Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat
 Oleh Rafizi Ramli
 Saya baru dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin sudi berdebat mengenai kemelut NFC yang menjadi kontroversi. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana sudi membuka ruang kepada generasi muda mengenali politik baru.Saya akan menulis secara rasmi kepada beliau untuk menetapkan tarikh, format dan perkara-perkara lain supaya debat ini tidak terlalu dilengahkan memandangkan minat rakyat yang tinggi
Saya baru dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin sudi berdebat mengenai kemelut NFC yang menjadi kontroversi. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana sudi membuka ruang kepada generasi muda mengenali politik baru.Saya akan menulis secara rasmi kepada beliau untuk menetapkan tarikh, format dan perkara-perkara lain supaya debat ini tidak terlalu dilengahkan memandangkan minat rakyat yang tinggiAlu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat
Isu NFC: Khairy sedia debat dengan Rafizi
 November 16, 2011
KUALA
 LUMPUR, 16 Nov — Khairy Jamaluddin berkata beliau  bersedia untuk 
bertemu dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam  debat berhubung
 dakwaan penyelewengan RM250 juta menerusi projek  ternakan lembu milik 
anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
 Ketua Pemuda Umno ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.”  “Pada
 dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata  beliau 
dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir  bulan 
ini.
Ketua Pemuda Umno ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.”  “Pada
 dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata  beliau 
dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir  bulan 
ini.
Kelmarin, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat 
dengannya sambil  mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada 
“Budak Tingkat  Empat” — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat
 Perdana Menteri  ketika era pentadbiran Tun Abdullah.
Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006. Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.
Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat. Tetapi kenyataan itu dikritik oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.
 
 
 
 
 
 

 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan