RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 25 November 2013

KAMARUZAMAN MANGSA FITNAH UTUSAN AKIBAT KELEMAHAN SENDIRI?

"PAS UMPAMA BARUA DAP", itulah bunyinya tajuk Utusan Online di SINI.  Tanpa ada tanda 'soal' atau bermaksud andaian samasekali, tajuk itu jelas menyebut " Pas Umpama Barua DAP" kononnya itulah yang disebut oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad, calon Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang tewas baru-baru ini kepada Sdr Suhaizan Kayat di dalam Muktamar PAS.

Ucapan Sdr Kamaruzaman ini dipetik sewaktu beliau membahaskan usul mewakili Wilayah Persekutuan.  Laporan dari Utusan semua kita maklum bahawa datangnya dari 'lidah syaitan' iaitu jika tidak berbohong pastinya cuba untuk mengelirukan kita di dalam PR.  Namun, bohong atau tidak, fitnah atau tidak, laporan itu mesti kita jawab agar pembacanya yang 'tidak berdosa atau jujur' tidak akan termakan dengan hasutan Iblis.  Itulah sebabnya apabila keluarnya laporan tersebut, maka banyak FaceBook atau Blog yang mengulas isu berkenaan, sedikit sebanyak tempiasnya dapat juga kepada Sdr Kamaruzaman.

Sdr Kamaruzaman Mohamad menjadi mangsa fitnah Utusan
Saya bukan penyokong Sdr Kamaruzaman sewaktu beliau bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat baru-baru ini.  Saya tidak menyokongnya bukan kerana beliau dikategorikan sebagai Ustaz atau golongan Ulamak.  Saya tidak menyokongnya kerana saya lebih mengenali Sdr Suhaizan Kayat yang lebih menampakkan gerak kerjanya di dalam PAS terutamanya di peringkat Pusat.  Mungkin Sdr Kamarzaman bekerja untuk parti tetapi agaknya kurang aktif bergerak di peringkat Pusat maka kurang yang mengenali beliau.

Walaupun bukan penyokongnya, saya ingin menyatakan bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan itu merupakan satu fitnah.  Saya sendiri telah berhubung dengan beliau untuk mendapatkan kepastian maksud ucapannya itu.  Beliau telah nyatakan bahawa ucapannya hanya menyentuh dua isu.  Pertama, berkaitan Isu Kalimah Allah dan kedua isu 'tuduhan Umno bahawa PAS menjadi barua DAP dan PKR".  Katanya, pimpinan parti harus tangani kedua2 isu ini jika ingin mendapatkan sokongan orang-orang Melayu berugama Islam.  Ini maksud ucapan beliau.

Mungkin, ucapan yang sedikit menimbulkan pertanyaan itulah yang memudahkan Utusan mengekploitasikannya sebagai bahan fitnah.  Salahnya Utusan adalah menjadikan tajuk itu seolah-olah Sdr Kamaruzaman yang berkata sedemikian.  

Walau bagaimanapun, pada saya kedua-dua isu tersebut tidak perlu kepada pimpinan tertinggi parti untuk menjelaskannya.  Apakah kita di peringkat bawahan ini masih kabur dengan kedua-dua permasalahan tersebut sehingga kita tidak mampu untuk menangkis hujah mereka di dalam dua isu berkenaan?

Bagi saya, tidak perlu petik dalil dari Al-Quran mahu pun Hadith untuk menjawab kedua-dua isu berkenaan.  Jawapan mengikut lojik saja sudah cukup untuk menerangkannya.  Isu kalimah Allah, lojiknya adalah sememangnya Umno membenarkan penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim di Sabah dan Sarawak.  Ini dinyatakan secara jelas oleh Najib.  Bahkan, Kitab Bible tulisan Rumi berbahasa Melayu dibawa masuk ke Malaysia adalah di bawah tanggungjawab dan kuasa KDN, iaitu Menterinya adalah dari pemimpin Umno.  Lojiknya, mengapa PAS pula mahu menjawab isu ini?

Isu kedua, berkaitan Umno menuduh PAS menjadi barua DAP dan PKR.  Apakah kita tidak mampu menjawab hujah yang teramat dangkal ini?  Semenjak bila Umno tidak menuduh PAS?  Dan, apakah setiap tuduhan Umno itu mesti kita bebankan kepada pimpinan tertinggi PAS menjawabnya?  Kita boleh jawab isu ini dengan mudah apatah lagi bukti melambak di depan kita betapa semenjak PAS bersama PR, terutamanya di Selangor di bawah PKR atau di P.Pinang di bawah DAP, kemajuan dan Syiar Islam itu menampakkan peningkatan berbanding sewaktu pemerintahan Umno/Bn.  Kelemahan tentulah ada, tetapi banyak yang lemah atau banyak yang baik?  

Kita boleh dapatkan banyak fakta yang menunjukkan semenjak PAS bersama DAP dan PKR, banyak perjuangan PAS dapat direalisasikan untuk meningkatkan kemajuan Islam.  Apakah program penerangan PAS atau dakwah Islam yang dibawa oleh PAS terganggu atau tergugat di kedua-dua negeri ini?  Untuk mengetahui samada baik atau buruknya PAS bersama DAP dan PKR, pejamkan mata sejenak dan bayangkan sekarang PAS berada di bawah negeri Umno/Bn.  Adakah PAS tiada pengalaman itu?

Ertikata lain, terlalu banyak hujah yang boleh kita bawa untuk menjawab kedua-dua isu ini.  Mengapa perlu kita bebankan pimpinan tertinggi kita untuk menjawabnya?  Kelemahan kita mungkin kerana gagal memahamkan mereka yang buta terhadap kedua-dua isu ini atau kita sendiri pun masih buta tentang isu ini.  Jika kita masih buta, maka tangguhkan dahulu cita-cita kita untuk menjadi pemimpin kerana pemimpin mesti peka dengan setiap isu dan rajin mengorek fakta dan hujah untuk mempertahankan partinya sendiri dari diserang musuh.

3 ulasan:

  1. Beliau ditolak dikalangan Wilayah Perseketuan kerana tindakan beliau ingin menguasai Pas Putrajaya, Batu dan Bukit Bintang dengan cara yang bertentangan Perlembagaan PAS. Terlalu bercita cita tinggi tanpa ukur baju di badan kata orang tua tua...

    BalasPadam
  2. kamaruzzaman budak lagi...dia perlu banyak belajar sepak terajang politik. nasihat saya,lain kali kalau nak bertanding bermulalah pada peringkat bawah dulu seperti exco pemuda dulu ka atau pun paling tinggi naib Kp. Ini terus ke Ketua Pemuda......belajaq lagi man

    BalasPadam
  3. Salam bro.... Utusan sial memang semakin berlagak sejak dana sebanyak RM40 juta baru disuntik untuk membayar saman-saman yang bakal menyusul dan gua cukup sokong dengan saranan lu tentang isu ini. Masalahnya ada lagi mangkuk ayun yang dok baca dan percaya dengan laporan Utusan sial nih. Fitnah yang remeh nih sepatutnya kita diperingkat bawah sudah cukup untuk menjawabnya. Satu lagi gua nak minta tolong link satu laman orang kita yang baru nak belajar iaitu www.tinatinot.com kerana kumpulan ini adalah antara penyumbang besar dari kewangan dan fizikal untuk Islam.

    BalasPadam