TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Rabu, 19 Oktober 2011

GAGAL LAGI, BLOGGER UMPORNO MAKAN GAJI BUTA?


Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH buat kerja sial tayangkan video lucah kononnya melibatkan DS Anwar, kemudiannya rakaman audio perbualan telefon lucah yang didakwa melibatkan Mat Sabu, kini beralih kepada gambar yang mendakwa pula anak Lim Guan Eng melakukan kelucahan melampau. Ini semua kerja-kerja puak yang sudah habis modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, kesemuanya bagai dibawa angin lalu kerana masyarakat kini bukan lagi masyarakat bercawat. Maka, hampalah puak-puak dan balaci Umporno dan ini amat mengecewakan tuan mereka. Berkaitan fitnah terbaru terhadap anak Lim Guan Eng, syabas kita ucapkan kepada KM P.Pinang itu yang `cool'. Beliau mencabar mereka yang korup idea itu menyiarkan fitnah bodoh mereka itu ke dalam akhbar atau TV.

Di bawah ini, kenyataan sebenar berkaitan isu tersebut; sekali lagi Blogger upahan makan gaji buta.

-------------------------------------------------------------------------------------

DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim

S Pathmawathy
Okt 19, 2011
Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kanan), gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

Menurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.
Link
“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat./Malaysiakini

5 ulasan:

  1. SELAGI TAK MASUK UTUSAN DAN TV3, MAKNANYA BERITA MACAM NI JGN PERCAYA LAH..DAH SAH FITNAH PUNYA..KALU TAK, SEMINGGU PUN TAK HABIS MASUK BERITA TV3 DGN SEMUA PROF KANGKUNG SEMUA DAPAT AMBIL BAHAGIAN BERCAKAP!!!!

    KA..KA..KA..KA.KA.

    BalasPadam
  2. gomo mmg manusia bangang..sial nyer gomo!

    BalasPadam
  3. Kalau masuk tv3 camner pulak, mat? Boleh kita percaya ker? hehe

    BalasPadam
  4. Banyak sangat makan duit haram itulah jadinya. Suka buat fitnah. Hati dah gelap.

    BalasPadam
  5. kalau masuk TV3 pun dh nmpak sgt fitnah...ini langsung tak masuk ertinya fitnah tu tak sampai tahap yg TV3 nak....hahahaha...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini