TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 13 Disember 2011

FELDA PUN MAHU `DIJAJAH' OLEH UMNO? WARGA FELDA HARUS BANGKIT

Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai 'kemelut dalaman' agensi kerajaan itu.

NONE"Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun.

"Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," kata pengerusi ANAK Mazlan Aliman (kiri) yang yakin dengan kesahihan berita yang diakwanya diperoleh daripada sumber dalaman.

Kelmarin, akhbar web PAS Harakahdaily melaporkan, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran.

Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.

Mazlan juga mendakwa ia berpunca daripada perbezaan pandangan kedua-dua mereka, antaranya berhubung  penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia apabila Zulkifli dikatakan tidak menyokong usaha Isa itu.

azlanSementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan berkata pihaknya akan menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal petang esok bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usaha mengingkirkan Zulkifli.

Mazlan yang juga pengerusi lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar.

"Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan.
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Isa setakat ini masih belum berhasil./Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Jajah apa jadahnya ? UMNO yang tubuh FELDA. Bongok tak da akai punya cetusan.

    Perubahan ni nak tambah NILAI la. Tu je !

    BalasPadam
  2. Umno tubuhkan felda kemudian tipu peneroka? Sampai hati tipu peneroka dgn harga sawit yg rendah dari sepatutnya. Semua tahu Umno tubuhkan termasuk Pusat Judi kat Genting tu pun Umno gak tubuhkan....

    BalasPadam
  3. dah namanya umno...sekali menipu,menipu sampai ke mampos!

    mampos umno...mampos!

    BalasPadam
  4. TS Isa dah ada kes rasuah, macam xde orang lain nak jadi Pengurusi ,in mesti kes terhudang budi di antara Najis dan Isa

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini