TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Selasa, 1 November 2011

SEMUA KERUSI DALAM PARLIMEN JELEBU SERAHKAN SAHAJA KEPADA PAS, PKR JELEBU MATI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA sungguh berbangga dengan usaha dan kerja kuat PAS di Jelebu sejak kebelakangan ini. Sememangnya diketahui Jelebu adalah satu kawasan yang amat `pekat' Umno nya dari dahulu lagi. Bahkan, sewaktu Rais anak Yatim berada di dalam Parti Melayu Semangat 46 (Parti S46), beliau turut tewas di Parlimen Jelebu menentang Umno (Baru) ketika itu walaupun beliau adalah penyandang kerusi tersebut begitu lama sebelum tertubuhnya Parti S46.

Apabila Rais anak Yatim ini membina semula`jambatan baru' setelah jambatan itu dibakar olehnya sewaktu bersama Parti S46, kerusi Parlimen Jelebu kembali semula kepadanya. Beliau naik di kerusi tersebut setelah `memijak' kepala Yunus Rahmat yang `terpedaya' menyerahkan kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu kepadanya. Yunus Rahmat cuba untuk merampas kembali kerusi Ketua Bahagian, namun tewas kepada Rais.

Ertinya, Jelebu tidak boleh terpisah dari Umno kalau mengikut sejarahnya. Namun demikian, usaha PAS Jelebu nampaknya kini mula untuk mencipta sejarah baru di Jelebu. Mungkin kerana terdapat beberapa tenaga baru PAS Jelebu terutamanya tenaga muda dari Timbalan Yang DiPertua PAS Jelebu, Sdr Noranif Selamat yang begitu aktif bergerak di Jelebu memperlihatkan Umno tidaklah sekuat mana sekarang.

Malangnya, PAS Jelebu kurang bahkan hampir tiada mendapat bantuan dari rakan sekutu di dalam PR terutamanya dari PKR. Apa aktiviti Cabang PKR Jelebu selama ini? Difahamkan Ketua Cabang PKR Jelebu pun tidak menetap di Jelebu malahan susah sekali untuk menunjukkan muka di Jelebu. Ketua AMK dan Wanitanya langsung saya tidak kenali walaupun saya orang Jelebu dan sering mengikuti program PAS di Jelebu sekiranya saya kembali ke kampong.

Peliknya, PKR Jelebu berselera besar untuk bertanding di kawasan tersebut. Di antara kawasan yang dikatakan akan ditandingi oleh PKR adalah di Dun Pertang. Sebelum ini Dun Pertang sememangnya milik PKR yang bertanding, dan PKR tewas di situ pun agak tipis dan mempunyai harapan untuk menang selepas ini. Tetapi, siapa tokoh PKR di situ dan apa aktiviti yang telah PKR lakukan di kawasan tersebut? Dengar khabarnya, calon PKR di Dun Pertang di dalam PRU akan datang ini adalah bekas calon yang pernah bertanding di situ. Memang beliau anak tempatan, tetapi ramai masyarakat di situ tidak mengenalinya kerana tidak mahu menunjukkan muka.

Apabila saya balik ke kampong, amat menyedihkan sekali. Langsung tiada kelihatan gerak kerja PKR di Jelebu. Di Dun Pertang, bukan tiada yang menyokong PR, tetapi mereka tidak tahu siapa pemimpin mereka di situ. Nama ada, orangnya entah ke mana. Inilah satu kelemahan PKR di Jelebu. DAP pun ada gerak kerja mereka di Jelebu, tetapi PKR umpama parti `pengacau daun' sahaja.

Jika beginilah keadaannya, saya rasa lebih baik kerusi Dun Pertang diserahkan sahaja kepada PAS. Buat apa PKR menyibuk di situ jika malas mahu bekerja? Saya ahli PKR dan saya orang Jelebu di kawasan Dun Pertang. Tentulah saya seronok jika PKR bertanding di Dun Pertang, tetapi atas nama bertanding sahaja apa faedahnya? PR mahu menang dan jika mahu menang kena lah bekerja kuat. Nampaknya PAS yang bekerja kuat di Jelebu, maka wajarlah PAS bertanding di Dun Pertang. Bukan PKR tidak bekerja kuat, tetapi tidak bekerja langsung di situ.

Masa ada sedikit lagi sebelum PRU. Tidak lewat sangat rasanya PKR mulakan kerja dan serius di Jelebu. Jangan jadi penumpang kepada PAS dari dahulu hingga bila-bila. Pimpinan di Negeri dan Pusat juga harus turun ke Jelebu dan semak gerak kerja PKR Jelebu. Jika mereka tidak berubah, elok sahaja semua kerusi di dalam Parlimen Jelebu diserahkan kepada PAS dan DAP sahaja./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. laa....tak ubah-ubah lagi perangai PKR nie, masih perangai cam Umongok.

    sokong bagi je kerusi tu kat PAS.

    BalasPadam
  2. Cilaka punyer PKR, kerja malas tau nak jawatan saje.. ini la susah kalau baka drpd spesis Umngok jugak..

    BalasPadam
  3. Sokong sepenuhnya cadangan ini, kita berganding bahu untuk tumbangkan BN(UMNO), PKR wajar korban kerusi di jelebu demi rakyat (jika benar apa yg dikata).

    BalasPadam
  4. jika UMNO/BN telah terbukti membantu rakyat di JELEBU mengapa mahu ditukar..pilihanraya adalah bagi rakyat memilih pemimpin untuk mewakili mereka di parlimen..jika selama ini telah berjaya..kita kekalkan..tak begitu

    BalasPadam
  5. Oii Tanpa Nama 1 November 2011 1:52 PTG.. kepala hanggok kau Umngok/Brg Naik telah terbukti membantu rakyat di JELEBU.. yg terbukti mengabihkan dan mengebas duit negara ye betul..

    BalasPadam
  6. Tulisan di atas khusus utk PKR Jelebu, bkn semua. Byk PKR tempat lain yg komited kerja kuat. PKR SGor mnjadi contoh Kjaan yg boleh diurus dgn baik dgn kjasama PAS dan DAP. Jadi, tak semua PKR pemalas...Jelebu perlu diubah, itu saja..

    BalasPadam
  7. Tuan, PKR hulu langat lagi kelakar, melayu menerajui cabang, tapi satu program pun tak da, nasib baik adun PKR(CIKGU LEE) kajang hebat orang nya, dia bergerak dgn team dia yg kecil tapi cukup rajin, di sukai semua, dan saya yakin dia akan menang dgn maj yg lebih besar

    BalasPadam
  8. dengarnya calon baru nak bertanding kat sini

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini