RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 18 Januari 2013

'PERINTAH BERKURUNG' BUAT TENTERA DI PD PADA 20 HB JANUARI (AHAD) INI?

Oleh:  WFAUZDIN NS



PADA 20 hb Januari ini (Ahad), sudah semestinya warga tentera khususnya dan bekas-bekas tentera mesti datang ke Program Ceramah Skandal Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang isunya  semakin panas sekarang.  Program tersebut akan diadakan di Kg SiRusa, Batu 4, Port Dickson (Rumah Pak Ngah, belakang Stesyen Petronas) mulai jam 09.00 malam.

Terutamanya warga-warga tentera di sekitar Port Dickson, tidak kira pangkat apa sekalipun mereka harus turun untuk dapatkan maklumat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kebajikan dan kepentingan mereka.  Penceramah yang akan hadir nanti adalah tokoh yang 'mengorek' isu ini iaitu Pengarah Strategi KEADILAN Pusat, Sdr Rafizi Ramli yang sebelum ini berjaya membongkar isu NFC (lembu kondo) melibatkan keluarga seorang Menteri.  Turut berceramah adalah Brigedier Jeneral (B) Abd Hadi dan juga Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain (MP Teluk Kemang).

Adakah akan ada 'perintah berkurung; buat warga tentera sekitar Port Dickson pada tarikh tersebut?  Mudah-mudahan ianya tidak berlaku dan jika berlaku, sahih lah isu ini mahu disembunyikan dari pengetahuan warga tentera sendiri.  Ayuh...hadir beramai-ramai.

InsyaAllah, Radio KOBAT FM akan membawakan siaran secara langsung program tersebut bagi warga tentera seluruh Malaysia yang tidak dapat hadir ke program tersebut.  Radio KOBAT FM boleh diikuti dengan hanya membuka blog ini atau blog http://kobatpkr.blogspot.com


4 ulasan:

  1. PR tidak perlu mendabik dada, PR sewajarnya menerima hakikatnya perhimpunan KL112 menemui kegagalan. Kehadiran yang mensasarkan 1Juta tersasara jauh. Penglibatan kaum bukan Melayu Cina, India dan kaum-kaum Sabah, Sarawak yang lain terlalu sangat kurang. Dianggarkan hanya 5,000 orang cina dan lebih mengejutkan sokongan orang India dianggarkan kurang dari 500 orang. Pihak PDRM menanggarkan sekadar 40,000-50,000 sahaja yang hadir sedangkan pihak PR mengunakan pelbagai kaedah pengukuran untuk mewajarkan bilangan kehadiran melebihi 100,000 orang.

    Isu-isu yang dibangkitkan penceramah-penceramah dari malam sebelum perhimpunan adalah merupakan isu lapuk dan tidak langsung mempunyai kaitan dengan matlamat HKR secara keseluruhan. Tindakan memanggil pekerja kilang bagi memberikan ceramah mengenai gaji minimum juga didapati langsung dilihat tidak memberi kelebihan kepada mereka, begitu pun kehadiran Ustaz Adzhar Idrus, isu Kalimah ALLAH menyebabkan rakyat telah hilang kepercayaan kepada PAS dan juga `ustaz' seperti ini.

    Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan 100% kemiskinan jika berjaya menawan Putrajaya yang disebutkan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sesuatu yang tidak logik sedangkan majoriti yang hadir adalah masyarakat Melayu melihat keadaan orang Melayu di Pulau Pinang masih miskin dan juga di Kelantan

    Sebilangan sahaja NGO yang terlibat, selebihnya tidak langsung dikenali oleh penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia sendiri. Mereka telah bosan dan mula menyingkirkan diri dari PR kerana tidak memberi sebarang kelebihan kecuali hanya menjadi `pak turut dan pencacai' bagi PR.

    Pemimpin peringkat tertinggi PR menyedari bahawa perlantikan Mat Sabu sebagai Pengarah Program adalah satu kesilapan yang amat besar kerana Mat Sabu terserlah tidak mempunyai keupayaan dan kewibawaan untuk mendapat sokongan terbuka. Mat Sabu sendiri dibelenggu dengan pelbagai masalah khususnya rakyat menganggapnya sebagai pejuang komunis, pejuang Kalimah ALLAH untuk LGE dan bukan Islam, tidak bermoral dan tidak `cerdek' sebagai pemimpin yang berwibawa. Mat sabu adalah `pak lawak' dan hanya layak memberi ceramah di pekan-pekan kecil dan pendalaman di mana orang Melayu tidak berkeupayaan menerima maklumat sebenar.

    Kejayaan kerajaan mengambil langkah blackout isu perlu diberi penghargaan tinggi. Tiadanya media coverage oleh media arus perdana menjadi punca kenapa himpunan ini kurang memberi impak berbeza dengan Bersih 3.0. PR yang sentiasa memingkirkan arus perdana pihak kerajaan `memakan diri' sedangkan Haji Hadi Awang meminta diberikan slot khas di TV1 dan TV3 untuk menjelaskan Amanat Hadi.

    Tindakan beberapa kumpulan penyokong beragama Islam sembahyang mengikut arah kiblat yang berbeza berjaya dirakam oleh blogger UMNO dan dijadikan isu besar di media sosial tanpa dinafikan penyokong Pakatan Rakyat.

    Kegagalan media pro Pakatan Rakyat menafikan keamanan dan kelancaran program ini ada kaitan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan bijak pihak keselamatan memberikan kelebihan kepada kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

    Anwar mahukan perhimpunan menjadi landasan mempamirkan rakyat menolak kerajaan dengan cara menimbulkan kucar kacir dan hura hara sedangkan keputusan penganjur bersetuju dengan 27 perkara tertentu dengan pihak polis telah mengurangkan keyakinan rakyat terhadap ketegasan Pakatan Rakyat. Rakyat mula mempersoalkan kewajaran persetujuan itu dan sejak bila pula Pakatan Rakyat akur kepada kehendak polis?, Berbanding Bersih 3.0, soal keganasan polis terus menerus diperkatakan dan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

    Pakatan Rakyat setakat menang sorak..........

    BalasPadam
  2. Mengikut maklumat, Brigedier Jeneral (B) Abd Hadi ini yg diberhentikan dalam perkhidmatan kerana hilangkan enjin kapalterbang askar!. macamana org tak amanah boleh beri ceramah, siapa nak caya ye...

    BalasPadam
  3. Teruskan perjuangan agar warga tentera terus diberi maklumat yang tepat bagaimana mereka dipergunakan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik jahat mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR dulu, kini dan selama-lamanya tak pernah pun jaga kebajikan tentera! Jaga periok nasi dan kembungkan perut sendiri je.
      Pencen pun masih ambik kat kerajaan...., nak beri tanah sekangkang kera pun tak ada cumanya beri ceramah siang malam je...

      Padam