RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 3 November 2011

BLOG PRO UMNO MERUNGUT DENGAN ANUGERAH SENATOR

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang dijangkakan, pengurniaan Senator kepada beberapa orang `pencacai dan pengampu' tidak disenangi banyak pihak di dalam penyokong Umno/Bn sendiri. Lojik juga mereka merasa marah dan tidak puas hati, bayangkan berpuluh tahun mereka berjuang dan setia bersama parti sekular Umno/Bn itu secara tiba-tiba orang yang pernah memaki hamun Umno/Bn dapat jawatan Senator.

Membaca satu blog pro Umno di sini, ternyata blog berkenaan tidak berpuas hati dengan perlantikan Senator dari kalangan bekas Pembangkang, dan paling hebat hampir kesemuanya dari bekas PKR. Jika dahulu Ezam sesumpah, kini Datuk Nalla pula. Jasanya cuma burukkan DS Anwar sahaja. Ertinya, PKR hebat melahirkan tokoh sehingga dikutip oleh Umno untuk menjadi Senator. Jika orang `sehebat' itu boleh dikutip oleh Umno, bayangkan yang masih berjuang di dalam PKR sekarang.

Pemimpin Umno bawahan tentunya terasa hati tetapi apakan daya di dalam pemikiran mereka Umno sumber rezeki, biarpun mereka dapat `kerak' dan nasi dimakan oleh Senator ini, janji mereka dapat makan. Itulah Umno. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Dah tak ada orang lain ke untuk dipilih jadi senator oleh najib?? kaki loqlaq macam ni pun leh jadi senator..hancur!! ha
    ncur!! tapi kira najib dah kotakan janji dia lah... sebagai balasan close deal setelah paria ni setuju jadi pencacai umno/bn..

    BalasPadam
  2. IKLAN UNTUK 1 MALAYSIA

    Tawaran Khas Untuk Kerusi Senator Secara Serta Merta

    Syarat-syaratnya:
    1. Berpengalaman sebagai ahli pembangkang
    2. Pernah memaki hamun pemimpin kerajaan
    3. Isytihar diri keluar pembangkang dan sertai parti kerajaan
    4. Kutuk habis-habis tokoh pembangkang dan kalau boleh londeh cerita seks secara audio dan video
    5. Mesti tahan telinga dari kutukan orang sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang
    6. Mesti tahan malu dengan buat muka tebal yang sehabis tebal
    7. Mesti buat lagak selepas masuk parti kerajaan dengan pakai kereta dan buat rumah besar
    8. Mesti tolong ampu pemimpin kerajaan dengan buat komen "memang betul, tidak ada yang tidak betul melainkan betul sahaja" setiap kali pemimpin kerajaan kata kepada pembangkang
    9. Mesti bersedia 24 jam (on-call)untuk tolong selamat pemimpin kerajaan bila kena hentam oleh pembangkang
    10. Mesti buat sibuk sebagai tukang kempen sama ada dalam ceramah, dengan pihak media, atau sesiapa saja pelanggan yang memerlukan khidmat berbayar (harga senator) maklumlah PELACUR POLITIK...

    BalasPadam