RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 12 Disember 2012

SUMPAH LAKNAT MULA MAKAN TUAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali.  Apabila bos sudah tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka.  Justeru itu, jangan terkejut sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh.  Kita tidak mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja.  Apa pun nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.  

Begitu juga dengan pendedahan Deepak, seorang ahli perniagaan yang kini merasa 'tertipu' dengan 'rakan'nya yang semua rakyat kenal insan tersebut.  Pendedahan beliau juga bukan remeh malahan melibatkan kes jenayah iaitu kes pembunuhan.  Pengakuan Bersumpah Bala ada kaitan dengan kes kematian Altantuya yang didapati mati diletupkan dengan C4 'tanpa sebab'?  Otak yang sihat dan bukan berotakkan lembu sudah pasti tidak boleh menerima Altantuya dibunuh oleh orang yang tidak pernah mengenalinya dan paling tidak lojik dibunuh tanpa motif.

Akuan Bersumpah Lajim Ukin yang terbaru menambahkan botak kepala Najib memikirkannya mengapa begitu berat sekali bebanan dan tekanan ke atas beliau sekarang.  Ada rakan yang memberitahu, mungkin akibat 'Sumpah Laknat' beliau di Permatang Pauh dahulu kononnya tidak mengenali Altantuya kini telah memakan diri.  Wallahu Aklam.

Kini, Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk kita sampaikan kepada rakyat.  Sampaikan walau satu ayat tentang kemungkaran dan kezaliman ini.  Biarlah mereka yang berotak lembu yang telah puas menangis di dewan PWTC itu tidak mempercayainya, namun penerangan mestilah dilakukan berterusan sehingga parti sekutu Apco ini tersungkur.

3 ulasan:

  1. apa pun pendedahan dan realiti nya,,, melayu ni totap ado yg BiNgai dan totok BaNggang nya skot hehehheheheh

    BalasPadam
  2. KEBENARAN PASTI MUNCUL,SEGALA FITNAH PADA PAKATAN RAKYAT AKAN TERKUBUR SEKALI DENGAN UMNO-APCO PENGKHIANAT NEGARA! ABU UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT & NEGARA !

    BalasPadam
  3. Itulah sebabnya ada orang masih lagi takut untuk bersumpah..

    BalasPadam