RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 29 Ogos 2014

MENGAPA KAK WAN ?

KRISIS MB Selangor semakin ke penghujung.  Meskipun PKR dan DAP sudah sepakat untuk menghantar nama calon MB hanya seorang iaitu Kak Wan kerana Kak Wan telah memperolehi sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang, dan PAS masih bertindak sendirian untuk menghantar lebih dari dua nama calon yang dikatakan dari Adun PKR juga, pada aku krisis ini semakin sejuk berbanding sebelumnya.

Tidak sukar untuk difahami mengapa PAS bertindak berbeza dari rakan-rakan di kalangan PR walaupun PAS paling galak bermesyuarat.  Masalah bagi PAS adalah mengapa mesti Kak Wan?  Itu saja.  Sebab itu PAS menambah satu lagi calon pilihan mereka iaitu Azmin Ali walaupun Azmin sendiri tetap menyokong Kak Wan sebagai MB Selangor.


Prinsipnya PAS setuju Kerusi MB Selangor adalah milik PKR.  Tetapi PAS mahu suara mereka didengari juga iaitu mereka seolah-olah keberatan menerima Kak Wan, Presiden PKR sebagai satu-satunya calon tungal yang ingin dipersembahkan ke Istana.  Jangan salahkan PAS di dalam soal ini, cuma salahkan mereka yang masih enggan terima hakikat bahawa PKR juga ada sebab untuk meletakkan Kak Wan sebagai MB Selangor yang baru.  Hanya DAP saja yang mungkin memahami mengapa PKR begitu komited inginkan Kak Wan berada di situ.

Bagi aku, sokongan aku pada Kak Wan sebagai MB Selangor bukan disebabkan Kak Wan itu isteri Anwar.  Aku tahu Kak Wan lahir sebagai orang politik bukan kerana ditunjuk oleh Anwar.  Beliau muncul di kancah politik kerana menyedari tentang kezaliman dan menegakkan keadilan di negara ini.  Awalnya tentulah beliau bangkit berjuang untuk membela nasib suaminya yang difitnah dan dizalimi.  Namun, setelah suaminya dibebaskan wajarkah Kak Wan berhenti berjuang sedangkan beliau sedar ramai lagi yang telah dizalimi.  Begitu juga dengan anak sulungnya Nurul Izzah.  Beliau terpaksa bangkit bersama ibunya untuk meneruskan perjuangan bapanya.  Salahkah mereka berjuang?  


Di era kesusahan melanda, tiada siapa hirau mengapa Kak Wan dan anaknya diangkat rakyat sebagai pemimpin.  Tidak berbunyi pun kalimah 'nepotisme' kerana masing-masing ingin menumpang tuah hasil dari perjuangan keluarga Anwar ini.  Kak Wan juga pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang bagi mengetuai PAS dan DAP di Parlimen.  Waktu itu tiada juga kalimah Kak Wan itu wanita atau nepotisme.  

Selaku seorang pejuang sejati yang pernah diuji dengan kesukaran dan kepayahan yang bukan kepalang, salahkah rakyat dan parti mengangkatnya tanpa perlu diarahkan atau ditunjuk oleh Anwar?  Siapa boleh buktikan Kak Wan naik kerana Anwar mahu dia dipilih?  Dia menang sebagai MP Parlimen Permatang Pauh adalah kerana sokongan rakyat.  Dia jadi Presiden PKR pun atas sokongan sebulat suara tanpa ada pertandingan.  Kak Wan dikatakan menang di Permatang Pauh dulu kononnya itu memang kubu kuat Anwar.  Kak Wan membuktikan sebaliknya, beliau tampil di Dun Kajang dan beliau tetap diangkat oleh rakyat, bukan oleh Anwar.  Itu juga berlaku pada Nurul Izzah.  Apa pun jawatan Nurul Izzah di dalam parti mahu pun sebagai Wakil Rakyat di Lembah Pantai, tiada langsung boleh dikaitkan dengan pertunjuk dari Anwar.

Ertikata lain, memang tepat PKR dan DAP mencalonkan Kak Wan di Kerusi MB Selangor.  Bukan soal Kak Wan itu isteri Anwar.  Sebelum ini TSKI jadi MB, tiada kaitan pun dengan keluarga Anwar.  Andainya diletakkan Azmin sekalipun pastinya akan ada suara-suara sumbang yang mendakwa Azmin adalah "anak emas" Anwar.  Begitulah politik yang tidak matang.  Politik sakit hati atau busuk hati.

Jika kita gagal lahirkan keluarga yang berjuang untuk rakyat, mengapa harus dengki dan sakit hati dengan keluarga Anwar?  Perlukah kita dengki juga dengan keluarga Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS yang Majlis Syura adalah penentu semua calon Pilihanraya dari PAS?   Adakah Majlis Syura yang diPengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz telah setuju Nik Abduh bertanding di Pasir Mas dan kini menjadi MP Pasir Mas boleh kita anggap satu 'nepotisme' juga?  Apakah anak Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi iaitu Ustaz Khalil yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dan satu hari nanti bakal menjadi Wakil Rakyat akan kita sebut "nepotisme:" juga?  Adakah "nepotisme" juga bila menantu Presiden PAS kini berada di dalam Syarikat Perangsang di bawah Kerajaan Negeri Selangor?  Aku samasekali tidak bersetuju dengan tafsiran "nepotisme: sedemikian.

Aku bersetuju Kak Wan dicalonkan sebagai MB Selangor hanyalah kerana itu keputusan parti, bukan kerana Kak Wan adalah isteri Anwar.  Andainya selepas ini parti membuat keputusan baru meletakkan Azmin sebagai calon MB Selangor, aku akan akur kerana Azmin juga layak untuk dicalonkan kerana beliau orang lama di dalam parti dan menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR juga sebagai Pengerusi PKR Negeri Selangor.  Sokongan aku pada Azmin bukan kerana Azmin itu dikatakan "anak emas" Anwar.

Kemelut MB Selangor pastinya menjadi lebih mudah jika PR boleh bermuafakat dan saling menghormati.  Pihak Istana juga diharapkan dapat membuat keputusan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.  MB Selangor seharusnya dipilih dari suara Wakil2 Rakyat yang mempunyai majoriti kerana itu adalah suara rakyat.  Meskipun tidak dinafikan Sultan mempunyai hak memilih mengikut budi bicaranya, namun aku yakin semangat Raja Berperlembagaan itu tetap menjadi keutamaan. 

51 ulasan:

  1. KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain.Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda.

    “Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri.

    “Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu.

    Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.“Seseorang itu perlu berupaya bekerja dengan semua parti termasuk barisan exconya sendiri serta mempunyai hubungan baik dengan istana,” katanya.

    Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MB yg baik, tidak rasuah, cekap dan prihatin dan disukai rakyat diarah letak jawatan. Kemudian dipecat. MB yg baik itu difitnah dan ditohmah. Selepas itu diarah isteri sendiri menjadi MB. Arahan Sultan tidak di endahkan.

      Semua nya kerana kuasa dan kekayaan.

      What the hell PKR is up to???

      You are all worst than UMNO BN!

      Padam
    2. Setuju dgn sdra. Kebanyakan rakyat Selangor telah memberanikan diri memilih PR pada PRU12 kerana inginkan perubahan dan dengan senang hati dan penuh yakin memilih semula PR pada PRU13 atas corak pentadbiran yang telah ditunjukkan oleh TSKI. Ternyata PKR bukan TSKI dan TSKI sudah tidak lagi mencerminkan PKR. Di mata rakyat sekarang PKR adalah terjemahan nafsu Ketum yang gila kuasa dan kronisma yang mengharapkan sesuatu laba.
      Rakyat Selangor kini tidak dipelawa untuk makan tetapi ingin di sumbatkan makanan ke dalam mulut secara paksa. Kami tidak sanggup untuk menelan.

      Padam
    3. Daulat Tuanku

      Padam
    4. bukan worst tapi worse. worst tu yg paling buruk. kalau lebih buruk worse.

      Padam
    5. Komen macai UMNO saja nampaknya. Yang UMNO walap sana sini kuat rasuah dan kayakan diri tak kata apa apa pun. INi lebih besar dosa nya lagi dari nak tukar MB. Apa salah nak buat petukaran jika memperbaik perkhidmatan untuk rakyat, UMNO pun buat. Baru baru ini pun tukar MB terangganu, tak kesah pun. Itu hak parti, andai tidak memenuhi kehendak rakyat dan banyak buat benda tak baik, boleh tolak dalm PRU14 nanti. Jangan suka nak salahkan seseorang itu kerana hasutan UMNO yang memang takut mereka tidak akan dapat menikmati hasil yang salah disisi undang undan lagi. Orang bodoh saja nak susah diri dan sokong membabi buta pada pemimpin yang korap.

      Padam
    6. Lagi sekor haram jadah nk kaitkn umnoBN. kalau umno bikin onar korang nk ikut jugak la ya.
      Ksu ni mmg bodoh terencat akal.

      Padam
  2. anuar dizalimi sebab dia liwat orang...???????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Liwat itu suka sama suka. Itu diluar bidang kuasa undang2 dan mahkamah. Bila didakwa itu zalim lah nama nya.

      Ini peguam Anwar yg cakap....

      Padam
  3. Parti pusing2 sebenar PKR & DAP..

    Pusing2 Anak, Bapak, Bini..Anuar, LGE & KARPAL SINGHYang lain SEMUA BODOH..& Tak ada otak

    BalasPadam
  4. post bodek...susah kalau hati tu dah tak dapat menerima kebenaran walaupun nyata...kesian kat hang,din.

    BalasPadam
  5. Wanita Prihatin Selangor29 Ogos 2014 pada 5:41 PTG

    Komen-komen orang tanpa nama di atas nampak macam orang kecewa, nampak macam dia sorang sahaja yang mengundi. Seolah-olah dia tahu semua tapi semuanya 'Tong Kodsong' saja. Aku sokong WAWA kerana aku suke dia. Dia baik, dia lemah lembut dan memahami hati rakyat.
    Tidak ada kaitan dengan suaminya. HIDUP WAWA!!!!
    Kami tetap sokong WAWA walau dia tidak menjadi MB.. Dia baik!! Itu saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sah kamu ni jenis spesis penjilat. Memahami hati rakyat amende nye?
      Baik kamu duduk je dpn tv tgk rancangan drama soap opera.

      Padam
    2. Kak Wan bersih dari rasuah ..tak seperti pemimpin wanita UMNO cth jelas isu lombu

      Padam
  6. Wanita Prihatin Selangor29 Ogos 2014 5:41 PTG

    Siapa pulak WAWA nieiiih..

    Pelakon Ker,Artis Ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelakon bukan artis pun bkn...cuma nyonya kipas sepat..haha

      Padam
    2. WAWA?....kkakkkkkkkkkhhh ptuihhhhhhh.....

      Ni msti lelaki sotong yg posting nie. Perasan jadi Wanita prihatin

      Padam
  7. DSWAI tiada bakat kepimpinan dan kepentadbiran dan inilah bukti nyata sebelum ini.

    BalasPadam
  8. Setuju...wan Azizan hanya layak jadi ajk Puspanita....

    BalasPadam
  9. ANUAR JANGAN SEDIH, KALAU BINI DIA TAK BOLEH JADI MB, LANTIKLAH NURUL IZZAH, KALAU SULTAN TAK MAU GAK, LANTIKLAH ANAK LELAKI DIA, KALAU TAK JALAN JUGA, LANTIKLAH PAK DIA, KALAU TAK BOLEH GAK, KAU LANTIKLAH MANA-MANA PONDAN YANG CUN
    SENANG KAN.....APA KECOH2, PARTI TU DIA PUNYA

    BalasPadam
  10. Komen-komen orang tanpa nama di atas nampak macam orang kecewa, nampak macam dia sorang sahaja yang mengundi. Seolah-olah dia tahu semua tapi semuanya 'Tong Kodsong' saja.

    Aku sokong WAWA kerana aku suke dia. Dia baik, dia lemah lembut dan memahami hati rakyat.Tidak ada kaitan dengan suaminya. HIDUP WAWA!!!!Kami tetap sokong WAWA walau dia tidak menjadi MB.. Dia baik!! Itu saja.

    Komen dari Lelaki Lembut Prihatin Selangor
    Auwwww.......

    BalasPadam
  11. Mengapa Kak Wan?

    Pemilihan Presiden PKR, bertanding suami ister supaya kerusi tak jatuh ke tangan orang yang tidsk boleh dikontrol oleh DSAI.

    Kajanv Move yang konon langkah ke Putra Jaya.
    DSAI perlukan simpati tahap tertinggi. MB Selangor dihumban ke penjara oleh seteru politik.

    Bayangkan jika Kak Wan tak jadi MB yang ada kuasa kewangan dan DSAI dakam penjara. Siapa yanv akan pedulikan beliau dan nak tolong bersihkan nama?

    DSAI telah ditolak ke jalan buntu oleh lawannya, meyebabkan beliau merapu tindakan sehjngga ingkar sultan dan tak pedulikan kepentingan rakyat Selangor yang baru sekejap bebas dari belenggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai rakyat selangor yg bukan memihak kpd mana2 parti politk terutamanya UMNO BN...saya tiada pilihan melainkan setuju dgn komen tuan diatas. Tq

      Padam
  12. Anggota jawatankuasa PAS pusat Nasrudin Hassan Tantawi hari ini menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim belajar daripada Pas dalam menguruskan isu nepotisme dan kronisme.

    Dalam tulisan terbarunya di Facebook, Nasrudin meneruskan kritikannya atas tindakan Anwar mahu melantik isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor sebagai satu nepotisme yang sukar dimengertikan.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu menyatakan PAS pernah berhadapan dalam isu yang sama mengena nepotisme namun mengambil sikap terbuka menamatkan amalan tersebut pada 2009 apabila ia menjadi kontroversi.

    Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

    Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau. Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur.

    Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini ? atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu TGNA , tidak kepada yang lain ?

    Malah lebih garang dan sinis, Nasrudin turut meletakkan pautan kritikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, ke atas Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memilih Menteri Besar Selangor pada 2013.

    BalasPadam
  13. Aku harap DSWA tidak akn jadi MB Sgor.
    Kalau jadi, habis la PR Selangor.
    PRU14 nanti Sgor akan jatuh ketangan Barisan Nasional. Knp?
    Sebab segala aliran kewangan negeri akan di pantau dan diperhalusi oleh BN dgn bantuan penyokong BN yg dlm kerajaan negeri. Ketirisan dan salah guna kuasa untuk menggunakan kewangan negeri dan peribadi akan di hebahkan dan dilapurkan kpd SPRM.
    Kelemahan pentadbiran dibawah DSWA akan di jadikan modal oleh BN.
    Kronisma dikalangan pemimpin kerajaan PR Sgor akan digembar gemburkan.
    Rakyat Sgor yang sekarang ini pun sudah mula muak dan melihat kerenah pemimpin PKR akan berpaling tadah.

    Ini lah strategi pihak BN. Mereka mmg mengharapkan DSWA menjadi MB. Mrk tahu DSWA lemah dan akan menjadi remote control kpd Anwar Ibrahim. Mudah utk menyerang PR terutamanya PKR. Dibawah Tan Sri Khalid, BN langsung tiada modal kerana TSKI sememangnya cekap bersih dan amanah. Selangor dibawah DSWA memberi harapan dan peluru baru kpd BN.

    Siapa patut disalahkan? Tidak lain dan tidak bukan si Rafizi Ramli, beliau langsung tak berakal. Konon nya pakar strategi. Samada strateginya tidak gunakan otak atau dia ini sememangnya kuda trojan UMNO didalam
    PKR.

    Pihak BN menunggu dengan sabar keputusan polemik MB Sgor ini. Jgn lah kalian tertipu dengan scenario sekarang ini. Mereka sedang menunggu untuk menerkam sebaik saja DSWA memegang tampuk kepimpinan kerajaan Selangor. Ketika itu era kegemilangan negeri Selangor dibawah kegemilangan TSKI akan hancur punah...

    ....disebabkan oleh sepasang suami isteri yang kemaruk kuasa dan kekayaan.

