RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 16 November 2011

PERKASA, EZAM SESUMPAH AKAN BUAT DEMONTRASI ISU LEMBU SHAHRIZAT?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir untuk negara ini mengadakan Pilihanraya Umum ke 13, seperti biasa di dalam Umno sudah mula berlaku pijak memijak sesama mereka.  Selagi ada rahsia kawan-kawan di dalam parti, kesemuanya mahu didedahkan asalkan masing-masing dapat naik di atas.  Ini budaya Umno, dulu, kini dan selamanya.

Mereka bukan sahaja berebut-rebut sesama mereka di dalam parti sekular tersebut, bahkan rakan sekutu mereka pun mereka mahu pijak.  Perebutan kerusi di antara Umno dan MCA termasuk Gerakan tidak boleh diselindung lagi kerana Umno sudah mula meluat dengan kedua-dua parti Cina tersebut disebabkan Bn hilang maruah hilang majoriti 2/3 di Parlimen adalah kerana undi kaum Cina.  MCA dan Gerakan nampaknya masih degil dan tidak lagi takut untuk menentang kehendak Umno kerana mereka faham bahawa undi kaum Cina telah lari kepada Pembangkang disebabkan kelemahan dan kerakusan pemimpin Umno sendiri.  Umno cuba untuk menjadikan kaum Cina seperti kebanyakan kaum Melayu yang sanggup jadi burung belatuk kepada Umno.  

Keluarga beliau dikatakan mendapat RM250 juta projek NFC?

Budaya cantas mencantas di dalam Umno semakin parah.  Sebuah web portal pro Umno seolah-olah mengakui hakikat ini dan tertanya-tanya siapakah yang punya angkara yang suka mendedahkan tembelang rakan-rakan sendiri di dalam parti.  Baca di SINI.

Kisah lembu Sharizat (bukan Shahrizat lembu) sedaya upaya cuba untuk dipertahankan oleh Noh Omar dan KJ.  Sehinggakan mantan PM yang kuat tidor, Pak Lah terbangun dari lena lantas turut mempertahankan Shahrizat.  Mereka kata itu semua bukan salah Shahrizat sebab bukan Shahrizat yang uruskan projek lembu tersebut tetapi keluarga Shahrizat sahaja.  Rakyat tertanya-tanya pula dari mana keluarga Shahrizat dapat keistimewaan itu?  Adakah dari Kerajaan Negeri Selangor, P.Pinang, Kelantan mahu pun Kedah yang anugerahkan?  Tentunya dari Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Shahrizat pula adalah Menteri Kerajaan Pusat yang juga Ketua Wanita Umno.  Masakan semudah itu masih ada lagi rakyat yang bodoh tidak boleh berfikir? 

Ariff Fahmi, menantu MB Kelantan dinasihat undur dari PMBK semata-mata beliau menantu kepada MB

Teringat kita kisah di mana suatu ketika menantu Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan iaitu Ariff Fahmi digesa meletakkan jawatan selaku CEO PMBK walaupun tiada satu pun unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan oleh menantu MB Kelantan itu.  Media pencacai siang malam memainkan isu Ariff Fahmi sehinggakan ada pimpinan PAS yang turut termakan dengan hasutan media haprak tersebut.  Akhirnya, MB Kelantan bersetuju untuk menasihati menantunya agar melepaskan jawatan CEO PMBK.  
Nazir Razak, Di dalam, senarai 40 terkaya di Malaysia, adik Najib adalah Pegawai Eksekutif CIMB Group

Tiada sesiapa pun yang pertikai adik Najib, Nazir Razak juga memegang jawatan Pegawai Eksekutif CIMB Group.  Bahkan, beliau di antara 40 terkaya di Malaysia.  Mengapa pula kali ini Shahrizat diburu habis-habisan?  Ini semua adalah mainan pijak memijak di dalam Umno sendiri untuk menggambarkan bahawa Najib memang lemah dengan wanita, bukan sahaja dengan Rosmah.  Justeru itu, tidak pelik Bung Mokhtar, MP Kinabatangan dari Bn sendiri menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan agar nama Umno/Bn tidak terjejas.  Ertinya, memang benarlah apa yang dikatakan bahawa berlaku penyelewengan di dalam projek lembu tersebut.  Jika tidak, mengapa MP dari Bn ini sendiri mahu Shahrizat berundur?     


Kerana `projek lembu', maka `lembu-lembu' pun tidak bersuara ?

Adakah jika Shahrizat berundur maka Umno dilihat bersih?  Hanya orang yang bodoh sahaja berfikir sedemikian.  Sekiranya Shahrizat berundur sekali pun, kes ini mestilah disiasat dan diambil tindakan ke atas penyeleweng.  Sewaktu Ariff Fahmi meletakkan jawatan dari PMBK, beliau terus juga disiasat walaupun akhirnya tiada kes penyelewengan berjaya dibuktikan.  Kita mahu Shahrizat juga berani seperti Ariff Fahmi dan Najib juga mesti berani seperti MB Kelantan itu.

Sewaktu menyerahkan borang memasuki Umno, Ezam tekad akan tentang rasuah habis-habisan...kini di mana suara itu?

