RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 23 Mei 2013

HIMPUNAN "SUARA RAKYAT 505" 25 MEI INI, ANWAR, MAT SABU TURUN, KITA LIHAT SIAPA YANG TIDAK TURUN....

 
Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
22 Mei 2013
KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505

Perkembangan paling menarik akhirnya muncul sekaligus bakal menyemarakkan semangat rakyat untuk bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505. Gabungan "Suara Rakyat 505" menyifatkan berita baik ini hadir tepat pada masanya.

Semalam 21 Mei 2013 dalam himpunan bersiri #Blackout505 peringkat negeri Kedah, menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi signal yang jelas di hadapan 70 ribu hadirin, betapa semua pimpinan harus hormat aspirasi majoriti rakyat. Beliau juga menyebut dengan jelas bahawa protes penipuan pilihanraya ini bukan persoalan Anwar secara peribadi, tetapi ia adalah soal hak demokrasi rakyat yang dinafikan dengan penipuan PRU.

Anwar selaku pemimpin harus respon kehendak rakyat. Rakyat mengambil keputusan untuk turun maka Anwar Ibrahim juga perlu turun bersama. Ini termasuklah detik penting acara 25 Mei ini yang dianjur gabungan 60 NGO gagasan "Suara Rakyat 505" pada jam 5 petang di Padang Timur (depan Amcorp Mall). Anwar turut yakin bahawa ratus ribu rakyat akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505 dan beliau pasti akan bersama, malah Anwar Ibrahim yakin pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat yang lain juga pasti akan bersama.

Dalam acara yang sama sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mat Sabu juga menyatakan penegasan bahawa beliau akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505.

Selaku penganjur, Gabungan "Suara Rakyat 505" mengalu-alukan kehadiran semua pimpinan Pakatan Rakyat. Kepedulian pimpinan Pakatan Rakyat ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak bersendirian dalam survival menjulang demokrasi demi masa depan agama, anak bangsa dan tanahair.

Akhir sekali, Gabungan "Suara Rakyat 505" tetap bertegas bahawa tuntutan utama masih tidak berubah dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya rakyat tidak rela ditipu lagi setelah kian lama bersabar. Rakyat menuntut keadilan demokrasi sebenar dan dalang penipuan harus dihumban keluar. Kali ini rakyat tidak akan berganjak selagi Jawatankuasa tertinggi SPR tidak meletak jawatan.

Sekian

Gabungan "Suara Rakyat 505"

1 ulasan:

  1. Ketua dewan ULAMAK turun dok??? Aku memang dok turun sebab takut kena tangkap dan masuk lokap...

    BalasPadam