    Ahli PKR Prihatin. Section 3 Shah Alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cetusn rasa hati macai? Baguz ler klau dh sedar diri.

      Padam
    2. TN 9.46. PARTI KORANG TUNGGANG LANGGANG KORANG MASIH NAK SALAHKAN UMNO DGN BARISAN NASIONAL YA?

      KORANG PKR NI MMG SPESIS HARAM JADAH KORANG TAU TAK??

      Padam
  14. Wan Azizah tidak akan dpt jd MB SGOR. Meraung meratap lah dia, Sultan tak akn perkenan. Kalau Sultan setuju dh tentu baginda terima masa nama Wan Azizah dipersembahkan buat kali pertama.

    Laki bini tu tak sedar diri lagi ke? Lakibini nie ingat parti dgn Negeri ni atok dia punya?

    BalasPadam
  15. kalau soltan tak suka wawi maka soltan dah ikut arahan korang semua lah macai aeeee...kurang ajo korang ni..pandai2 mendahului soltan dlm buat keputusan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodo la kamu woi Mosabit the Gay...bila masa pulak sultan ikut arahan Macai???
      Macai: Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim

      Hahaha. ..woiii Mosabit d'Gay...baik ko duduk dlm bilik bersolek laa

      Hahaha

      Padam
  16. Norsabit...bole bg no hp u tak. ..nnt I ctc u ok

    BalasPadam
  17. emmm... hki macai umno. g la kt blog hampa.. kikiki...... susah hati nampak bila jarum ko tk menjadi.... k4isis selangor stratigi politik hebat... hampa akan lihat pru 14 macai hampa dlm pr akan di tendang keluar... kini telah terang lagi bersuluh.... hahahaha..

    BalasPadam
  18. TN 9.52...kamu silap mcm keldai2 lain. Bkn semua dlm thread blog nie umnobn. Kami ramai dari ank jati sgor. Kami tau ada jugak dari puak PKR sendiri yg berpaling tadah. Keldai2 mcm kamu nie sentiasa dibayangi umnongok yg lesu skrg nie.

    Ini lah masalah keldai2 mcm kamu nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih 60 kereta dan van berkonvoi keliling shah alam mlm tadi nyokong mb TSKI.poster dan bunting yg diarak jelas mengutuk org luar yg mengidam kerusi mb sgor.tanda2 kejatuhan PKR dan kenaikan era Pas kini kelihatn diSgor.kajang move suda jd kangkang move.

      Padam
  19. MB SELANGOR HAK PKR ?KAH KAH KAH KAH. SEJAK BILA SI NUAR AL JUBURI TU JADI TUKANG LAWAK ? HAK PKR KEPALA NENEK DIA?PENANG KETUA MENTERI DAP PASAL KERUSI DAP LEBIH. KLNTAN MB PAS PASAL KERUSI PAS LEBIH. PKR SELANGOR ? KELENTONG JE LEBIH. ORANG GILA TALAK MCM NI AR PERANGAINYA.

    BalasPadam
  20. Saya sebagai ahli UMNO di Selangor menyeru abg2 dan adik2 dari kalangan parti PKR dan PAS Sgor jgn gaduh2 la.

    Korang gaduh2 pun takde guna. Kalau Kak Jijah kipas sepat jadi MB sgor pun apa yg kowang dpt.

    Yg kenyang dgn yg gelak besar nnti ialah kroni2 sang Ketum dgn puak DAP

    Korang masuk angin keluar asap.

    Jgn mare la yaa...korang mmg tahap bodoh tak boleh di ajar.

    Hahahahaha..uuhuhu

    BalasPadam
  21. dswa bakal mb selangor jika rakyat seangor bertamaddun....!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak jd mb? Tak bertamaddun la rakyat selangor ya?

      Byk2 komen dari MACAI2 KETUM kau punya komen paling HARAM JADAH.

      Padam
    2. 11.35...cth typical tahap minda penjilat2 daun ketum.

      Padam
  22. Fauzdin. Aku kesian la tgk hang ni. Susah pyhh pikiaq nk tulis blog last2 budak2 pas umno dgn samm ketot bersarang kat sini.

    Apa kata hang tukar bloq bikin bisnez online ke, jual cup kek ke atau apa2 yg dtg menafaat pd diri hang.

    Tak kemana hang lau nk ikut Anwar anak beranak.

    Maaf Din ya...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2 nuar dpt jd pm 2030 la..tp bulan september jugak la...

      lama lg tu..doalah dgn Allah agar panjang umur..moga2 tercapai cita2 duniamu nuar..

      insyAllah lah...kotei dia dah tak tegak lagi tgk krusi PM najib.. byk2 lah sujud pd ilahi mohon doa dosa2 menipu org ramai dulu2tu diamponkan...amin...

      jgn masa mati kotei tegak lg sudah..nanguzubillah..

      Padam
  23. Apabila Khalid Ibrahim memberitahu, dia akan menyerahkan fail-fail pemimpin Pakatan Rakyat kepada SPRM, sekaligus turut memberikan isyarat bahawa fail-fail tersebut turut mempunyai salinan dan dipercayai diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor.Sudah tentu baginda tidak akan melantik calon-calon dari PKR yang fail-fail mereka mencatatkan kecacatan serta penyelewengan yang dilakukan sepanjang mereka bergelar Exco mahupun ADUN Negeri Selangor atau Ahli Lembaga Pengarah GLC Selangor.

    Apatah lagi DYMM Sultan Selangor sendiri telah menyatakan bahawa Selangor tidak memerlukan Menteri Besar yang dikawal dari jauh atau boneka kepada orang-orang tertentu sepertimana Wan Azizah dikawal oleh Anwar Ibrahim sehinggakan setiap tutur kata dan kenyataannya pun, Anwar Ibrahim yang karangkan.Azmin Ali, failnya sudah pasti menimbun. Pemecatannya daripada Lembaga Pengarah PKNS sudah cukup untuk dijadikan bukti.

    Belum lagi membabitkan pelbagai projek seperti Detum Jelatek, tanah Kerajaan Negeri yang dijual kepada Tropicana dan skandal tanah itu dengan Eco-World serta beberapa kes penyelewengan yang lain.

    Begitu juga dengan projek-projek dengan PBT selain program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak sampai kepada sasaran sehingga menjadikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai penyeleweng.Belum lagi projek pasir dan mineral. Belum lagi duit peruntukan tampal dan selenggara jalanraya. Belum lagi projek sampah mahupun parit dan longkang.

    Malahan duit untuk warga tua dan warga emas juga mencatatkan bilangan nama ADUN-ADUN dan Exco dari PKR yang melakukan penyelewengan.Dalam hal ini, PAS sebenarnya yang terlebih bijak berpolitik. PAS Selangor sedar, masalah yang melanda PKR yang rata-rata mempunyai pemimpin kaki songlap dan kaki sebat.

    Justeru, PAS sengaja mengusulkan tiga nama daripada PKR untuk calon  Menteri Besar Selangor kerana PAS tahu dan dapat mengagak DYMM Sultan Selangor akan menolak ketiga-tiga nama tersebut setelah meneliti pelbagai fail tentang mereka.Kesudahannya, sama ada calon-calon MB yang baru datangnya dari PAS atau Pilihanraya Negeri diadakan di mana PKR akan kehilangan penguasaan dan kehilangan banyak kerusi. 

    Kecuali Wan Azizah yang failnya mungkin tidak ada, tetapi faktor dia adalah boneka Anwar Ibrahim dan kecenderungan Anwar Ibrahim untuk mencuri duit negeri Selangor sepertimana yang dilakukannya ketika dia menjadi Menteri Kewangan dahulu, membuatkan Wan Azizah juga tidak layak untuk jawatan tersebut.

    Cuma 'kesian' kepada DAP kerana walaupun mereka mempunyai 15 kerusi DUN Selangor, tiada seorang pun ADUN mereka layak menjadi Menteri Besar. Justeru tidak hairanlah kalau DAP cuba menjadi pencatur dengan harapan, Menteri Besar yang mereka sokong akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada DAP sepertimana yang berlaku di Perak pada 2008 sehingga Februari 2009. Kehilangan Kerajaan Negeri Perak, membuatkan DAP meroyan bagaikan puaka hilang darah!

