IBRAHIM ALI Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas terkenal dengan nama `raja katak' yang ingin `berjihad' dalam `Perang Salib'. Agak kelakar bila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' apabila isu Kristian sebagai agama rasmi negara ini dimainkan oleh Blogger celaka yang tidak pun ditangkap sehingga sekarang.
Tahukah Ibrahim Ali apa itu `Perang Salib'? Apabila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' maka ramai yang keliru akan agama MP Pasir Mas ini. Istilah `Perang Salib' itu sebenarnya digunakan oleh kumpulan `Pejuang Kristian' untuk menentang Pejuang Islam suatu ketika dahulu. Bagi Pejuang Islam peperangan ini disebut `Perang Fi-Sabililillah' atau `Perang Sabil'. Itu istilah buat orang Islam, tetapi Ibrahim Ali menyebut sanggup berperang salib, ini bererti istilah pun Ibrahim tidak tahu guna.
Saya pernah menyebut sepatutnya Ibrahim Ali boleh `berjihad' yakni berkorban di Pasir Mas iaitu meletakkan jawatan MP Pasir Mas atas alasan kukuh iaitu majoriti pengundi-pengundi beliau dahulu sudah tidak redha beliau sebagai Wakil Rakyat mereka. Jika Ibrahim Ali sanggup `Perang Salib' yang nyawa adalah gadaiannya, maka mengapa takut mahu korbankan Kerusi Parlimen? Kalau mahu lepaskan Kerusi Parlimen yang tidak diredhai itu pun takut, usahlah Ibrahim Ali berdegar-degar mahu berjihad `Perang Salib'.
Hari ini pula, Ibrahim Ali mendakwa bahawa beliau tidak kebal dari segi undang-undang apabila rakyat tertanya mengapa beliau tidak ditahan atau ditangkap apabila beliau memainkan isu `Perang Salib'? Sebaliknya, raja katak dari Pasir Mas ini mendakwa DS Anwar lah yang kebal sebenarnya. Benarkah DS Anwar itu kebal? Butakah mata Ibrahim Ali sehingga tidak tahu sejarah DS Anwar semenjak tahun 1998 sehingga kini? Bukankah Ibrahim Ali di antara orang pertama yang memeluk dan mencium tangan DS Anwar sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara dan dibawa untuk rawatan di German?
Ibrahim Ali berkata, " Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan pemimpin yang 'tidak boleh disentuh' kerana masih mengulas mengenai kes yang dibicarakan di mahkamah (Malaysiakini). Ibrahim Ali nampaknya cuba mengaitkan DS Anwar untuk melindungi kebaculannya. Memang wajar beliau dan Nazri Aziz saling menuduh sebagai `Badut Sarkas' kerana kedua-duanya memang `Joker Badut' yang murahan.
Saya mahu tanya Ibrahim Ali, apa bentuk penderaan dan kezaliman yang tidak pernah dilakukan terhadap DS Anwar? Diaibkan, difitnah, ditahan. dipenjara, ditelanjangkan, dipukul, digantung dari Parlimen, disekat berceramah, diugut dan berbagai lagi yang membuktikan tiada seorang tokoh Melayu Islam di negara ini mungkin di abad ini yang melalui apa yang DS Anwar lalui. Jika Ibrahim hanya boleh berbangga dengan kemasukan beliau ke dalam penjara untuk menunjukkan kehebatannya, kita boleh kumpulkan berapa ramai pejuang politik yang pernah masuk penjara. Tetapi, berapa ramai yang boleh bertahan apabila keluar dari penjara untuk terus berjuang? Ramai juga yang pernah masuk penjara, keluar penjara terus menjadi pencacai kerajaan yang zalim. Tidak percaya, cuba bertanya Ezam raja sesumpah. Pada saya `Ismail Kerbau' lebih hebat kerana lebih kerap masuk penjara dari Ibrahim Ali.
Mahu tahu kebal atau tidak, saya cadangkan Ibrahim Ali diterima masuk PKR, PAS atau DAP, kemudiannya buat kenyataan seperti yang beliau sebut baru-baru ini iaitu sanggup `Perang Salib' dengan golongan Kristian. Saya rasa tidak sempat Ibrahim Ali telan air liur, beliau akan disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta ISA. Tidak percaya? Kita boleh beri Ibrahim Ali untuk mencuba./wfauzdin.blogspot.com
KATAK BRAHING PANDY KUTTY BELAAN MAMAK ISKANDAR KUTTY MALBARI TU MABUK KOT ! BAHASA PUN TAK RETI MACAMANA LA DIANGKAT DOGOI-DOGOI JADI WAKIL RAKYAT ? JADI WAKIL KATAK PUN SANG KATAK SEMUA TAK SANGGUP :)
BalasPadamAku rasa buguih juga brahim katak tu menjerit sorang2 ia lg menguatkan PR cer tgk mca & gerakan tunggu masa je nak kuar dari BN n join PR...nanti tinggalah umngok sorang2 dlm party baru betuii anak jantan
BalasPadamteman berani kerat kote kalu brahim letak jawatn MP Pasir Mas
BalasPadam