RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 26 Ogos 2011

UJIAN DNA KES FITNAH LIWAT II - JIKA DILAKUKAN DI SEKOLAH, PAKAR TERSEBUT PASTI GAGAL

Profil DNA Lelaki Y Tercemar, Kata Pakar Australia

The Malaysian Insider

Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai “lelaki Y”, profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu prodil tunggal,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.

“Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal,” kata beliau lagi.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian “electropharogram” yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali “lelaki Y”, yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.

Keterangan pakar itu akan disambung esok (hari ini).

2 ulasan:

  1. chuba cek dubur pee em tah2 ada dna seypoll

    BalasPadam
  2. hahaha...abisla ahli saitis malaysia....dah kantoi ngan mat saleh...lesen kena tarik balik ni..ghee

    BalasPadam