TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Jumaat, 16 November 2012

BILA GELANGGANG DIBUKA, US NASHA LARI LUAR NEGARA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUKTAMAR PAS sedang berlangsung dan hampir selesai.  Muktamar adalah tempat semua perwakilan PAS membawa usul atau tempat untuk mengkritik parti yang paling efisyen.  Namun, tempat sebegini istimewa tidak menarik minat Us Nasha untuk bercakap, mungkin beliau tahu Muktamar PAS tidak sehebat jemputan media perdana kawalan Umno untuk beliau bercakap.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.  Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.
 
Undangan luar negara itu urusan resmi parti kah atau peribadi?  Jika urusan peribadi, ertinya Us Nasha meletakkan urusan peribadinya lebih tinggi dari urusan parti.  Jika alasan undangan ke luar negara itu lebih awal dibuat, ertinya Muktamar PAS kali ini baru seminggu ditetapkan?  
 
Samada Us Nasha hadir atau tidak di dalam Muktamar PAS kali ini tidak penting buat PAS, tetapi penting buat Us Nasha sendiri.  Bukankah beliau selalu mengkritik parti secara terbuka di dalam media kawalan Umno?  Bukankah beliau selalu menyebut bahawa PAS sudah lari dari perjuangan?  Jika beliau sendiri meremehkan Muktamar PAS, apakah ini bermakna Us Nasha sebenarnya tidak pernah serius untuk membetulkan PAS jika beliau rasa PAS telah tersasar dari perjuangan?
 
Dapatkah anda bayangkan, jika ada jemputan dari Najib untuk Us Nasha mengiringi PM ini ke luar negara, adakah anda rasa Us Nasha menolaknya atau memberi alasan ada tugas lain?  Rasanya Us Nasha akan berlari-lari untuk mengikuti Najib dan meninggalkan urusan yang lain.  Begitu juga, jika TV3 Suku menjemput Us Nasha untuk diwawancara khas, pastinya sepantas kilat mantan Timbalan Presiden PAS ini datang ke Seri Pentas.  Tapi ini Muktamar PAS.  Apa ada pada Muktamar PAS di dalam keadaan beliau tiada jawatan lagi? 
 
Sekarang kita kenal watak ini.  Watak yang hanya berani dan berkokok di luar gelanggang.  Bila gelanggang sebenar dibuka untuk beliau tunjukkan kehebatannya, beliau lari dan pasti akan muncul selepas ini bila gelanggang ditutup.  Adakah beliau tidak sanggup mendengar hujah-hujah perwakilan yang sudah lama menunggu untuk membelasah beliau di Muktamar kali ini?  Jika tidak berani, memang wajar beliau berhujah seorang diri di TV3 suku setaraf dengan Najib atau paling tidak seperti Zul Kulum, Ezam, Ruslan Kassim, Zahrain atau Ibrahim Alkataki. /wfauzdin.blogspot.com
 
 
 
 

3 ulasan:

  1. Bezanya Ust Nasha dengan pemimpin PAS lain jelas. Ust Nasha berani memperjuangkan Islam tapi yg lain rela gadai Islam kerana DAP dan PKR. PKR takkan kata apa sebab berselimutkan maksiat, berbantalkan kekotoran.
    Muga Ust Nasha diberi kerahmatan dan dirahmati ILLAHI. Laknat kepada manusia bersifat syaitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mu cerdik, cuba lu jelaskan macam mana nak melaksanakan hudud dan negara Islam selepas saja PR memperolehi Malaysia? Jangan sembang kencang macam pencacai UMNGOK, kena cerita pada kami yang naif ini! Pencacai jenis sembang kencang desak PAS kekalkan impian parti itu nak tubuhkan negara Islam tapi kepala depa dalam BN, UMNGOK dah 55 tahun memerintah tapi takdak impian nak negara islam! cuba cerita!

      Padam
  2. thi reaL answer mmm.. still mystery...right??

    do u think najib own nasha..

    or dou thnk 'presiden pas' owns him..

    both need him..
    so th answer is btween the line...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini