RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 21 Oktober 2011

KOPIAH TINGGI TAPI BENGAP, PENAKUT DAN EGO

Zul Kulim pernah dicabar berdebat dalam isu Kalimah Allah. Cabaran tersebut dibuat oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad. Beliau tak berani sahut pun. Baru-baru ni Prof Aziz Bari cabar beliau berdebat dalam isu kononnya Prof Aziz Bari menghina Sultan Selangor. Sebelum itu, Zul Kulim tuduh Prof Aziz Bari menghina Sultan Selangor dalam isu kuasa Sultan.

Prof Aziz Bari nafikan dan berkata Sultan boleh ditegur atau dikritik. Maka, Prof Aziz Bari cabar MP Bebas yang ditendang keluar oleh PKR ini berdebat. Zul Kulim beri syarat bodoh dan kelakar, iaitu sebelum debat Prof Aziz Bari kena minta maaf dulu dengan Sultan Selangor. Apa bodoh punya syarat. Kalau sudah minta maaf, ertinya Prof Aziz Bari seperti mengaku beliau menghina Sultan. Maka, buat apa nak debat lagi atas isu tersebut? Jelas, memang bengap sungguh beri alasan semata-mata takut untuk berdebat.

Beliau hanya berani di depan TV saja menyalak setiap malam. Terbaru, di Parlimen orang yang pakai kopiah ini menunjukkan bebalnya lagi dengan berhujah bab ugama. Beliau mahu tunjuk pandai dalam isu Hukum Hudud berkaitan Liwat dan juga isu Akil Baligh. Kali ini, kompom beliau sebenarnya jahil di dalam ugama. Patut pun beliau duduk bersekutu dengan Umporno yang sememangnya spesis jahiliyyah.

Baca di bawah ini bagaimana Us Harun Taib mengajar si bebal ini;

ZULKIFLI NORDIN BODOH JAHIL DAN GOBLOK?

From: ruang a bismillah

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak. Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun. Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir. “ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

http://suwaritimur.blogspot.com/2011/10/zulkifli-nordin-bodoh-jahil-dan-goblok.html#ixzz1bPVouY1X

4 ulasan:

  1. Aku tengok dia ni macam dah sewel skit.

    BalasPadam
  2. bukan sewel skit tapi dan betul2 sewel, inilah akbiat kianat pada orang2 kulim yang mengundinya dulu...

    BalasPadam
  3. dia tu mkn duit haram..org undi dia sbb parti,bkn sbb dia..nk kluar parti,letak jawatan la..biar ada pilihan raya lain..

    BalasPadam
  4. Zul Kulim sudah setaraf pembangkai yang melahap benda2 kotor untuk jadikan makanan..pasal tu yang keluar dari mulut dia semua benda2 kotor..suruh dia jgn pakai ketayap. memalukan!!..baik dia junjung tong taik lambang Umno..baru betul!

    BalasPadam