    BalasPadam
  24. DAP PKR...FITNAH BERPISAH TIADA.
    FITNAH BAGAIKAN PAKAIAN HARIAN.
    BUSUK HATI KOTOR JIWA DIBAWA MATI...
    -------------------------------------------

    ADUN DAP Piasau, Alan Ling Sie Kong yang tidak tahu apa-apa termasuklah melaksanakan tugasnya sebagai ADUN, cuba mengambil kesempatan dengan menyemarakkan kebencian orang awam terhadap PDRM.

    Alan Ling Sie Kong dalam Facebooknya menyiarkan sekeping gambar yang konon-kononnya seorang remaja yang mengalami kecederaan setelah berlaku kekecohan dan rusuhan dalam sebuah perlawanan di ntara Sarawak dan Perak.

    Kononnya juga, polis tidak mempedulikan remaja yang cedera itu dan tidak bertanggungjawab terhadap tahap keselamatan di stadium tersebut.

    Malangnya, gambar yang digunakan untuk melakukan fitnah terhadap PDRM adalah gambar Abu Khattab Al-Malizia, salah seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam perang saudara di Syria yang mengalami kecederaan.

    Alan Ling Sie Kong barangkali melihat gambar tersebut sebagai peluang terbaiknya untuk menaikkan sentimen kebencian kepada PDRM dan Semenanjung, sepertimana yang diarahkan oleh DAP Pusat.

    DAP di Sarawak dan Sabah sedang berkempen agar rakyat di kedua-dua negeri tersebut membenci PDRM dan Putrajaya.

    Malah DAP menerusi Lim Kit Siang baru sahaja selesai berkempen bersama-sama Dyana Sofya di Sabah untuk menghasut rakyat negeri tersebut memberontak dan menuntut Sabah keluar dari Malaysia.

    Alan Ling Sie Kong tidak tahu apa-apa tetapi otak DAPnya sangat ligat untuk memutarbelitkan apa-apa sahaja walaupun akhirnya dia mendedahkan kebodohan dan ketololannya sendiri.

    Gambar yang disiarkan oleh Alan Ling Sie Kong sudah cukup untuk membuktikan modus operandi dan niat jahat DAP di Sarawak dan Sabah.

    BalasPadam
  25. Budak2 pkr yg dah berakal baligh meh le join pas.

    BalasPadam
  26. Nmpk nya blog ni dah kena hijack oleh puak umno dgn pas yg anti PKR.

    BalasPadam
  27. kahkahkah...biarkan geng2 UG meroyan sbb mereka bengang TSKI dah tercampak walau mcm nk gila mereka mempertahankannya....hahaha...ada aku kisah lepas ni siapa jadi MB? Azizah ke..Azmin ke...yg penting sahak gagap dah out.....beres semua !!!

    BalasPadam
  28. SATU PENULISAN YG BAIK...RENGKAS TAPI PADAT. PEDULIKAN PUAK2 UMNO DAN UG SAKIT HATI PASAL EJEN MEREKA TSKI SUDAH TERSUNGKUR....MAHU TUNJUK HEBAT SANGAT DGN ANWAR, AMBIK KAU !! LEPAS INI, AZMIN MUNGKIN NAIK JADI MB....TAKDE MASALAH ASALKAN PKR. HARAPKAN PAS, MMG DAP TAKKAN SOKONG. YG PENTING UMNO DAN EJEN MEREKA TSKI DAH JATUH TERGOLEK KAT SGOR....HAHAHA

    BalasPadam
  29. He he. ..puak Parti Kaki Rasuah PKR ni tak abis2 nk kaitkan Umnongok. Ko org takut bebenor dgn bayangn UmnoBN yg la ni dok diam2 lesu lagi tak bermaya diSgor.

    Tapi kita tgk la nnt mcm mana Puak Kencing Rakyat ni nk melurut merayu dgn Pas. Baru ko org tau sapa Pas hehh...silap2 Parti Keliwatan Rambang nie yg kena sepak terajang.

    HIDUP PAS!! TAKBIR!!

    BalasPadam