SETUJU dengan kenyataan Ketua Wanita Umno di SINI, yang menyebut " Sesebuah negara tidak akan berguna sekiranya hanya mempunyai rakyat yang
berbakat dan berpotensi sedangkan negara tidak aman dan selamat seperti
di Syria" (Malaysiakini).
Memang benarlah kata menteri yang pernah menyingsing lengan di dalam PWTC sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lalu, negara tidak lagi berguna jika tiada keamanan dan kehidupan rakyat di dalam suasana perang seperti di Syria dan beberapa buah negara di luar sana.
Tetapi kita juga harus ingat, negara juga tiada guna berada di dalam keadaan aman damai tetapi pemimpin mereka di dalam `diam' menyapu duit dan harta rakyat untuk kemewahan keluarga dan kroni mereka. Pemimpin jenis ini mengambil kesempatan di atas keamanan negara untuk mereka mencuri dan merompak sebanyak mana mungkin harta rakyat dan rakyat hanya disuapkan saki baki dari hasil rompakan mereka untuk menutup mulut rakyat.
Berbanggakah kita negara yang aman tetapi pemimpin secara diam merembat RM250 Juta kononnya untuk membela lembu, tetapi hakikatnya mereka membeli tanah, kondo, kereta mewah dan mengkayakan keluarganya sahaja? Perlukah kita berbangga dengan keamanan negara dengan hanya sekadar menyaksikan isteri pemimpin bermewah dengan cincin puluhan juta ringgit, beg tangan ratusan ribu di dalam keadaan negara kita aman tetapi masih ada rakyat yang tidak makan dan tinggal di pondok usang?
Masihkan kita mahu berada di dalam keadaan aman tetapi rakyat terpaksa hidup di dalam keadaan menanggung sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang. Apakah kita sanggup mengakui keamanan negara kita di dalam keadaan rakyat disajikan dengan cerita fitnah seks dan lucah siang malam?
Benar, keamanan itu penting tetapi keamanan yang kita tuntut adalah keamanan yang diredhai Allah. Kita tidak boleh menjadi seperti ayam daging yang hidupnya aman di dalam reban, diberi makan minum siang malam, tetapi cukup masanya ayam ini akan ditimbang dan disembelih./wfauzdin.blogspot.com
bila aman senanglah mereka merembat & mengaut khazanah negara tapi jika kacau bilau susah juga kan! ABU saja penyelamat rakyat & negara !
BalasPadamhehehhehe..padan muka kak ijat..
BalasPadamnak kena saman blog ni 50 juta kerana mefitnah siapkan le ya
BalasPadamKak Ijat tak kesah...! Selagi ada Peguam Mamak Kutty yang selalu menang kes (hero sewaktu UMNO berkuasa) bagi mewakili Kak Ijat, tentunya Kak Ijat tak kisah.....! Tapi Kak Ijat takut juga kalau UMNO tak dapat memegang kuasa selamanya, maklumlah UMNO ini kan maksum dan kekal selamanya, parti yang tawaduk kan? Satu lagi yang Kak Ijat tak kisah di negara ini mahkamah dan polis boleh dibeli (timbang kati) macam di Kerala atau Bombay, ala .....tempat asal bangsa Kak Ijat tu, tak kan tak tahu pula?
BalasPadamSalam Bro,kalau kita selalu mengata orang maka kita pun sama dengan dia orang.Kalau kita tuduh UMNO rembat duit rakyat,pemimpin PAS rembat duit Tabung Memali tu macam mana?
BalasPadamIsu NFC dan Kak Ijat ni ada dalam Audit Negara, kau ada faham ke?
Padambiarlah kak ijat menggunakan taliyan hayat yg terakhir..kuasa rakyat insyallah...smuanya akan termusnah nanti...
BalasPadamyg tak aman UMNO.. Lg pun kan skg negara aman.. sb penyokong Pakatan sukakan keamanan.. Jd mcmana dan bila pulak negara tak aman? selepas praya.. sb apa tak aman lepas praya?
BalasPadamkalau umno berkuasa negara aman.. kalau pakatan berkuasa negara tak aman? Hny org yg hilang kuasa ketika itu yg tak aman...
sdgkan Pakatan kalau kalah bukan dikira hilang kuasa sb kita belum ada berkuasa penuh..
cakap macam orang tak sekolah la kak ijat ni!!!semua manusia nak kan keamanan tak kira mana negara sekali pun...sebab apa negara tak aman?banyak sebab,satu dari sebab nya bila pemimpin balun DUIT RAKYAT untuk kepentingan diri dan keluarga....apa jadi pada negara mesir,tunisia,indonesia,thailand,filipina dan banyak lagi lah kak jat,cek sendiri lah...jadi lebih baik diam bolih tak kat jat????????
BalasPadampinjam duit...bukan curi..
BalasPadammcm projek kambing di kelantan la...
mcm projek mata wang..last2 jd lain jugak...
kesian budak bank xpasal2 kena paling korang 3 thn lokap..
nak pesan royalty minyak lepas 3 b.n.(batu notika) dr pantai..kuasa jatuh pd k.pusat bukan kelantan pun...
sapa tgk peta dia tau ...nmpak mcm real...bila ukur ...kuasa ditgn pusat...tp dpt jugak wang ehsan...baik dibalas taik..
last2 dun galas pun kalah walau hebat main isu royalti...tahniahha.. pas!
ni saper yg berckp nih?sedare lembu ke sedare kak ijat@lembu...moooooo
PadamPinjam duit utk apa? Siapa yang meminjam? Kalau kau yang meminjam, agak2 boleh dpat tak? Orang cerita psl lembu, dia cerita psl royalti minyak plk. Yang buat Tg Razaleigh. Dia hidup lg.
BalasPadamGeng2 kutty nih memang suka rembat duit kerajaan bagi anak beranak.
BalasPadamTak caya tanya madir kutty.