RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 16 Jun 2013

PENYAKIT UG, JANGAN MUDAH MELATAH

PENYAKIT "UG" (Kerajaan Perpaduan) tidak mengira sesiapa.  Ada orang cukup marah bila kita sentuh pasal UG ini seolah-olah mereka merasakan penyakit paling bahaya "UG" ini hanya boleh berjangkit pada mereka sahaja.  Sebenarnya tidak.  UG boleh melanda sesiapa jua khususnya yang masih buta hati dan lupa kepada pengkhianatan parti sekular bernama Umporno itu.

Penyakit ini mula dikesan di era 'kehebatan' Us Nasha dan Hassan Jati di Selangor.  Kisah 'rundingan dalam kelambu' ini akhirnya terbongkar dan waktu itu mulalah kita tahu dan kenal penyakit "UG" ini.  

Aku bukan taksub kepada Tuan Guru Nik Aziz, tetapi aku menyokong penuh kenyataan beliau dahulu bahawa selagi beliau hidup 'jangan bermimpi untuk bersatu dengan Umno".  Mengapa?  Umno pun tahu sebab apa.  Siapa yang masih tidak kenal Umno?  Selagi Umno tidak berubah, memang tepatlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu.  

Aku pun tidak taksub kepada DS Anwar Ibrahim.  Seandainya penyakit "UG" ini mahu melanda Ketua Umum PKR tersebut, aku pun tidak akan bersama menyokong DS Anwar Ibrahim.  Ertinya, "UG" ditolak oleh majoriti rakyat yang masih kenal Umno, tambahan pula Umno bukan mahu berubah bahkan bertambah zalim lagi.  

Kesimpulannya, UG boleh melanda sesiapa sahaja asalkan orang itu buta mata dan hati perut yang masih tidak mengenali Umno dulu, kini dan mungkin selamanya.  Bila aku sebut UG, jangan pula kata aku menentang Ulamak, sebab mana mungkin Ulamak mahu bersekongkol dengan orang yang zalim. 

3 ulasan:

  1. setuju tuan wfauzdin,walau siapapun jika mahu bersekongkol dengan para pengkhianat dalam parti pandi kutty sekutu apco persetankan mereka ,ingatlah berbaik dengan anjing tersepit yang khianat lebih dari zionis akan makan diri ! ABU janagn lupa !

    BalasPadam
  2. SAYA SETUJU DENGAN TUAN. MUNGKIN ORANG-ORANG MUDA TAIDAK TAHU PEMIMPIN PAS YANG DULU IAITU DATO ASRI PERNAH TERPEDAYA BERGABUNG DENGAN UMNO TAPI SIAPA YANG MENGENA DAN SIAPA YANG TERKENA. AKHIRNYA APA JADI. PAS KELUAR SEMULA DARI UMNO. HATI-HATILAH LIDAH LEMBUT TAK BERTULANG HANYA PANDAI KATA-KATA.

    BalasPadam
  3. SAYA SOKONG 110% . KITA TENTANG UG BUKAN TENTANG ULAMAK.MEREKA KATA KITA TAK WALA TAPI MEREKA TAK DENGAR ARAHAN TOK GURU NIK AZIZ KITA NAK GELAR MEREKA APA?

    BalasPadam