RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 9 Ogos 2012

SOKONG DAP `HARAM' - FATWA LEBAI MALANG

Oleh:  WFAUZDIN NS

HARAM sokong DAP kerana DAP menentang hukum Hudud?  Ini disebut oleh seorang pak lebai malang dari Kelantan yang buta langsung tentang politik.  Baca di SINI.  Semua tahu pemimpin DAP yang lantang menentang hukum Hudud adalah Karpal Singh, itu pun peguam terkenal ini menentang hukum tersebut berdasarkan Perlembagaan yang ada mengikut tafsirannya sahaja.  Bagaimana dengan penentangan MCA terutamanya Chua Soi Lek terhadap hukum ini?  Lebih dahsyat lagi, pemimpin yang mengaku Melayu Islam di dalam Umno juga menentang hukum ini.

Chua Soi Lek pernah menyebut melaksanakan Hukum Hudud boleh membawa negara mundur ke belakang.  Najib pernah menyebut Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.  Mantan PM, Mahathir lebih terkenal di dalam menghina hukum Islam dan sehingga kini Mahathir menjadi `mentor' kepada Najib.  Chua Soi Lek pernah menghina hukum larangan wanita Islam bersentuhan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim.  Mungkin dalam `fatwa' lebai malang tersebut, harus menyokong Chua Soi Lek kalaupun tidak jatuh wajib.

Pemimpin DAP yang menentang hukum Hudud ini adalah seorang Non Muslim.  Chua Soi Lek juga Non Muslim.  Masakan Najib atau Mahathir juga Non Muslim?  Tetapi apa beza mereka semua?  Bezanya, Karpal Singh tolak hukum Hudud berlandaskan undang-undang dalam Perlembagaan kerana beliau seorang Peguam.  Karpal tidak pernah menyebut Hukum Hudud boleh menyebabkan negara mundur. 

Chua Soi Lek pernah menghina hukum wanita Islam berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrim dan beliau juga pernah menghina Hukum Hudud bahkan mengugut Umno jangan terima hukum Allah ini tanpa berlandaskan apa-apa hujah samada dari segi perundangan.  Ertinya, penentangan pemimpin MCA itu terhadap hukum Islam adalah total. 

Pemimpin Umno lebih dahsyat lagi.  Mereka bukan sahaja tidak mahu laksanakan Hukum Hudud walaupun telah diberi kuasa lebih dari 50 tahun memerintah, bahkan pernah menyekat negeri Kelantan untuk melaksanakannya.  Ertikata lain, Umno lebih rakus menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk menentang hukum ini.  Mahathir secara jelas menyebut Hukum Hudud ini ciptaan manusia.  Najib pula secara terang mengakui Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Jika mahu guna `fatwa' lebai malang dari Kelantan itu, MCA dan Umno juga `haram' untuk disokong.  Mengapa pula kita di dalam PR perlu menyokong DAP?  Bagi saya, sokongan kepada DAP dan juga PKR perlu kerana untuk kedua-dua parti ini menjalinkan hubungan dengan PAS dan sokongan kepada kedua-dua parti tersebut tidak menjejaskan PAS samasekali.  Lebih-lebih lagi sehingga kini tiada seorang pun pemimpin DAP yang rasuah atau merompak harta rakyat.  Berbeza dengan pemimpin Umno dan MCA.  Kisah Khir Toyo, kisah lembu kondo, kisah komisyen kapal selam dan Altantuya sudah cukup kita kenal siapa pemimpin Umno.  Kisah PKFZ yang melibatkan bekas Presiden MCA dan kisah pengakuan Presiden MCA yang berzina juga sudah cukup untuk kita kenal MCA.

Mereka bukan sahaja menentang Hukum hudud, bahkan mereka mengamalkan salah laku yang Islam sendiri mewajibkan kita menentang mereka.  Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum hudud tetapi Karpal Singh akur dengan lain-lain dasar PAS yang menentang rasuah serta kezaliman.  Itu bezanya.

Apabila melihat perbezaan semuanya ini, munasabahkah kita wajib sokong MCA dan Umno dan haram sokong DAP?  Hanya otak yang sihat dengan menggunakan keimanan sahaja boleh menjawab persoalan ini./wfauzdin.blogspot.com


6 ulasan:

  1. Ulasan yang baik..hanya mental yang baik saja boleh menilai..

    BalasPadam
  2. lahai... Blogger PR ni dah xde modal langsung..

    BalasPadam
  3. bukan munasabah..
    haram sokong dap..

    tu pun tak tahu ...SILA BUKA HARAKAH LAMA2..

    dap tu komunis...bukan aku kata...nik aziz yg kata...

    BalasPadam
  4. sokong MIC tu kira sunat mauakat ke? kalau tak sokong kena sujud syahwi? Baghal punya lebai malang

    BalasPadam
  5. WFauzdin NS..tutup je la blog saudara ni. Apa yang saudara tulis ini semua berdasarkan persepsi yang terhasil dari satu sumber rujukan iaitu media. Pemerhatian mendalam perlu dilakukan malah aspek etnografi kes perlu diberikan lebih tumpuan. Klu ilmu panjang sejengkal jangan menduga lautan dalam. Pergi masuk pondok balajar ilmu agama dulu. Lps tu blaja plak ilmu undang2. Jangan terlalu cepat membuat telahan atau kesimpulan. Ini bukan saja soal politik atau agama tapi soal ummat Melayu. Email saya di nizamyusuff@yahoo.com jika berminat untuk terus berbincang..

    BalasPadam
  6. Walaupun blog ni tidak mendalam aspek chromatografi, fisioterapi dan national geografi, namun blog ni tetap menjadi idaman aku.

    BalasPadam