SEMALAM dengan wajah selamba bagaikan orang tidak bersalah walaupun tidak boleh diselindung lagi riak wajah kekecewaan dan kedukaan, Shahrizat Jalil pun mengumumkan akan `meletakkan jawatan' beliau sebagai Menteri. Bila? Esok atau lusa atau minggu depan?
Jawapannya bukan esok atau pun minggu depan, tetapi bulan depan iaitu sama dengan tarikh tamatnya tempoh beliau sebagai Senator. Jangan kita lupa, beliau dilantik jadi Senator untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Menteri. Lojiknya, tamat tempoh Senator, maka tamatlah tempoh menjadi Menteri. Jadi, mengapa perlu Shahrizat buat cerita sedih kononnya beliau akan meletakkan jawatan? Bukankah memang lojik beliau berhenti jadi Menteri apabila tidak lagi menjadi Senator?
Rakyat termasuk beberapa kerat pemimpin Umno bukan mahu Shahrizat berhenti jadi Menteri serentak dengan tamatnya tempoh beliau sebagai Senator. Mereka mahu Shahrizat berhenti serta merta kerana terlalu banyak yang buruk dari baiknya beliau berada di dalam Kabinet yang sememangnya sudah buruk itu. Bak kata Nazri Aziz, beliau harus pulangkan balik RM250 Juta dari NFC. Ertinya, berhenti sahaja tidak memadai bahkan jika dipulangkan kembali wang rakyat itu pun masih belum mencukupi. Seperti yang dikatakan oleh seorang Pegawai Polis dari Bukit Aman bahawa suami Shahrizat harus didakwa atas tuduhan pecah amanah. Mampukah Peguam Negara berbuat demikian?
Kita juga mahu tahu sejauh mana Shahrizat tidak berperanan di dalam kes NFC ini. Pokoknya bukan isu letak jawatan atau tidak, isunya adalah RM 250 Juta itu. Rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan lakonan letak jawatan yang dianggap tindakan tepat oleh Najib itu. Nampaknya masih panjang lagi masa untuk Shahrizat berada di dalam kabinet dan diharapkan dengan masa yang masih panjang ini, tidak `memanjangkan' tangan (panjang tangan) Shahrizat. Janji Sharizat tertunai sudah, beliau telah pun `melondehkan' kainnnya./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan