RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 27 Oktober 2011

SETIAUSAHA AGUNG FAM `KURANG AJAR DAN BIADAB' - PERSATUAN BOLASEPAK TGANU DAN NS SUBAHAT NAIKKAN HARGA TIKET BOLA?


Oleh: WFAUZDIN NS

FAM nampaknya begitu angkuh dan sombong apabila berdepan dengan kritikan peminat bolasepak tanahair yang membantah kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan bertemu Terengganu, Sabtu ini.

Meskipun dikritik ramai pihak, termasuk Menteri yang selama ini kita sangka berkuasa penuh terhadap sukan tanahair, namun FAM terutamanya yang berjawatan Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin tetap menunjukkan kesombongannya apabila di dalam akhbar Sinar hari ini beliau menyatakan, " Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokongnya bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu". Ini adalah jawapan yang kurang ajar, tidak beradab dan teramat bodoh. Beliau lupa FAM pernah merayu para penyokong hadir memenuhi stadium ketika pasukan Kebangsaan mula mahu memuncak naik.

Bayangkan betapa ego, angkuh dan sombongnya FAM setelah semenjak kebelakangan ini peminat-peminat bolasepak negara telah mula membanjiri stadium. terutamanya yang melibatkan pasukan Kebangsaan walaupun kita tewas dengan teruk. Apabila semangat ini mula menyemarak, begini pula perangai pegawai-pegawai di FAM dan ini lah salah satu faktor mengapa sukar mutu bolasepak negara meningkat atau konsisten. Jawapan sombong dan bodoh dari Setiausaha Agung FAM itu amat memalukan.

Paling mengecewakan, mengikut Sinar hari ini juga rupa-rupanya kenaikan harga tiket kepada RM50 itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bolasepak Terengganu dan Negeri Sembilan. Patutlah Terengganu sanggup memberi diskaun 50% kepada para penyokongnya, manakala Negeri Sembilan pula menjual tiket dengan harga RM30 sahaja. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas `pengorbanan' kedua-dua negeri ini untuk membantu para penyokong masing-masing, tetapi `drama' mereka bersama FAM amat tidak wajar samasekali.

Menyedihkan, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Anuar Musa berkata beliau juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga tiket tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri yang menjaga sukan pun tidak boleh melakukan apa-apa kerana FAM menjawab bahawa permintaan Menteri berkenaan hanya dihormati oleh FAM tetapi FAM tidak berganjak. Lihatlah, ego dan bongkaknya FAM dan memang wajar mutu bolasepak negara ini lingkup selepas ini selagi puak itu berada di kerusi masing-masing./wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. Alahai nasiblah junjung telah penaikan kaduk.Jika tahu begini jadinya, tak dibiarkjan terus dicantas akarnya... Layulah.., keringlah..., matilah ia...!!!

    BalasPadam
  2. kompom prestasi bolasepak negara merudum pasni...ni mesti kerja umngok

    BalasPadam
  3. CANTIKKKK................NANTI DLM STADIUM PAKAT BAWA BANNER TUNTUT SETIAUSAHA AGUNG FAM UNDUR...

    BalasPadam
  4. What you say to this comment?
    Ketepikan Isu Tiket, Datang Bantu Pasukan Masing-masing: Sultan Ahmad Shah

    PEKAN, 27 Okt (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

    "Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.

    "Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah di sini Khamis.

    Turut hadir Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

    Kenaikan harga tiket itu telah menimbulkan bantahan penyokong dan beberapa pihak lain tetapi, menurut baginda, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad telahpun menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.

    Sultan Ahmad Shah bertitah FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

    Bagaimanapun, menurut baginda, FAM akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak selepas perlawanan itu bagi memastikan tidak wujud masalah pada masa depan.

    "Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar," titah baginda.

    Bagi membantu penyokong masing-masing, kerajaan negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula memberikan potongan RM20.

    Ditanya mengenai penyokong yang menyalahkan FAM berhubung isu itu, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Jawatankuasa (Tiket dan Pertandingan Tempatan) dah putuskan, ia baik untuk kedua-dua pasukan."

    Mengulas mengenai kejadian di Wisma FAM di Kelana Jaya yang dilempar cat dipercayai ada kaitan dengan isu kenaikan harga tiket itu, Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

    "Biarkanlah, itu orang bodoh, kita tidak boleh ambil tindakan sendiri, kita ada undang-undang," titah baginda sambil menjelaskan bahawa kejadian itu telah dilaporkan kepada polis.



    -- BERNAMA

    BalasPadam
  5. perbuatan lempar cat bukan tindakan bodoh,tu menunjukkan rasa tidak puas hati kami sebagai penyokong..puak2 bangsat ni bukan pikir masalah rakyat,bukan pikir cara nak memajukan sukan di tanah air,tapi semata - mata nak mentekedarah duit rakyat..ni bangsa yahudi di malaysia yang beragama islam..jahanam la lu bodoh sultan anak beranak...

    BalasPadam
  6. kalu masuk free macm VIP tu takpolah..ni kena bayar rm50 adalah rakyat&penyokong2...duit rakyat jugak nyo nak ambik puok2 ni...

    BalasPadam
  7. Ahmad Shah dan VIP bolehlah cakap, masuk free, makan free, elaun dapat lagi. Ayuh kita tunjukkan kuasa peminat dan kuasa rakyat, boikot dan terus boikot, ajar mereka sikit.

    Bila FAM dapat penuhkan tabung, senang mereka berpesta (berbelanja)untuk kepentingan bagi yang tertentu.

    BalasPadam
  8. bola malaysia lama dah tinggal...huhu

    BalasPadam
  9. orang yang duk kat kerusi empuk FAM ni rupa2nya bengong jugak ye...?

    BalasPadam