RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 12 Mac 2012

ADA AKU KISAH MEREKA MEROYAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

KADANGKALA kesian tengok kawan-kawan seperjuangan.  Mereka cuba mahu menjadi hero maki hamun di dalam facebook, kononnya orang lain penakut berhujah dengan mereka.  Aku pun baca semua yang ditulis dalam facebook mereka, kot-kot ada lah hujah mantap yang boleh aku jawab, malangnya yang ada hanya maki hamun.  Kesihan penyakit Umno sudah berjangkit, tidak boleh berhujah melainkan maki hamun.

Kononnya mereka berani dan kata aku ni takut untuk berhujah, lucunya setakut-takut aku pun nama dan gambar aku, maksudnya identiti aku tetap terpapar di profile facebook.  Yang menyalak maki hamun tu pulak, berselindung dengan nama yang aku sendiri tak tahu datangnya dari mana.  Lebih parah lagi guna nama parti pulak tu dalam facebook, kononnya untuk burukkan parti sendiri?

Paling bangsat dan bacul, dia minta penjelasan dari aku secara personal melalui inbox facebook aku.  Aku ni anggap dia ikhlaslah nak minta penjelasan, maka aku pun terang dan jawab apa yang beliau mahu aku jawab.  Aku ikhlas juga bagitahu dia, jika masih kabur dengan penjelasan aku, hibungi lah aku semula untuk penjelasan lebih lagi, malahan aku kata aku boleh bertemu muka jika dia masih tidak faham.  Dia pun tak jawab selepas itu, maka aku fikir dia faham....

Rupa-rupanya dia copy apa yang aku tulis melalui personal kepada dia, dia letakkan kat wall facebook.  Lepas tu, dua tiga ekor ini pun mulalah bercakap sesama mereka isu yang aku jawap tu.  Pelik juga, kan?  Aku tak hairan sikit pun dia copy paste apa yang aku tulis tu kerana apa yang tertera tiada maki hamun atau lucah pun.  Sebaliknya, mereka jadikan bahan maki hamun sesama mereka.  Ada aku kisah?  

Aku hanya tabik jika mereka yang boleh berbahas dan berhujah bukan yang menjawab dengan maki hamun.  Jika mahu cari yang pandai maki hamun untuk menjawab hujah, melambak puak-puak macam tu dalam Umno.  Sekali lagi aku tawarkan kepada sesiapa saja hatta orang-orang Umno sekalipun yang tidak puas hati dengan apa yang aku tulis, kita boleh bertemu dan berhujah cara baik.  Tetapi, sekiranya mahu pancing aku agar masuk dalam facebook yang penuh dengan cercaan dan makian, maaf sajalah kerana aku dah jemu dengan semua tu dan takkan boleh buat kita lebih cerdik melainkan bertambah bodoh...Ada aku kisah?/wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Bro. puak tu mmg pngecut guna nama samaran dlm FB. Aku pun pernah kena camtu...usah layan je bro, kita jadi bodo layan org bodo kaki maki hamun nih. Zaman skrg zaman hujah. Berani berhujah lah buat apa nk jadi cam Najib...penakut dan bacul, tul tak? Mereka melalak sesama mereka biarkan je kerana org bodoh mmg suka menyembang sesama bodoh gak..

    BalasPadam
  2. depa tu sampah-samaph hanyut bro...

    BalasPadam
  3. Jangan dilayan bro...

    BalasPadam