TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Jumaat, 16 Disember 2011

TIDAK SABAR MENANTI DR HASSAN ALI UMUM KELUAR PAS

Oleh:  WFAUZDIN NS


BERBAGAI usaha telah dibuat oleh Umno untuk menarik minat PAS bersatu dengan parti sekular tersebut walaupun di dalam masa yang sama bergegar di dewan PWTC baru-baru ini mereka melaungkan PAS parti ajaran sesat. 

Jenis muka yang tidak tahu malu ini tidak pernah berputus asa asalkan cita-cita mereka untuk membunuh politik PKR terutamanya.  Objektif mereka mudah, jika PAS berjaya ditarik masuk ke dalam `1ubang dubur' Sepol yang selama ini tempat mereka bergantung, maka jangka hayat PKR terutamanya akan berakhir.   Alhamdulillah, segala usaha mereka tidak berjaya kerana mana mungkin PAS boleh berkongsi dengan Umno di dalam `lubang dubur' budak muda yang tidak mencuci dubur selama 2 hari itu?

Walaupun demikian, apabila Dr Hassan Ali kembali membuka ruang `bicara' Kerajaan Perpaduan yang telah ditutup serapat-rapatnya oleh PAS, maka Umno kembali merasakan mereka masih berpeluang untuk mempengaruhi PAS.  Tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut;

"Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti.  Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno

Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut.

“Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas.  "Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya."

Begitulah berhemahnya Mursyidul Am PAS di dalam mengulas isu bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu walaupun Tuan Guru Nik Aziz terkenal amat lantang di dalam menghalang Kerajaan Perpaduan atau penyatuan dengan Umno atas dasar penyatuan Melayu semata-mata.  Sekiranya Mursyidul Am PAS boleh begitu berhemah terhadap Dr Hassan Ali, bagaimana pula sikap Dr Hassan Ali terhadap PAS?  Beliau menyebut akan bersedia menyertai mana-mana parti yang berjuang untuk agama, Melayu dan Raja-Raja.  Apakah selama ini Dr Hassan Ali masih tidak tahu parti mana yang beliau berada sekarang?  Sebelum menyertai PAS, apakah beliau tidak tahu dasar dan perjuangan PAS?  Adakah beliau hanya tersedar apabila beliau telah kehilangan sokongan di kalangan ahli-ahli PAS tetapi mendapat publisiti meluas di dalam media-media Umno?

Jika saya berada di tempat Dr Hassan Ali, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.  Buat apa mahu berahsia lagi, tunggu apa lagi di dalam PAS jika masih kabur dengan dasar dan perjuangan PAS?  Sukar sangatkah untuk mengistiharkan diri keluar dari PAS untuk menyertai parti yang sesuai dengan jiwa beliau?  Mungkinkah beliau mahu menunggu terlebih dahulu namanya tercalon atau tidak di dalam PRU nanti kemudiannya baru mahu berbuat sesuatu? /wfauzdin.blogspot.com 

10 ulasan:

  1. Gua sokong sgt pendapat tuan.Selama ni ahli duk tuding sana tuding sini sbb dia.Lemas la tu income dah kurang.Dulu boleh kelentong atas nama camp.

    BalasPadam
  2. Prestasi dan integreti PAS memang terbaik, tanpa seorangpun wakil rakyatnya melompat parti. Namun imej PAS pasti lebih baik jika tidak kerana beberapa pemimpin yang 'mesra UMNO' yang mencalarkan imej PAS dengan teruk atas konsep 'Unity Government'.

    Bangsa menjadi terbaik bila Islam didahulukan, namun binasalah pejuang bila bangsa didahulukan, Islam dikemudiankan.

    BalasPadam
  3. tahniah saari sugip...dkt nak PRU nanti jentik pulak hj hadi...

    BalasPadam
  4. Keturunan PAS sejati16 Disember 2011 8:40 PG

    Saya tertatik dgn peranggan akhir tuan yg menyatakan kalau kabur dengan dasar dan perjuangan PAS, bolehlah angkat kaki.

    Apa perjuangan PAS ye? Negara Islam atau Negara Berkebajikan? Dasar PAS pun dah kabur sejak bercium mulut dgn Lim Kit Siang, Karpal Singh dan sahabat DAP..

    Anwar kata hukum hudud tiada dalam list perbincangan Pakatan. (sumber daripada Mkini bukan Utusan Meloya tau)

    PAS sudah kena pegang telurnya ker sekarang ni? Sangat kabur apa yang PAS perjuangankan sekarang..

    BalasPadam
  5. tanpa nama 7:53,

    presiden tak perlu cakap, itulah guna advisor, orang lama, berpengalaman bersama umno satu ketika dulu. pandailah dia konar sana konar sini, agenda musuh la, nak alih dari isu sebenar la, ni semua lagu lama.

    saari tak patut cakap? cakap saari lah yang membuat hassan ali menggelupur, bukan apa boleh test advisor setara mana, kerana advisor pun bukan calang berperanan bab kitab ug ni. tetapi being orang lama, dia akan cuba selindunginya. tengok wajah mukanya di harakah daily pasal komen advisor terhadap hassan ali. serius je, nape?

    keturunan pas sejati,

    hang ni lebih kurang karat biru je. faham tak perlembagaan pas?

    BalasPadam
  6. Yang karat biru dan darah biru ni tak perlulah campur dalam urusan PAS. Kan PAS ini parti ajaran sesat. Tuduh PAS kena pegang telur tetapi UMNO dah tak ada telur langsung tak sedar. Guna POLIS, Undi Tentera dan Hakim, SPR dan Pendaftaran Negara untuk menang langsung tak disebut.Pemimpin yang rasuah langsung tak di sanggah di perhimpunan agung UMNO baru-baru ni. Kenapa ahli UMNO menyokong ketua2nya yang berkhianat dan menyeleweng tetapi menyibuk pasal HA dan PAS pulak? Ikut suka PAS nak buat slogan apa pun. Negara Islam kah, Negara Berkebajikan ke, atau Negara Caca marba ke. Yang pasti ABU.

    BalasPadam
  7. aaaaa kenapa lah UMNO sibuk dok kesah pasal pas jagalah kaum kerabat anda yg muka nya ramai yg muka plastik n hipokrit.muka bapk bapk n ibu resuah.lagi besar pangkat lagi besar resuah.org macam ni nk jaga kebajikan rakyat boleh percaya ke tidak.......................

    BalasPadam
  8. UMNO bongok...pemimpin awak cakap berdegar degar dalam perhimpunan UMNO Lembu...ekor bergelumang taik..poorah ...otak letak kat lubang taik...itu sebab bodooooo...

    BalasPadam
  9. Biarkan Luncai terjun dgn labu2nya. Katak usuh disuruh melompat. Ia akan melompat dgn sendirinya. Keputusan syura dlm jamaah kenalah dipegang. Kalau adapun perbezaan pendapat maka berdebat sampai kering air liur, tapi kenalah dlm jamaah. Tapi kalau sudah sampai mencacai diluar sana, maka yg ditogelkan sebenarnya ialah diri sendiri. Usah pelik kerana sudah banyak kes sebegini. Apatah lagi menjelang PRU13, cabaran dan dugaan akan terus sengit. Yg penting ikhlas dlm perjuangan & nawaitu kerana Allah.

    BalasPadam
  10. Dari dulu lagi, semasa awal menyertai pas, air muka Hassan Ali jelas berwatak umno, gayanya juga kalau diamati gaya orang umno, maka akhirnya umno lah jadinya.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini