HIMPUNAN 505 tetap akan diadakan di Padang Merbok, KL pada 22 hb Jun ini nanti. Pakatan Rakyat telah sependapat untuk menyertai himpunan ini yang turut disertai oleh gabungan NGO termasuk dari BERSIH. Himpunan secara aman ini mendesak agar Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan segera dan PRU semula hendaklah diadakan di beberapa kawasan yang ternyata menjadi 'kontroversi'.
Sebelum himpunan ini berlangsung, NGO terdiri dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) beserta kumpulan Mahasiswa dan beberapa yang lain akan ke Pantai Timur bagi kempen menggerakkan rakyat ke himpunan tersebut. Pada 20hb Jun ini, bertempat di Kuantan, Pahang satu program yang merupakan Pra Himpunan 505 akan diadakan di lokasi yang akan dimuktamadkan sedikit masa lagi.
Di antara yang dijangka akan hadir Pra Himpunan 505 di Kuantan nanti adalah Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu, Pengerusi KEADILAN Pahang YB Dato' Fauzi Abd Rahman, Penyelaras SAMM Sdr Chegu Bard, Adun Semambu YB Lee Chean Chung dan beberapa yang lain.
Kepada semua rakyat Pahang khususnya dan di Pantai Timur, amnya diminta untuk menghebahkan program ini agar dapat menyuntik semangat rakyat untuk turun berhimpun pada 22hb Jun ini nanti di Padang Merbok, KL.
Sekiranya terdapat perubahan kepada program ini ianya akan dimaklumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan