RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 22 Julai 2011

JIKA BENAR, MENGAPA MOTOR MAT SABU MELANGGAR BAHU JALAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM di kaca TV, dengan penuh bangganya Polis menunjukkan rakaman video CCTV yang kununnya menggambarkan Polis tidak bertindak ganas kepada para peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul lalu. Sebelum ini, kita dihebuhkan dengan berita bahawa para peserta perhimpunan yang telah ditahan pada ketika itu diberi makanan mewah iaitu bajetnya RM 25 satu kepala.

Akhbar Sinar hari ini memetik bahawa Polis berkemungkinan akan mendakwa Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu kerana kununnya beliau menipu apabila mendakwa pihak Polis telah melanggar motorsikal yang dinaikinya sewaktu perhimpunan. Pihak Polis mendakwa, rakaman CCTV menunjukkan motor yang dinaiki oleh Muhamad Sabu telah melanggar `bahu jalan' dan kemudiannya melanggar bahagian `fender' sebelah kanan kenderaan Polis.

Saya amat bersetuju agar pihak Polis mendakwa Timbalan Presiden PAS tersebut dan sememangnya Muhamad Sabu amat berharap untuk berjumpa dengan pihak Polis di mahkamah. Bahkan, dikatakan bukan sahaja Muhamad Sabu yang mahu agar peristiwa semasa di Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu dibawa ke mahkamah, malahan ramai lagi yang akan berbuat demikian. Sehinggakan soal bajet RM25 satu kepala pun mungkin akan dibawa ke mahkamah kerana kita pelik begitu `mewah'nya peserta-peserta yang ditahan itu makan sewaktu di dalam tahanan. Kita mahu tahu siapakah yang diberi kontrak untuk membekalkan makanan `semewah' itu dan adakah memangnya berpatutan dengan harga tersebut?

Saya tidak peduli sangat samada Muhamad Sabu melanggar `bahu jalan' atau terlanggar kenderaan Polis. Saya cuma ingin tahu mengapa motosikal yang dinaiki oleh beliau boleh terbabas sedemikian rupa? Ertinya, sudah tentu ada sesuatu yang membuatkan haluan motosikalnya terbabas, jika benar ianya terbabas. Adakah ada sesuatu cubaan untuk melanggarnya atau menakutkannya? Dan, mengapa perlu berbuat demikian?

Sekali lagi kita mahu bertanya, seandainya Perhimpunan BERSIH 09 Jul yang lalu diberikan permit dan dikawal sebaik mungkin di Stadium Merdeka, adakah akan terjadi semua peristiwa seperti ini? Perlukah ada kecederaan sehingga ada yang maut? Perlukah 11 doktor di Hospital yang mendakwa kawasan Hospitalnya disembur sanggup membuat akuan bersumpah bahawa Polis telah melanggar etikanya? Perlukah juga Kerajaan berbelanja puluhan ribu ringgit untuk makanan para peserta perhimpunan yang ditahan dan juga belanja membekalkan segala bahan kimia cecair mahupun gas?

Ini semua berlaku kerana sifat angkuh pemerintah yang merasakan rakyat boleh diperbodohkan sepanjang masa. Hak yang termaktub di dalam Perlembagaan di bawah Perkara 10 tidak lagi didaulatkan. Sejak awal lagi sebelum perhimpunan tersebut kita sudah nampak mainan mereka untuk menggambarkan BERSIH ini seolah-olah kumpulan `subversif' atau Komunis. Akhirnya kita telah membuktikan siapa sebenar yang bersikap sedemikian.

Percayalah, tayangan video atau CCTV samada benar atau tidak tidak lagi dipersoalkan oleh rakyat. Kita hanya mempersoalkan mengapa hak kita untuk berhimpun secara aman dinafikan? Mengapa terlalu takut dengan `KUNING' ? Adakah kerana BERSIH cuba memperjuangkan keadilan di dalam sistem pilihanraya, maka itu suatu dosa besar? Cuba sebut, fahaman Komunis mana yang suka pada pilihanraya apatah lagi mahu membersihkan sistem Pilihanraya? Jangan cuba untuk memperdaya rakyat dengan rakaman video atau CCTV sepertimana rakaman video seks hitam putih itu. Rakyat juga ada maklumat selain dari maklumat yang kamu paparkan itu. /wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. Mat Sabu terlanggar bahu jalan,pastu terlanggar pulak fender sebelah kanan kenderaan polis?kah..kah,maknanya dari arah bertentangan.
    Kita kat Malaysia ni memandu sebelah kiri jalan,masa keta polis sampai Mat Sabu terus masuk kekanan pegi langgar keta polis? kah..kah...

    BalasPadam
  2. BANGANG BANGANG BANGANG!

    ARITU MAT SABU CAKAP DIA DILANGGAR KETA POLIS!
    DASAR PAS PARTI PENIPU ANJING DAP BANGSAT!
    BUKTI VIDEO DAH ADA MCM KES ALJUBURI ARITU, KO NAK CAKAP APA LAGI BAHLOL!!!!

    PAS KANTOI LAGI, LAGI & LAGI!

    BalasPadam
  3. Anon 1.14pm

    Saya bukan ahli PAS, DAP atau PKR mahupun BN.Apa yang saya tahu PDRM, SPR da SPRM dah tak boleh lepas dari tohmahan rakyat Malaysia. Kalau kita pergi kemana saja, baik di Sarawak, Sabah, Semanjung,Brunei, Singapore, Indonesia dan Thailand rata-rata masyarakat menyoal "kenapa jadi begini dan begitu".Banyak yang tertanya-tanya dan menggeleng kepala tanda tidak bersetuju, misalnya kes Teoh Beng Hock-kenapa akhirnya dikatakan bunuh diri. Sekiranya tak bersetuju beerti derhaka kepada YDPA.

    Kes Ahmad Sarbini- Tidak bunuh diri, tiada yang bunuh tapi mati???

    PDRM terpaksa buat segala 'magic' menerusi TV, dan media menangkis segala tohmahan walaupun mereka tahu mereka tetap bersalah. Apa lagi yang dapat mereka buat melainkan dengan menggumpul semua video-video yang ada di you tube, mencari dimana ada peluang untuk diedit dan dimanupulasi.

    Kalau dilihat dari rakaman "CCTV" jelas ianya bukan CCTV yang sebenar. CCTV seharusnya luas bukan setakat setengah motosikal saja tak nampak muka.

    BalasPadam
  4. Malang bagi mereka yang tidak dicelekkan mata hati oleh Allah melihat kekerasan dan kezaliman polis melayani rakyat 9 Julai lalu.

    Malang bagi mereka yang dianugerahkan Allah dengan mulut yang suka berhujjah dengan kata nista dan sumpah seranah

    BalasPadam
  5. BANGANG PAK HANG BANGANG.

    CCTV DILETAKKAN RENDAH SAMA PARAS DENGAN KENDERAAN.

    SUDUT LENSA VIDEO MEMBUKTIKAN

    TU BUKAN CCTV TETAPI PUKI

    BalasPadam
  6. hanpa ni kalau org umno kata,buat durian itu kulit nya berduri pun,,hanpa mesti tak percaya,,samemang durian berduri,,,tak tau lah,,,dunia akhir zaman

    BalasPadam
  7. Vcd compilation Bersih hendaklah dicetak dan diedarkan keseluruh pelusuk kampung secepat mungkin sementara masih panas agar penduduk yang buta internet mendapat gambaran sebenar..

    BalasPadam
  8. pehak penguasa umnongok boleh menipu warga tempatan yang buta IT tapi tak boleh tipu warga dunia yang mendapat berita terus menerus mana letaknya muka najib apa bila tiba diperis disambut dengan kerenah seolah2 dipermainkan oleh pehak penguasa disana.
    cincin bernilai 70 juta
    komisen kaal selam 540 juta
    saham bumi putra 52 bilion
    tanah KTNB bernilai 3.5 trilion

    BalasPadam
  9. "TU BUKAN CCTV TETAPI PUKI"..ya.ya aku setuju, itu bukan CCTV tapi puki, puki dengan burit adalah sama, jadi duit dan burit tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia;

    BalasPadam
  10. polis dah langgar la..sampai besepai kepala otak dia..pastu polis kutip dan sambungkan balik urat kepala otak dia..tu yg dia tak pasti sama ada land rover,pajero atau kereta yg langgar.. cuma kulit tempurung lutut dia polis nak baiki.. tu yg hantar kat hospital repair... mungkin lepas ni dia kata tu bukan dia..sebab perut dia sangat boroi...yg dalam gambar tu kurus sedikit...

    BalasPadam
  11. Tak kisahlah apa yang UMNO akan kata... yang pasti aku aku akan buat Najib menangis dalam PRU13 nanti.

    BalasPadam
  12. oh patutla mat sabu kena langgar waja rupana yang polis cakap sibuk2 pasal kereta depan tu napa..binggong emak aku..

    BalasPadam
  13. mat sapu terselamat lg sejak ditangkap khalwat di sebuah hotel, skrg ditangkap menipu rakyat dgn mengatakan dirempuh land rover polis..spt anwar aljuburi, pemimpin2 PR bebas melakukan segala kemaksiatan kerana mereka kebal, dipertahankan oleh puak2 munafik yg ditipu penyesat islam, si nicky ajis..amal maaruf nahi mungkar ditolak ketepi, tetapi sanggup baring dijalanraya berpura2 mati berniat jahat utk memburuk2kan org lain..semoga mereka2 ini tidak ditempatkan bersama puak2 yahudi dipadang mashyar kelak..aminn..

    BalasPadam
  14. kepada tanpa nama 1:59 am- suka hati hang ja kata orang berpura-pura sakit, kalau hang yang kena macam mana?suka lah hang doktor letak skru dalam tulang? sukalah hang masuk hospital? sukalah hang kena gas pemedih mata, kena pukul dengan polis sampai mati? lepas tu doakan plak orang yang dianiayai ni diletakkan kat tempat puak2 yahudi,kena orang2 yang dianiayai ni doakan untuk hang plak macam mana? suka? umco yang terang2 lagi bersuluh guna penasihat yahudi tu macam mana? apa hang merapu sangat ni? bukalah mata hati tu sikit. simpan2 lah sikit bengong tu

    BalasPadam