Cuma yang saya rasa pelik, di mana suara PERKASA, suara Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulim?  Cuba bayangkan jika kes ini berlaku kepada anak DS Anwar, Tan Sri Khalid atau anak Lim Guan Eng.  Sudah tentu TV3 suku menjadi gila babi siang malam selama setahun.  Mereka tiga empat ekor itu tidak bersuara, mungkin kerana ini adalah kes lembu yang mereka juga spesis kepada mamalia tersebut./wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. maka lembu lembu pun bersidang.. berkatalah ketua lembu" semua lembu lembu jgn risau kita tak dak dosa dan pahala kita bedal jer semua..hihihih

    BalasPadam
  2. memang pun semua sumbur Kerajaan BN sama macam lembu, bolih cucuk hidung belaka, TV 3, Bernama, Perkasam, SPRM akhir sekali PolisUMNO beraja BN.

    BalasPadam
  3. pr bknyer bagus sgt, org melayu dicucuk idung macam lembu x sedar lg ker?

    BalasPadam
  4. pr xlah bagus sangat tapi masih boleh diharap banding puak2 lembu yg jijik lg menjijikan cam tahi.

    BalasPadam
  5. Maka lembu lembu umno bn peliharaan najib berkeliaran lah untuk meragut hasil bumi malaysia halal haram sapu bersih asalkan habuanya lumayan.Biarkan rakyat terutama melayu jadi lembu yang meroyan Boo sana boo sini kesana kemari tanpa hasil dan tujuan.

    BalasPadam
  6. umno tetap DITAHIKU wakakaka

    BalasPadam
  7. Satu masa dulu ada satu bangsa yang dikatakan BODOH MACAM LEMBU.Tapi....la ni....ahli-ahli UMNO pula dikatakan Bodoh Macam Lembu.Kerana apa?????????? Kerana mereka sering diperbodohkan oleh pemimpin2 mereka. Betul tak???????????

    BalasPadam
  8. Semua kena disiasat baik PakLah, yang PM ketika itu, Mahyuddin Bekas Menteri Pertanian yang meluluskan projek tu, Mohd. Nor Yaakub Menteri Kewangan II yang mengeluarkan duit projek tanpa kawallan, Noh Omar Menteri Pertanian sekarang yang bodoh macam lembu bagi jawaban bodoh macam lembu, Shahrizat yang proksi Paklah maka senanglah dapat kelulusan dana, Khairy Jamaluddin kaki rembat duit selain ECM Libra juga ada kepentingan dalam lembu Shahrizat dan akhir sekali Dr. Mohd. Salleh suami Shahrizat yang pernah gagal dan hilangkan projek ikan keli di Technology Park yang diamkan diri macam lembu. Semua ni kena siasat kemudian sumbatkan diorang di penjara Sungai Buluh kalau didapati bersalah. Padan muka penyangak2 UMNO celaka ni!!!

    BalasPadam
  9. bila isu melibatkan pompuan, terjaga paklah dari tidorinya. teringat dia akan bahu dan tgn2 wanita yg pernah disentuhnya masa menjadi PM yg manja dulu.

    paklah seolah2 memberi sindiran bahawa zaman dia jadi PM bukan dia yg bersalah. byk isu adalah dikaitkan dgn budak tkt 4 putrajaya iaitu menantu beliau KJ.

    begitu juga dia mungkin perli rosmah. bahawa bukan najib yg bersalah tapi suami najib iaitu rosmah.

    paklah paklah masih syg paklah kt shahrizat ye.

    BalasPadam
  10. yg dok cakap mlayu kena cocok idung dgn dap tu.............periksa dulu hidong awak yg dah lama kena tarik oleh parti komponen dlm beend awak tu!


    bodoh sombong betol!

    BalasPadam
  11. yg dok tuduh org pr kena cocok idung dek dap tu.......tak sedo diri ke......sapa yg mansuh biasiswa utk bumi tu!

    bagi taw sini lol!

    BalasPadam
  12. Lembu shahrizat ada jambul!...kahkahkahkah

    BalasPadam
  13. APE YG DAPAT DIHURAI KAN. MELAYU MASIH SEPERTI DULU, SUKA MELIHAT KEJATUHAN ORANG MELAYU LAIN , HASAD DENGKI, TAK KENANG BUDI , TAK SUKA ORANG MELAYU LAIN LEBIH DARI ORANG MELAYU YG LAIN. KAYA SIKIT.. KATA RASUAH .. SENANG SIKIT KATA ..AMPU. FITNAH MEMFITNAH. KALAU LIHAT ORANG CINA, SENTIASA COVER BANGSA DIA SENDIRI, DARI SEGI WANG TAK PERNAH LOKEK JIKA MEMBANTU. YG PAS KATA DIA LEBIH ISLAM, MEGKAFIRKAN UMNO. YG PKR KATA UMNO RASUAH , TAPI DIA JUGA DULU DARI KELUARGA UMNO. TAK TAU LA, APA AKAN JADI PADA BANGSA KU.. MELAYU YG DULU DENGAN AMALAN BERSATU HATI, TAPI KINI TAK LAGI.. MUNGKIN SATU HARI NANTI , BILA MELAYU SUDAH DICUCUK HIDUNGNYE, MENGANGGUK KEPALA.. DIHINA .. BARU NAK BUKAK MATA ??? MASA ITU SUDAH TERLAMBAT...

    BalasPadam
  14. Zul bahlol lodi dan Ezam Kotak Sesumpah...dua ekor lembu ni...memang sahih baru keluar dari kandang lembu NFC Shahrizat...confirmed...inilah muka penjilat UMNO..termasuklah Ibrahim Katak Perkosa.

    BalasPadam