RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 27 Ogos 2014

TSKI BAKAL BERSARA, TOK GURU PULA JADI MANGSA FITNAH?

PECAH berita kononnya Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi membuat tawaran kepada Azmin Ali untuk menyertai PAS seterusnya dilantik sebagai MB Selangor setelah membentuk kerajaan bersama Umno.  Berita ini tersiar di dalam The Malaysian Insider dan mengejutkan ramai pihak termasuk para penyokong PAS sendiri.

Benarkah berita ini?  Berdasarkan penafian oleh SU Presiden PAS sendiri yang menyatakan, "Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.", Maka, dapatlah kita simpulkan berita ini mungkin tidak benar.  

Perjumpaan Azmin dengan Tok Guru Presiden memang ada, tetapi bukan berkisar tentang memujuk Azmin sertai PAS.  Itu yang dimaksudkan oleh SU Presiden PAS.  Aku sendiri pun tidak percaya semudah itu Tok Guru Hj Hadi ingin 'menjual' PAS kepada Umno demi memastikan Kak Wan tidak menjadi MB Selangor.  Tidak setuju dengan Kak Wan, tetapi sanggup bersama Umno pada aku mustahil PAS sanggup bertindak sedemikian.

Sekarang, Kak Wan tetap diangkat dan disokong oleh 30 Adun dari PR.  13 lagi Adun dari PAS masih tidak dapat ilham atau 'wahyu' lagi.  Mungkin mereka perlukan lagi meeting untuk membuat keputusan.  Itu tidak mengapa kerana kita tidak mahu dilihat seolah-olah PKR ini 'memaksa' PAS untuk terima Kak Wan walaupun Kak Wan bukan calon Bebas atau Umno.  13 Adun PAS boleh sokong TSKI walaupun beliau Bebas, tetapi PAS mungkin ada sebab tidak mahu sokong Kak Wan.  Di dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR baru-baru ini PAS setuju dua nama, iaitu Kak Wan dan Azmin.  PAS juga setuju hanya seorang nama dihantar ke Istana iaitu Kak Wan, tetapi PAS tidak gugurkan nama Azmin.

Ertinya PAS setuju dengan Kak Wan untuk jadi MB Selangor.  PKR dan DAP sebulat suara menyokong Kak Wan, begitu juga dengan PAS, cuma PAS ada 'reserved' satu lagi iaitu Azmin.  Malangnya 13 Adun PAS tidak mahu tandatangan tanda setuju kepada Kak Wan.  Sokong tapi enggan tandatangan.  Itu pun PKR terutamanya tidak mengamuk dengan PAS.  PKR redha dengan 30 Adun yang tahu erti berkawan dan berpakat, maka 30 orang itu diangkat ke Istana.  

Sehari dua lagi mungkin kita akan dapat lihat adakah PAS serius untuk bersama PR.  Apakah PAS masih dengan keputusannya untuk tidak memberikan sokongan kepada Kak Wan sedangkan PAS tahu Kak Wan kini telah mendapat sokongan majoriti.  Ada di antara penyokong-penyokong PAS menuduh PKR keras kepala.  Cuba kita lihat situasi yang ada, siapa sebenarnya yang keras kepala?  PKR dan DAP telah mematuhi secukupnya undang-undang asas iaitu MB itu mestilah dari kalangan Adun yang mendapat sokongan majoriti, maka calun itu adalah Kak Wan.  Apa hujahnya mahu dikatakan keras kepala?

Kita boleh nilai sendiri siapa yang keras kepala.  Buat PKR atau DAP, tolong hormati keputusan PAS.  Jika kita tidak mampu untuk mendapatkan kerjasama dari PAS, kita lakukan setakat mana yang kita mampu lakukan.  PAS ada Majlis Syura mereka untuk membuat keputusan, maka hormatilah.  

Bagi aku, kejayaan besar yang aku amat bersyukur adalah jatuhnya TSKI sebagai MB.  Aku amat tidak boleh terima seorang MB yang tidak berdisiplin dan respek kepada pimpinan dan partinya sendiri.  Lain daripada itu TSKI adalah MB yang terbaik, aku akuinya.  Namun, kebaikan atau ketelusan saja tidak cukup untuk menjadi pemimpin di dalam politik tanpa ada sifat berdisiplin atau menghormati pimpinan dan parti.

23 ulasan:

  1. pas berpeluang jadi mb nampaknya. pas boleh kemukakan calon mereka sendiri terus kpd sultan tanpa melalui pakatan. nampaknya menantu abah ada can jadi mb? hahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Andaian yang bersifat menuduh beginilah yang menaikkan darah orang2 Pas. Kalau Pas dah buat hentamlah cukup2. Masalahnya ramai ahli2 termasuk pemimpin2 PKR terlalu buruksangka terhadap Pas yang telah begitu lama membantu. Sesiapa pun bial diperlakukan begitu naik fedup jugak.

      Padam
    2. Apa apa pun setia kawan perlu dipertahankan. Dalam keadan kawan susah kita harus membantu dan menyukong. Pas tak bolih kata ahli perlu ikut pemimpin dan parti sedangkan dalam masa yang sama secara tak langsung mengejar ahli supaya mencontohi TSKI. Dia tak ikut kata parti dan pemimpin dan PAS beri sokongan padanya, apalah ini, auta pun keputusan. Bagaimana jika rakan buat begitu pada PAS. Waktu di perak dulu rakan teguh dibelakang MB dari PAS. Cuba jawab..bengang.

      Padam
  2. Terimakasih Wfauzdin dengan ulasan yang terbaik.Apakah Pas akan menjual maruwah untuk mencalunkan adunya untuk menjadi MB?.Selama ini di katakan tidak mengejar jawatan,Tapi sebenarnya perkara tersebut masih belum berlaku lagi,kita tunggu apa yang akan terjadi dan kita doakan yang teerbaik.CUMA apa yang di muskilkan sedikit oleh ramai rakan ,apakah PKR tidak bolih menerima selain Azizah,Itu je,Bukan W,azizah tidak layak tetepai dia menjadi tohmahan dan fitnah kepada DSAI

    BalasPadam
  3. Fitnah penipuan dan dengki khianat mmg mainan dan pakaian PR PKR

    BalasPadam
  4. Aku tgk Blogger ni mcm lalang, takde pendirian.kejap puji satu pihak, pastu kritik, lps tu suruh hormat balik...yg best nya sendiri blog sendiri ulas balik puji diri sendiri. .

    Mcm2 hal la korang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lalang ker kangkung ker..ada juga dia blog....kau ado...asyik PTPTN ado jo......

      Padam
    2. sepatutnya nama PAS ni ialah PIS...baru betul....aman sikit..PIS maknanya..( =parti..I=islam..S= semalaysia)....

      kalau PAS jadi..( P=parti ..A=auta ..S=semalaysia )..

      KAH KAH KAH KAH KAH KAH ..

      Padam
    3. KAU TAK TAHU BACA JAWI MEMANG TOLOL BIN BONGOK. HASIL PENDIDIKAN UMNO.

      Padam
    4. Mosabit siGay ni dari dulu aku tgk post komen bangang

      Padam
  5. Apo pulak kono mongona dongan PTPTN pulak bhai...ekau ni mangang ko...hihih

    BalasPadam
  6. Yg cari pasal dalam isu ini adalah anwar Al ketum. Ada akal atau tak calon bini sendiri. Yg patut kena hentam adalah anwar bukan pas la bodoh

    BalasPadam
  7. Macai beee end boleh komen apa pun... Tapi yang pasti Pakatan semakin kukuh selepas isu yang dipermainkan golongan pencinta 'Parti Syaitan Dikenali' ini selesai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi sorang spesis bangang 3.53. Asal ada je org komen kritik korang ingat org BnUmno. Korang tahu tak majoriti rakyat selangor termasuk org dlm PKR dgn pas sendiri dah meluat tgk parti anak beranak ni?

      Padam
  8. Kalau tak tahu cerita lebih baik diam...sebab apa TSKI hendak ditukar, ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb apa TSKI di tukar itu korang punya pasal. Yg jd isu nya skrg ni PENGGANTI TSKI ADALAH BINI PADA KETUM SAJA. ..ORANG LAIN LANGSUNG TAK LAYAK. KENAPA? ADA UDANG DISEBALIK BATU YAAA. .

      Padam
  9. Cerita nya kami tahu...pasai AlKetum meleleh air lioq mengintai rm3 billion.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan ketum pulak. Tapi semua orang tahu siapa yg mengidam RM3 bilion tu

      Padam
  10. Kalau tak selesai juga perlantikan jawatan MB Selangor, alamat Pakatan Rakayat akan terus bermasaalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg Parti Kemelut Rakyat. ..

      Padam
  11. kalau munafik. langgar amanah, langgar keputusan muktamar walau namanya tok guru hukumnya sama.. bak kata khalid samad tak setuju keputusa muktamar sila keluar.. kami tak mahu.. masa muktamar ulamak bertopeng (tak kira tok guru pangkat menjulang ke langit atau sesapa) ni kenapa tak bantah? kenapa engkar keputusan muktamar? Kalau ahli tak ikut keputusan ulamak di minta keluar PAS .. Kenapa ada dua standrd . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau PKR dgn DAP ajak berselingkuh haram pun mungkin hang pun balun jugak no... keputusan muktamar takkan lebih tinggi daripada majlis syura ulama yang memandu setiap tindakan parti agar selaras dgn AQ & AS.... PR merupakan wadah bagi PAS, bukan matlamat ler bro

      Padam
  12. Apa2 aja la...tp tak lama lagi akn tercatat seantero donia msia negara pertama mempunyai mb remote control. ..hahaha

    BalasPadam