RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 25 Ogos 2014

BERI PELUANG KEPADA PAS UNTUK BUKTIKAN KESETIAAN MEREKA

JANGAN berburuk sangka dengan PAS yang sekali lagi mahu mengadakan Mesyuarat apabila diminta untuk menandatangani akuan untuk menyokong Kak Wan sebagai MB Selangor.  Kita sudah maklum bahawa PAS sendiri setuju dua nama sebagai calon untuk dibawa ke Istana iaitu Kak Wan dan Azmin, walaupun PR hanya membawa satu nama iaitu Kak Wan.

Mengapa perlu gusar lagi?  Apakah kita tidak yakin dengan Parti Islam tersebut?  Cuma kita mesti berikan masa buat PAS untuk berbincang kaedah mana yang mereka fikirkan terbaik untuk menentukan bahawa akhirnya TSKI itu turun dari Kerusi MB Selangor.  Soal PAS tidak mahu tandatangan atau akhirnya setuju tandatangan sokongan ke atas Kak Wan, itu hanya soal teknikal.  Hakikat dan faktanya adalah Kak Wan kini telah memiliki 30 Adun yang menyokongnya dan ini sudah cukup melegakan kita.  Hanya 13 orang sahaja lagi Adun dari PAS yang perlu mendapat kebenaran dari PAS Pusat untuk turut menyatakan sokongan kepada Kak Wan atau mereka memilih calon kedua iaitu Azmin.  Pokoknya, kedua-duanya adalah dari KEADILAN juga.

Bak kata Sdr Rafizi, " "Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah). “PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau kepada Malaysiakini ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi.

Kita jangan bersangka negatif kepada PAS kerana setakat isu ini berjalan, PAS masih lagi dilihat bersama dan mendokong perjuangan kita di dalam PR.  Soal bagaimana PAS mahu menguruskan isu ini terpulang kepada kebijaksanaan parti berkenaan.  Menuduh PAS begitu awal dengan tuduhan somborono kononnya PAS sengaja melewat-lewatkan penyelesaian isu ini untuk memberi ruang kepada TSKI membubarkan Dun adalah satu tuduhan yang tersasar jauh.   

Apa untungnya PAS berbuat demikian jika Dun dibubarkan?  Tiada untung buat PAS seperti juga KEADILAN.  DAP mungkin tidak merasa kesannya jika Dun dibubarkan.  Tapi bagi PAS dan PKR tentu ada kesannya kerana rakyat masih belum cukup maklumat untuk menerima kenyataan TSKI mesti diturunkan.  Apakah boleh diterima akal PAS sanggup menghadapi risiko itu?  Tentu tidak kerana KEADILAN juga akan terpaksa menghadapi risiko yang besar.  Justeru itu, jangan kita anggap PAS sebagai parti baru yang tidak matang untuk membuat keputusan.

Aku sentiasa menaruh kepercayaan kepada parti Islam ini.  PAS sehingga kini telah membuktikan bahawa mereka komited dengan PR.  Mana mungkin PAS akan bertindak berlawanan dengan rakan-rakan yang lain.  Apa pun kita berdoa agar TSKI dibukakan hatinya untuk menerima baik takdir ke atasnya bahawa sudah cukup buat beliau diberi peluang mentadbir Selangor.  Kita harap TSKI tidak akan bersara dari politik di dalam keadaan yang memalukan dan dihina sepanjang masa.

9 ulasan:

  1. Mana pegi mat sabu...kan senang skit pkr berurusan dgn mat sabu....kami mau mat sabu kfc

    BalasPadam
  2. Apa perlu mesyuarat kalau dulu sebelum mesyuarat pun presiden sudah boleh buat kenyataan dan selepas itu buat pula kenyataan atas dasar TSKI bukan lagi ahli PKR maka sekarang apa pula yang hendak diberi alasan adakah perempuan pula tak layak menjadi MB sebagai penyebabnya untuk tidak mahu tandatangi apa yang dikehendaki oleh MPPP PR sendiri.

    BalasPadam
  3. pas tengah bengang pasal 2 adun mereka dah tandatangan awal...alaaa,,2 adun tu bukan kena rasuah pun...tok ketua pas pun dah tua2 ni ni dia slow sikit...pusing ikut mana pun..pas cuma ada 3 pilihan jerr.. pertama setuju sain..kedua kena sain..ke tiga sain saja...kah kah kah kah kah kah kah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woiii Mosabit siGay...ko jgn nk tunjuk pandai. Ko ingat isu mcm ni bole pakai sain pastu gelak2 mcm bahalol ko tu yaa. ..

      Padam
  4. Peluang apa lagi? PAS ni banyak buat onar kebelakangan ni. Yang pasti suka jadi penyebok hal rumahtangga parti lain. rasa kurang hormat semakin kelihatan dan terbaru 13 DUn PAS yg tak mahu tandatangan SD. Apa ni PAS. Kalau hati dah tak serasi keluarlah dari Pakatan Rakyat sebelum rakyat menghukum PAS dalam PRU ke-14 nanti.

    BalasPadam
  5. Kalu 'posturing' PAS melambatkan keputusan kerana nak bargain, buatlah betul2 bargain. Kalu nak bargain, 13 tu semua sain sokong, pastu PAS mintaklah apa2 yang nak dari PR - Timbalan MB, exco kanan,.

    Janganlah sebelah tangan kata sokong PR dan yang sebelah lagi bagi can puak2 UG spt Amar, Saiful, Velfire berleluasa menghentam tindakan 2 ADUN. Bahkan Dr Zumar Perpaduang patut didisplinkan cold storage kerana mengajukan cita2 bergabung dgn UMNO.

    BalasPadam
  6. selagi ug tak di hapuskan dalam pas inilah yang akan terjadi....akar umbi kena siram air taik pada setiap ug dalam pas.

    BalasPadam
  7. kisah spenda besar lagi suspen....daaa http://alhusseyn51.blogspot.com/2014/08/kisah-spenda-yang-terlondeh.html

    BalasPadam