RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 30 November 2013

FAEKAH JANGAN BIADAB DENGAN ORANG POLITIK, AZMIN JANGAN MAIN WAYANG KULIT DAN TS KHALID PERLU DENGAR NASIHAT BOS

FAEKAH Husin, Setiausaha Politik MB Selangor tidak perlu bersikap kurang ajar bila menggelar YB Azmin, Timbalan Presiden PKR sebagai sarkas di dalam twitter beliau.  Walaupun beliau mahu menunjukkan setia tidak berbelah bahagi kepada TS Khalid, tetapi beliau harus membela bosnya dengan hujah bukan menghina.

Di dalam isu kenaikan gaji mendadak dan terlalu tinggi yang diluluskan oleh Dun Selangor, bukan sedikit yang tidak bersetuju malah aku jamin jika diadakan pungutan suara pasti ramai yang tidak bersetuju.  Kita bukan tidak bersetuju kesemua Adun dan Speaker itu dinaikkan gaji tetapi biarlah munasabah dengan situasi semasa rakyat kini.  Jika Azmin menentang kenaikan gaji tersebut dan mohon ditangguhkan, kita mahu persoal Azmin mengapa beliau tidak menentang sewaktu Rang Undang-Undang tersebut dibaca dan dibahaskan di dalam Dun?  Aku bersetuju dengan saranan Azmin tetapi tidak bersetuju dengan sikap beliau yang menunggu DS Anwar berbunyi dahulu baru beliau mahu berbunyi.

Aku tidak nampak mengapa begitu tergesa dan begitu tinggi kenaikan gaji itu di dalam keadaan tidak semua masalah rakyat di Selangor berjaya diatasi.  Sekali lagi, aku bersetuju gaji mereka dinaikkan tetapi bukan setinggi itu. Paling memalukan, alasan kenaikan ini adakah kononnya untuk mengelakkan Adun memakan rasuah.  Wajarkah kita memberi "rasuah" untuk mengelak mereka dari melakukan rasuah?  Perbuatan rasuah adakah berkaitan dengan jati diri atau iman bagi mereja yang berugama Islam.  Wang ringgit tidak akan dapat selesaikan masalah rasuah.  Memang benar, Sarawak lagi jauh tinggi gaji Wakil Rakyat mereka tetapi itu bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan sehingga rakyat terfikir apakah benar kita melaksanakan kesederhanaan dan berkebajikan?

Betul, rakyat susah dan derita sekarang akibat pemerintahan rejim 47%, mungkin tiada kena mengena dengan kenaikan gaji itu.  Tetapi tidakkah kita terfikir apa perasaan rakyat yang menelan air liur mendengar gaji Wakil Rakyat mereka begitu tinggi di dalam keadaan  mereka merasa amat tertekan dengan kos sara hidup kini?  Belajarlah cara menghormati perasaan orang lain, usah pedulikan sifat tamak haloba pemimpin umno/Bn itu dan jangan kita cuba meniru mereka.

Aku bukan penyokong Azmin, bahkan sebelum Anwar atau Azmin keluarkan kenyataan menegur MB Selangor itu, ramai di antara kita termasuk aku telah mengkritiknya kerana ianya tidak masuk akal dan tidak bijak untuk jangkamasa panjang politik PR di Selangor.  Apa pun alasannya tindakan itu tidak mencerminkan kita mendepani permasalahan rakyat.  

Tidak perlu salahkan TS Khalid seorang dan tidak perlu Faekah meroyan membela bosnya.    Ini tanggungjawab semua ahli Dun termasuk Azmin yang menyokong atau tidak membantah usul ini.   Aku hairan, majoriti di dalam Dun Selangor itu golongan ugama di kalangan orang Melayu tetapi mereka boleh alpa perkara ini.  Jika alasan untuk membantu Adun yang dikatakan tidak cukup duit untuk membangunkan kawasan masing-masing, mengapa tidak ditambah saja peruntukan untuk Wakil-Wakil Rakyat?  

Di dalam isu ini MB Selangor harus mendengar nasihat bos beliau, DS Anwar.  Beliau harus faham beliau naik melalui politik dan berfikirlah cara orang politik.  Azmin pula, jangan sentiasa menunggu bos bersuara baru mahu bersuara sedangkan waktu ada peluang bersuara kamu diam.  Faekah Husin, kerja kamu bukan menghina orang politik kerana kamu harus sedar kamu bekerja dengan orang politik bukan dengan orang korporat.  

1 ulasan:

  1. Tan Sri MB telah membuktikan kewibawaan beliau menerajui kerajaan Selangor secara professional bukannya bermiripkan pentadbiran lebih kepada keuntungan politik seperti MB-MB negeri diperintah oleh UMNO/BN.

    Kenaikan gaji / elaun yang semua ADUN dan penjawat pentadbir dapat tidaklah terlalu tinggi jika diukur dengan tanggungjawab dan bidang kerja yang mereka perlu laksanakan. Cuba kamu semak gaji mereka yang berada dalam GLC jauh lebih tinggi.

    Biarkan Tan Sri MB menjalankan tugasnya seperti yang diamanahkan dan kita pantau prestasi semua ADUN dan penjawat pentadbiran menguruskan Selangor yang kini sedahpun mendahului kecemerlangannya berbanding semua negeri di Malaysia.

    Azmin dan kuncu-kuncunya kini menjadi liability kepada PKR dan PR.

    BalasPadam