RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 25 Julai 2011

BICARA BERSIH MALAM INI (25 JUL) DI KUANTAN

Oleh: WFAUZDIN NS

GELOMBANG BERSIH 2.0 masih belum reda. Di merata-rata tempat banyak program telah dibuat untuk menerangkan kepada rakyat tentang apakah tujuan BERSIH sebenarnya sehinggakan pihak kerajaan terlalu takut dan gementar dengan gelombang BERSIH ini.

Ketakutan mereka amat ketara sekali sehinggakan terpaksa menayangkan video atau rakaman CCTV bagi membuktikan betapa`mesranya' pihak Polis di dalam menangani Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Hakikatnya, lagi banyak mereka bercakap, lagi banyak media memainkan isu tersebut untuk memburukkan BERSIH dan juga parti Pembangkang, maka bertambah ramai yang tidak mempercayai mereka.

Malam ini, 25 Jul 2011 (Isnin) Program Bicara BERSIH akan diadakan di Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Beserah, Kuantan. Sesiapa yang hadir malam nanti disarankan agar memakai baju kuning bagi menandakan bahawa BERSIH tidak berakhir pada 09 Jul 2011 sahaja. Kempen baju Kuning juga telah dilakukan pada setiap hari Sabtu selepas perhimpunan 09 Jul yang lalu.

Malam ini, kita akan diberi penerangan tentang BERSIH pasca Perhimpunan BERSIH 2.0. Berikut adalah butir-butir program malam ini:

BICARA BERSIH

Tarikh: 25 Jul 2011 (Isnin) Jam: 9 Mlm
Tempat: Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Beserah, Kuantan (Berhadapan Klinik Komuniti)

Tetamu Istimewa:

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said

Turut Bersama:

Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN
YB Fuziah Salleh - MP Kuantan
Sdri Siti Aishah - Ketua Serikandi PKR Pusat
Sdr Nizam Abd Hamid
Sdr Man Kadir @ Pak Jabit - Dramatis
Serta Wakil Dari PAS dan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan