RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 17 Julai 2011

ROSMAH MANSOR MAHU WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT

Oleh: WFAUZDIN NS

TABIK saya pada Rosmah Mansor yang mahu menggalakkan wanita Muslim menutup aurat. Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan Festival Fesyen Islam (IIF) yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan pakaian yang menghina agama Islam itu sendiri.



Malaysiakini melaporkan, "Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat."

Saya percaya dan yakin, ketika kenyataan ini dibuat oleh Rosmah, beliau tentunya di dalam keadaan menutup aurat. Samada beliau memakai cincin yang jutaan ringgit atau tidak, itu persoalan lain kerana beliau telah pun menutup aurat sebagai Muslimah sejati yang menjadi contoh kepada rakyat terutamanya wanita Muslim.

Beruntunglah suami Rosmah mempunyai isteri yang Solehah seperti beliau. Tabik, Kak Mah./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. untunglah najib memperoleh isteri solehah. Makin diberkatilah negara kita kerana mendapat pemimpin yang soleh dan isterinya yang solehah.TABIK SPRING SEKALI!
    UUUWWWWWWWWWWWWWEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKKK

    BalasPadam
  2. ini cakap tak serupa bikin

    BalasPadam
  3. ooi opah Mah! tutup aurat cara islam ke atau cara wanita umno. Kalau cara islam baguslah, tapi kenapa opah tak pakai tudung? Tapi kalau cara wanita umno tak betul (cara yang menyesatkan). Cara tutup aurat yang macamana opah suruh?

    BalasPadam
  4. bagui2 jgn ikut mcm suami datin ..ckp lain buat lain ....

    BalasPadam