TAHNIAH aku ucapkan kepada SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) Pahang yang kini semakin maju ke depan apabila mewujudkan FaceBooknya sendiri iaitu `SAMM Pahang'. Aku juga difahamkan SAMM Pahang kini telah mula bersedia untuk mewujudkan blog sendiri pula. Alhamdulillah.
Sebelum ini gerakan SAMM Pahang hanyalah secara individu melalui FB masing-masing. Namun, berkat usaha Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta yang juga bekas Timbalan Ketua AMK Pahang dan bekas Ketua AMK Kuantan serta dibantu oleh rakan-rakan beliau, maka wujudlah FaceBook SAMM Pahang ini.
Aktiviti SAMM Pahang sejak kebelakangan ini hanyalah mempergiatkan usaha di dalam Kempen ABU (Asalkan Bukan Umno) di merata-rata kawasan di seluruh Negeri Pahang. Hasil daripada kempen yang berterusan, alhamdulillah, baru-baru ini di beberapa kawasan Felda iaitu kubu kuat Umno, kempen ABU mendapat sambutan.
Secara peribadi, aku sendiri adalah penyokong SAMM dari awal lagi. Sewaktu pemilihan di dalam KEADILAN dulu, aku juga salah seorang yang menyokong kuat Chegu Bard (Penyelaras SAMM) untuk bertanding jawatan Ketua AMK. Tetapi, apa jua keputusan dari pertandingan itu aku tetap menyokong SAMM kerana bagi aku SAMM bukan lah sayap parti yang boleh aku kaitkan dengan keputusan pemilihan yang secara prinsipnya aku terima apa jua keputusan parti yang aku sertai sekarang. Bagi aku, masalah pemilihan biarlah mereka yang arif menentukannya.
Walaupun ada di kalangan rakan-rakan mendakwa SAMM wujud adalah kerana kekalahan Chegu Bard di dalam pemilihan Ketua AMK, bagi aku itu merupakan dakwaan yang ternyata tidak berpijak di bumi nyata. Mereka boleh lihat, SAMM lebih awal wujud sebelum pemilihan lagi dan prinsip perjuangan SAMM jauh berbeza dengan prinsip kepartian, cuma asasnya sama iaitu menentang rejim yang zalim.
Walaupun aku penyokong gerakan SAMM ini, aku juga pernah mengkritik beberapa ahli SAMM yang kadangkala terbabas dan keterlaluan di dalam berkata-kata. Bahkan, aku juga pernah menegur dan memberi pandangan kepada Chegu Bard secara peribadi dan juga melalui blog berkaitan beberapa perkara. Tetapi semua ini tidak pernah menjadikan hubungan kami rosak akibat perbezaan pendekatan atau kritikan. Ini lah hebatnya SAMM yang berani berdepan secara hujah bukan hanya berlagak hero di belakang tabir dan melalui facebook semata-mata.
Bagi aku Chegu Bard (Penyelaras SAMM) sebagai Ketua Cabang Rembau dan orang kanannya iaitu Ketua AMK Rembau telah berjaya mengangkat parti ini melalui gerakan SAMM. Ertinya, hujah yang menyebut bahawa SAMM dan AMK sentiasa bermusuh amat tidak tepat samasekali, walaupun tidak dinafikan ada yang merasakan begitu dek kerana tidak matangnya politik mereka. Secara peribadi juga aku mengalu-alukan penubuhan beberapa NGO lain seperti Jingga 13, AIC (Anwar Ibrahim Club), MAP (Memacu Arus Perjuangan) dan beberapa lagi NGO yang sentiasa menjadikan rejim zalim sebagai sasaran mereka.
Apa yang penting bagi aku, kerja parti mesti diletakkan di atas segala-galanya. Jika peluang melalui parti agak terhad untuk meneruskan perjuangan maka gunakanlah platform NGO seperti ini untuk meneruskan perjuangan asalkan sasarannya tetap sama. Kita sedar, ada di kalangan di dalam parti yang `beku' di dalam perjuangan malahan ada ketua yang malas untuk hadir mesyuarat parti, tetapi mereka tidak pula mahu berjuang melalui NGO-NGO seperti yang disebut di atas. Sikap inilah sebenarnya yang menampakkan kepimpinannya tidak berkesan dan tidak berpengaruh.
Sekali lagi tahniah kepada SAMM Pahang. Teruskan perjuangan anda dan harungilah apa sahaja yang berada di hadapan tanpa menghiraukan `kemuncup' di jalanan. Kekalkan prinsip SAMM sebaik mungkin dan kamu harus sedar pejuang yang hebat pasti mempunyai ramai musuh samada di luar mahu pun di dalam./wfauzdin.blogspot.com
SAMM lebeh baik dari AMK. Itu fakta. SAMM lebeh agresif dr AMK. Itu fakta. SAMM lebeh ke depan dlm isu2 rakyat. Itu fakta. AMK lebeh ke depan dlm membuat report polis. Itu jugak fakta. AMK Lebeh menjaga Anwar dari jaga isu rakyat. Itu jugak fakta. Ada sapa yg tak setuju dgn gua?. Ini pendapat personal gua, so gua peduli apa dgn pendapat lu. peace
BalasPadamapa-apalah. Janji ABU!!!!
BalasPadam