CMK setakat ini masih belum berparti tetapi dari gerak kerja beliau seolah-olah menjurus kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR).
Di dalam PR, kita ada PKR, PAS dan DAP dan kesemua parti ini memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat jelata tidak mengira kaum dan agama. CMK pun di dalam alasannya untuk bertanding di dalam PRU akan datang nanti adalah juga untuk memperjuangkan nasib rakyat. Jika kita bertanya kepada Umno pun, itu lah juga tujuan mereka menyertai pilihanraya. Alasan sedemikian adalah perkara biasa buat parti-parti politik.
Bezanya, CMK mahu mencuba memperjuangkan nasib rakyat tanpa melalui jemaah atau parti. Jika mahu disamakan boleh lah juga disamakan dengan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang sentiasa menyebut untuk memperjuangkan rakyat bawahan. Tetapi, CMK jauh lebih mulia dari Ibrahim Ali yang sinonim disebut Ibrahim `al-kataki' atau raja katak itu kerana MP Pasir Mas ini `khianat' kepada amanah yang diberi oleh PAS yang meminjamkan kerusi kepadanya. CMK tidak begitu, beliau keluar parti dan tidak pernah khianat kepada sesiapa.
Sebelum ini saya ada menulis bahawa CMK bakal bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Najib. Mungkin di atas faktor-faktor kewangan yang agak tinggi untuk bertanding di Parlimen, CMK mula berfikir hanya untuk bertanding di Dun sahaja. Masalahnya, apakah CMK akan memulakan `khianat' kepada bekas partinya dahulu mahupun kepada rakan sekutu di dalam PR? Ini adalah kerana difahamkan kesemua Dun di Negeri Pahang akan ditandingi oleh salah satu parti di dalam PR. Ertinya, jika CMK ingin juga bertanding mahu atau tidak, CMK terpaksa berdepan juga dengan rakan-rakan beliau di dalam PR. Di dalam politik, inilah satu `pengkhianatan'.
Jadi, jalan terbaik dan untuk menjaga namanya yang selama ini dilihat `bersih', wajar rasanya CMK memasuki mana-mana parti samada PAS atau DAP. Kita tahu, beliau sememangnya aktif di dalam beberapa program ceramah anjuran PR di negeri ini termasuk juga di dalam beberapa perhimpunan atau demontrasi anjuran NGO atau PR. Tentulah janggal rasanya CMK secara tiba-tiba ingin `berlengan' dengan rakan-rakannya itu. Walaupun CMK bukan berniat untuk `khianat' rakan sendiri, tetapi tindakan beliau nanti dibimbangi akan mengubah persepsi orang terhadapnya.
Saya menyatakan sedemikian bukan kerana saya bimbang PR akan tewas akibat pecahan undi jika CMK bertanding, tetapi saya merasa bimbang jika segala perjuangan CMK selama ini mula dianggap oleh rakyat sebagai `tidak ikhlas' angkara tergamaknya CMK menentang rakan-rakan di dalam PR. Mungkin ada cara untuk mengelakkan anggapan ini iaitu dengan PR memberi laluan kepada CMK untuk bertanding di mana-mana kerusi Dun yang bersesuaian buatnya. Tetapi, adakah PR bersedia untuk berbuat demikian di saat PR komited untuk merampas Pahang dari Umno/Bn? Saya rasa tidak mungkin, kerana pada waktu ini pun di kalangan PR masih berusaha memancing untuk mendapatkan kerusi yang lebih untuk parti masing-masing. Tentulah tidak lojik jika PR boleh menyerahkan satu kerusi kepada CMK.
Ada rakan bertanya kepada saya, mungkinkah CMK mengistiharkan dirinya untuk bertanding di dalam PRU nanti semata-mata mahu bikin `gempak' dan menguji `pasaran' nilainya? Rakan saya memberi andaian bagaimana jika ada parti yang sanggup menawarkan `habuan' kepada CMK agar menarik diri dari bertanding? Saya tidak mahu memberi komen kerana setakat saya kenal CMK, maruah beliau tidak akan menjadi `semurah' itu.
Kesimpulannya, secara peribadi elok sangatlah CMK sertai mana-mana parti di dalam PR terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk bertanding. Mungkin ada parti yang bersedia untuk memberi peluang kepada CMK menjadi calon kerana beliau memang layak dan boleh menjadi calon, tetapi bukan calon Bebas./wfauzdin.blogspot.com

hari ni aku berselisih dgn seorang mamat melayu yg naik moto,masa tu aku nak cross jalan keseberang dan aku amat yakin yg jalan aku tu sah dan betul,tetapi seorang mamat ni yg masuk ke jalan aku dgn laju hon dgn kuat dan tgk aku secara tak puas hati...aku tertanya2 dan tgk sekali lagi dan sah mmg jalan aku...dan aku terfikir yg mamat melayu ni ibarat "PERKASA" yg perjuangkan melayu kononnya...walaupun secara sedar atau tidak sedar jalan yg dilalui salah,dia dgn bangga tetap nak salahkan orang lain...persoalannya mamat ni ibarat "bodoh sombong ke?" atau pun "bangga buat salah?"....tetapi nyata tak semua melayu mcm tu..so aku yakin mamat tu hanya berseorangan....huhuhu....
BalasPadambila disebut mat kilau teringat aku kepada cerita ibuku bahawa tok nyang aku bernama WAN ALI dulu berasal dari pasir putih kelantan terpaksa lari kenegeri kedah semasa berada dikedah gelaran wan dibuang dan dikenali dengan panggilan hj Ali sahaja beliau melarikan diri kerana menentang pehak pejajah.
BalasPadamdiceritakan,
beliau hadal dalam ilmu persilatan, duduk dalam keadaan bersila beliau boleh melumpat lepas bumbung rumah beliau munkin seangkatan tok Mat Kilau dalam pertengahan kurun ke19.