RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 21 Ogos 2011

JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN - PAKATAN RAKYAT DAN BERSIH WAJIB TOLAK

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAK dari awal lagi ramai yang curiga dengan niat Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihanraya di negara ini, mentalahan lagi apabila Najib berkata tarikh pilihanraya tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa tersebut. Jelas, Najib sengaja untuk memasang perangkap dengan cadangannya itu agar BERSIH semakin hilang semangat dan bisanya.

Bak kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," (Malaysiakini).

Sememangnya amat wajar Pakatan Rakyat menolak penubuhan Jawatankuasa tersebut selagi tiada jaminan bahawa Pilihanraya akan melakukan reformasi seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa tersebut. Pakatan Rakyat tidak harus membuang masa dengan memperbodohkan diri menerima idea karut yang awal-awal lagi digambarkan oleh Najib tiada faedahnya. Apa faedahnya Jawatankuasa tersebut jika Pilihanraya diadakan tanpa merujuk kepada resolusi atau cadangan dari Jawatankuasa berkenaan? Jangan membazirkan wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan tipu daya sekutu apco ini.

Saya ingin mengingatkan Pakatan Rakyat, di saat rakyat kini yakin dengan usaha Pakatan Rakyat bersama BERSIH dan kami menyokong sepenuhnya usaha BERSIH selama ini, jangan dipersiakan keyakinan kami dengan memakan umpan semurah itu dari Najib. Siapa tidak kenal Najib yang suka berbohong itu? Bukankah Najib telah berbohong kepada rakyat sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu? Sanggupkah kita menerima pembohongan Najib sekali lagi?

Benar, mulanya kita mahu bersangka baik kepada Najib bagi memulihkan pencemaran dan salahlaku di dalam pengurusan Pilihanraya di negara ini, namun apabila Najib awal-awal lagi menyebut Pilihanraya tetap akan diadakan bila-bila masa tanpa mengambil kisah apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas berkenaan sudah cukup bagi kita meletakkan noktah kepada idea Najib tersebut.

Biarlah kita berjuang dengan cara kita selama ini dan tuntutan BERSIH mesti diteruskan. Rakyat masih ternanti-nanti dengan tidak sabar lagi untuk berhimpun bagi sesi BERSIH 3.0 sekiranya Najib masih ego dan sombong. Daripada membuang masa melayani idea yang merupakan perangkap itu, lebih baik kita tumpukan masa untuk merancang BERSIH 3.0 dengan lebih rapi dan tersusun sehingga Najib terpaksa turun bersama Rosmah dari Putrajaya.

Sekali lagi, dengan tegasnya kita menuntut agar Pakatan Rakyat membuat ketetapan resmi menolak idea karut Najib tersebut. Pakatan Rakyat mestilah membuktikan bahawa rakyat mesti diutamakan bukannya idea Najib yang mengarut itu. Rakyat semakin sedar betapa Najib dan kerajaannya sudah tidak mampu bertahan lagi kerana semakin banyak mereka bercakap soal Pilihanraya, semakin jelas kepincangannya. SPR dan JPN sudah kita `confirm'kan sebagai Komponen Bn. Terbaru, Panglima ATM juga mahu menjadi seperti KPN yang semakin melalut untuk camportangan di dalam pertembungan politik di negara ini.

Kita semakin yakin, tiada jalan lain lagi selain dari kebangkitan rakyat yang mahu menuntut perubahan. Perubahan yang kita tuntut ini mustahil boleh dicapai dengan menerima idea Najib yang kaki temberang ini./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. WAJIB DITOLAK.lagipun dia dah keluar statement pilihanraya boleh diadakan bila dia suka.
    DULU KINI DAN SELAMANYA asyik kencing takkan kali ni dia nak jujur pulak..err..kena kencing manis ada juga la ubat kena kencing tahan je la hancinggg

    BalasPadam
  2. Najib sudah hilang hak untuk dikatakan bercakap benar sejak dia menipu nak beri stadium pada Himpunan Bersih 2.0. Apa yang keluar dari mulut Najib sekarang kepada rakyat adalah semata-mata dusta. Mukmin tidak wajar dipatuk dua kali pada lubang yang sama.

    BalasPadam
  3. Mungkin dia dah dapat ilham lepas jumpa POPE tempoh hari, ataupun POPE bagi "SPANISH POPEYE" kat dia, lagi kuat MENIPU. Berhati-hatilah, bukan hanya sekadar dijalan raya, lebih-lebih lagi terhadap suruhanjaya pilihanraya dan yang sewaktu dengannya, terutama sekali pada hari pilihanraya, akhir sekali "SELAMAT HARI RAYA".

    BalasPadam