TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Khamis, 17 November 2011

POPULARITI HAJI NAJIB MENINGKAT, PAKATAN RAKYAT JANGAN MELATAH

Oleh:  WFAUZDIN NS
 Haji Najib Tun Razak

SEMENJAK semalam media pun heboh memperkatakan bahawa populariti PM Haji Najib meningkat semenjak tahun 2009 mengalahkan populariti pimpinan utama Pakatan Rakyat.  Ini kajian yang dibuat oleh satu unit media dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tahniah lah kepada Haji Najib di atas populariti yang beliau perolehi itu.  Memang beliau popular pun dalam banyak segi malahan populariti beliau sampai ke Peranchis dan Monggolia.  Jadi, tidaklah menghairankan sangat jika di negara ini beliau lebih popular apatah lagi semenjakl bergelar Tuan Haji.

Apa yang mahu disebut di sini, setinggi mana pun populariti beliau sekarang jangan di antara pimpinan kita di dalam Pakatan Rakyat cuba-cuba untuk mencabar beliau membubarkan Parlimen.  Sememangnya itulah yang diharapkan sangat oleh Haji Najib kerana sebelum ini bila media hebahkan beliau hebat dan semakin mendapat sokongan, pasti ada pemimpin pembangkang yang mencabarnya membubarkan Parlimen.  Jika dahulu, memang beliau takut dengan cabaran kita.  Tapi bukan kali ini dan jangan kita terperangkap.

Beliau sekarang menanti kita mencabarnya untuk membubarkan Parlimen kerana beliau tahu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bertungkus lumus untuk membersihkan SPR itu belum selesai tugas mereka.  Mereka telah susun banyak strategi kotor dan jika mereka lambat-lambatkan Pilihanraya Umum, sedikit demi sedikit taktik mereka akan dapat dikesan oleh Jawatankuasa tersebut.  Maka, Haji Najib sekarang sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai melaksanakan tugas mereka.

Sehubungan itu, kita jangan jadi bodoh terperangkap dengan media yang akan provokasi kita untuk mencabar Haji Najib bubarkan Parlimen.  Biarkan mereka mengagung-agungkan Haji Najib melangit sekali pun, kita terus fokus kepada membantu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bersidang sekarang. 

Saya setuju dengan kenyataan SAMM yang bersedia untuk menggerakkan BERSIH 3.0 sekiranya Haji Najib menipu rakyat sekali lagi dengan mengadakan Pilihanraya disaat Jawatankuasa Pilihan Khas itu sedang menjalankan tanggungjawab mereka.   Kita mesti pegang pendirian bahawa Pilihanraya Umum mesti dilaksanakan setelah semua tugas Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai dan telah diambil tindakan oleh kerajaan.  Jika tidak, kita kena cari lagi T-Shirt KUNING yang baru./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Populariti dia meningkat kerna Najib buat kerja. Anwar reti cakap jer..macam tin kosong. Habuk pun tarak. LGE...kerja dia nak melingkup melayu penang.. jeles populariti Najib meningkat..

    BalasPadam
  2. Populariti putar alam, terkantoi mcm2 je "haji" jib ni... untuk bahan lawak "haji" jib mmg popular

    BalasPadam
  3. KE KEK KEK...KORANG JANGAN TAK TAU, PERKARA DITANYA TENTANG NAJIB IALAH PERKARA2 POSITIF MANAKALA UNTUK ORANG LAIN PERKARA YANG NEGATIF !

    JADI, NAJITAHNYA SEMUA UNTUK NAJIB POSITIF LA..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini