MAKA, berbunyi juga Bik Mama di hadapan balu-balu tentera tentang isu cincin RM24 Juta. Dia pun macam Najib pernah lakukan, iaitu bersumpah. "Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung". Masihkah anda ingat, Najib juga pernah bersumpah tidak mengenali Altantuya? Kelakar, bukan? Tentu Deepak ketawa terguling-guling mendengar 'lakonan' dua insan sehati sejiwa ini.
Ada rakan aku kata, pelik apanya untuk bersumpah jika kita tergamak guna C4. Pelik apanya untuk bersumpah kalau Hukum Hudud pun kita hina. Orang yang tidak takut Allah, sentiasa dedahkan aurat hatta di bumi Mekah dan sekembali dari Mekah, mereka tidak merasa apa-apa sekadar bersumpah.
"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung". Lagi kelakar. Wartawan pun tahu dan nampak memang waktu itu cincin tiada ditangannya. Tapi rakyat bertanya, siapa lagi di dalam dunia ini yang bernama "Datin Seri Rosmah Mansor" seperti bak kata Chegu Bard nama itu tertera di dalam dokumen cincin berkenaan? Sehingga kini tuan punya nama tidak menjawabnya. Chegu Bard patut disaman, tetapi yang patut menyamannya adalah si penama itu, kalaupun bukan Bik Mama. Mengapa tiada saman sehingga berbuih mulut Chegu Bard suruh saman?
Bersumpah atau tidak, rakyat tidak peduli. Isu cincin tidak boleh selesai dengan sumpah apatahlagi yang bersumpah itu kita kenali wataknya. Rakyat hanya berkata, "cukup-cukuplah mahu menipu..."
Rosmah memang bercakap benar.Masa dia bersumpah tu cincin tu memang tak ada di tangan dia, dia dah serah pada bakal besan nya suruh simpan.Kalau BN kalah PRU13 nanti selamatlah cincin tu tersimpan dalam petibesi di sana, anak dan menantu boleh ambil balik.
BalasPadamSumpah yg tak ada nilai...tak ada kredibiliti... Sapa yg nak percaya oiii????
BalasPadamLaki bini samo yo ragam eh...tak habih2 menipu dan merompak harta rakyat...Orang macam ni kito nak pilih lagi pada PRU 13 nanti. Fikirlah masak2 dan secara matang wahai pengundi Malaysia
BalasPadamhe he he lagi tutup lagi orang nak tahu.Askar nih bukan semuanya bodos atau badud.Siap kau PRU 13 nanti.Tindakan yang tidak cerdik Bn dan pegawai tentera di PD yang .....Ko Publish la dalam Part 1 Order .Nampak sangat jadi lembu cucuk hidung
BalasPadam