TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Jumaat, 4 November 2011

KALAU BOLEH DI SELANGOR CUKUPLAH DR HASSAN ALI SAHAJA ADA `TAULIAH' BERDAKWAH

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK benar rasa hati saya apabila membaca kenyataan Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali yang begitu hebat perjuangan beliau di dalam menjaga akidah umat Islam khususnya di Selangor. PAS sememangnya beruntung mendapat Dr Hassan Ali kerana beliau tidak takut pada sesiapa kecuali pada Allah dan inilah pemimpin yang kita mahukan.

Kenyataan Dr Hassan Ali di dalam Malaysiakini amat hebat bunyinya, " perjuangan memantapkan akidah umat Islam sentiasa menjadi keutamaan. "Hasan Ali, Hasan (untuk) akidah. Hasan Ali, hidup akidah, mati pun atas nama akidah," tegasnya (Malaysiakini). Oleh kerana akidahlah maka Dr Hassan Ali hadir di dalam HIMPUN tempohari, ini bererti pemimpin PAS yang lain seperti Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz tidak ambil berat soal akidah seperti Dr Hassan Ali kerana PAS buat keputusan tidak mahu terlibat di dalam HIMPUN.

Oleh kerana akidah lah maka ramai di kalangan YB-YB dari PAS yang dilarang memberi syarahan agama atau tazkirah di dalam masjid sekiranya tiada Tauliah. Mereka semua bukan ambil berat pasal akidah, sebab itu tidak layak mendapat Tauliah. Dr Hassan Ali tentu ada Tauliah sebab itu beliau boleh berkhutbah di mana-mana masjid dan beliau memang layak pun dapat Tauliah pasal beliau ambil berat soal akidah. Bob Lokman? Jauh sekali. Bob Lokman bekas artis mana layak dapat Tauliah sedangkan YB Khalid Samad yang berpuluh tahun di dalam Parti Islam pun tidak layak mendapat Tauliah, ini kan pula keturunan Tok Kenali ini.

Oleh kerana tiada Tauliah lah maka Bob Lokman diburu oleh `kumpulan penyelamat akidah' iaitu JAIS. Bob Lokman bercakap di hadapan orang ramai di Rumah Allah agar manusia berbuat baik dan tinggalkan yang mungkar. Bob Lokman ceritakan kekesalannya sewaktu di zaman Jahiliyyah beliau dulu. JAIS kata Bob Lokman salah kerana tiada Tauliah untuk bercakap sedemikian. Kalau Bob Lokman bercakap untuk mengajak manusia beramai-ramai mengikuti konsert atau Raja Lawak yang beliau menjadi Jurinya, mustahil Bob Lokman akan diburu.

Mungkin ketika Bob Lokman di zaman Jahiliyyah, beliau mempunyai Tauliah dari J.A.I.S (Jabatan Arah Ikut Syaitan) juga sebab itu beliau selamat untuk melakukan maksiat.

Saya amat tidak bersetuju dengan tulisan Ketua Dewan Pemuda PAS, Us Nasruddin di bawah ini kerana merayu-rayu untuk JAIS beri ruang kepada Pendakwah. Bob Lokman bukan Pendakwah seperti Dr Hassan Ali. Bahkan, Ketua Pemuda PAS itu pun bukan Pendakwah. Lesen untuk menjadi Pendakwah mestilah ada Tauliah. Dr Hassan Ali punyai Tauliah yang besar, jika tidak masakan boleh `berdakwah dan bertazkirah dalam gelap' dengan Umno dahulu?

-----------------------------------------------------------------------


PAS rayu JAIS lindung Islam, jangan tangkap pendakwah

Nasruddin Hassan Tantawi

Terkilan benar perasaan saya apabila terpampang wajah saudara Bob Lokman di dada akhbar sebagai orang yang dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk ditangkap malah waran tangkap telah pun dikeluarkan, sebagaimana terkilannya saya apabila pihak Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Abd Aziz Bari baru - baru ini.

Apakah telah hilang budi bicara sang penguasa dalam negara ini? Asal sahaja kuasa di tangan, biarpun hanya sekelumit dan sementara maka rakusnya tak ubah seperti mereka berkuasa selamanya.

azlanSaya tahu, "dosa" Bob Lokman ialah kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah tanpa tauliah. Begitulah peraturan yang ada. Mengajar tanpa tauliah itu salah menurut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Saya tidak mahu mempersoalkan peraturan tersebut kerana asasnya peraturan itu dibuat adalah untuk mengawal penyebaran dan kesucian agama Islam.

Persoalan yang mahu saya tegaskan di sini ialah di mana budi bicara JAIS, sebagaimana JAIS menggunakan budi bicaranya untuk tidak menyerbu masuk DUMC tempohari walaupun mereka bertindak dari maklumat yang dilaporkan dan saya menyokong langkah tersebut, maka ke mana pula perginya budi bicara itu terhadap Bob Lokman?

Bob Lokman seorang artis dan selebriti yang baru berhijrah, menjalani kehidupan barunya bersama jamaah Islam. Saban minggu Bob Lokman menyertai usrah dan majlis ilmu. Lebih menarik, sedikit ilmu yang beliau perolehi maka segera disebarkan melalui kemahirannya berkomunikasi dengan audien.

Anak muda

Kini Bob Lokman berjaya menarik minat anak-anak muda kepada majlis ilmu dan berjuang bersama jamaah Islam.

Malangnya, semangat beliau untuk aktif menuntut dan menyampaikan ilmu terganggu ekoran tindakan JAIS.

pas rally kedah 190211 bob lokmanSebagaimana yang ditegaskan oleh Bob Lokman sendiri betapa beliau turut sedih kerana sepanjang beliau berada dalam dunia artis dan hiburan, beliau tidak pernah diancam dan rasa terancam oleh mana - mana pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama.

Tetapi, apabila beliau mula mahu berubah, menuntut ilmu dan menyampaikannya serba sedikit apa yang beliau tahu, kini beliau berdepan dengan ancaman JAIS yang telah pun memiliki waran untuk menangkap beliau.

Dosanya hanya kerana tidak mempunyai tauliah. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, apakah tiada budi bicara JAIS terhadap Bob Lokman untuk menyelesaikan perkara ini tanpa perlu memburu dan menangkapnya seperti penjenayah?

Tujuan tauliah ialah untuk mengawal kesucian agama islam agar tiada pembawa ajaran sesat bebas menyampaikan ajarannya. Justeru itu, alangkah baik jika pihak JAIS memanggil atau menyiasat terlebih dahulu, apakah Bob Lokman terlibat dalam aktiviti ajaran sesat?

Apakah penyampaian Bob Lokman bertentangan dengan ajaran Islam? Jika tidak, maka kesalahan tidak memiliki tauliah itu bolehlah diselesaikan secara lebih baik dan harmoni tanpa perlu menangkapnya laksana seorang penjenayah.

Mesra pendakwah

Saya menggesa agar pihak JAIS lebih mesra pendakwah dan mencari jalan bagaimana mekanisme pemberian tauliah itu dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Jika mereka didapati salah dalam penyampaian dan tidak menepati peraturan yang ada, pihak JAIS boleh mendidik dan membimbing atau memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya menegaskan perkara ini kerana melihat kepada realiti yang dihadapi oleh ummat Islam hari ini yang sangat memerlukan pendakwah dan pembimbing untuk mengeluarkan mereka dari kepungan jahiliah moden yang semakin meruncing dan mengelirukan sehingga nilai akhlak, moral dan aqidah ummah kian luntur.

Bayangkanlah keadaan ummat Islam di negara kita sekarang! Sudahlah mereka berdepan dengan pelbagai ancaman yang merosakkan nilai ilmu, agama dan iman mereka, kini mereka terus terasing dan semakin sulit untuk mendekati kehidupan beragama.

Masjid sepi tanpa majlis ilmu sementara pendakwah ditangkap. Lebih malang pemburunya adalah Jabatan Agama sendiri. Bagaimanalah kita mahu melahirkan masyarakat yang solehah dengan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT?

JAIS selayaknya menjadi penaung kepada kegiatan ilmu dan agama, bukan pengancam dan pengugut sehingga menakutkan orang mahu menyampaikan Islam sedang Nabi saw mengajar kita semua menyampaikan ilmu Islam ini walaupun satu ayat!

Saya cadangkan agar JAIS mengambil tindakan segera lalu menganugerahkan tauliah secara menyeluruh kepada para pendakwah yang gigih dan benar ilmu mereka.

"Lebih merugikan kalau ada yang memiliki tauliah tetapi hanya diam di pejabat berhawa dingin. Segan dan malas untuk turun ke masjid surau bagi mendidik dan membimbing ummah. Lebih memilukan apabila pihak Jabatan Agama Islam hanya peka menghidu kegiatan pendakwah dan penceramah tanpa tauliah sekalipun nun di masjid hujung kampung sedang mereka gagal mengesan pelbagai kemaksiatan dan kemungkaran yang wajib dicegah sekalipun hanya di sebelah pejabat mereka."/Malaysiakini

3 ulasan:

  1. ... Bila EGO menguasai manusia,
    Pastinya dia akan menbuat kasta2,
    Merasa dirinya benar saja,
    Sedangkan bila kita kembali kepada-Nya,
    Pastinya sama TERBUNGKUS dengan KAIN PUTIH,
    ... Yang tidak punya harga pada pandangan DUNIA.

    Tiada yang selamanya melainkan di AKHIRAT sana...

    BalasPadam
  2. meluat aku kau ambil petikan surat si Buncit ni, hanya bersila untuk berteori dan gulik perut.

    BalasPadam
  3. yg haru biru ni jabatan agama islam kat selangor nu je,kat negri lain ok.mungkin terlebih islam kot JAIS ne.nauzubillah.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini