RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 27 November 2013

MENGAPA MUFTI KEDAH TAKUT BERSEMUKA DENGAN DR MAZA SETELAH BELIAU BUAT TUDUHAN?

TIDAK terfikir oleh kita bagaimana seorang Tok Peti boleh membuat tuduhan sesat ke atas ilmuan agama yang lain secara terbuka di dalam kuliahnya, tetapi bila dicabar untuk membuktikan tuduhannya itu dia menjadi bisu. Itulah yang terjadi di dalam isu kontroversi melibatkan Tok Peti Kedah dengan Dr Asri @ Dr MAZA.

Ada penyokong Tok Peti Kedah ini berbahas dengan aku di FB, beliau mempertahankan tuduhan Tok Peti terhadap Dr MAZA atas hujah katanya di Kedah hanya ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazham Shafie sahaja dibenarkan. Aku tidak mahu ulas tentang mazhab itu kerana bukan sahaja di Kedah bahkan seluruh Malaysia pun itulah pegangan umat Islam keseluruhannya. Apa yang aku timbulkan adalah "Benarkah Dr MAZA itu sesat kerana fahaman Wahabi" seperti yang dituduhnya? Tuduhan Tok Peti ini kita boleh tonton dan dengar di Youtube di mana secara terang dan nyata beliau menyesatkan Dr MAZA dan Fathul Bari atas dakwaan kononnya Wahabi.

Kita bukan mahu bincang Wahabi itu sesat atau tidak, biarkan orang yang pakar atau Ulamak sahaja membahaskannya. Sebagai orang yang jahil, aku tertanya-tanya atas dalil dan nas mana Tok Peti itu kutip untuk mendakwa Dr MAZA itu sesat? Apabila orang yang dituduhnya itu menafikan, dan mahu Tok Peti itu tampil menjelaskan tuduhan atau lakukan Sumpah Mubahalah, sepatutnya Tok Peti yang berilmu tinggi ini tampil. Bukankah agama itu tegak dengan ilmu dan hujah? Jika tidak sanggup berhujah mengapa sanggup buat tuduhan?

Aku bukan penyokong atau pengikut Dr MAZA bahkan aku tidak pernah pun ikuti Kuliah Dr MAZA secara berdepan kecuali menonton melalui Youtube atau VCD kuliah atau wacana dan forumnya. Aku mahu persoalkan perkara-perkara berikut;

1. Jika Tok Peti anggap Dr MAZA itu sesat, mengapa dibiarkan Dr MAZA terus menyesatkan orang lain?

2. Jika banyak pengajar-pengajar ajaran sesat yang lain telah diambil tindakan, mengapa Dr MAZA masih bebas berkuliah malahan media kerajaan pun sering memanggilnya di dalam wacana mahupun forum?

3. Tok Peti adalah di antara orang yang boleh mengeluarkan fatwa, adakah pernah keluar Fatwa bahawa ajaran Dr MAZA itu sesat?

Sebagai seorang yang berilmu, sewajarnya Tok Peti ini tampil menjawab hujah Dr MAZA, bukan baling batu sembunyi tangan. Jika sesat Wahabi itu, tunjukkan bukti bahawa Dr Asri itu Wahabi. Terlalu banyak tuduhan yang pada aku tidak masuk akal yang telah dibuat oleh Tok Peti terhadap Dr MAZA, malangnya Dr MAZA dizalimi apabila beliau tidak dapat mempertahankan dirinya dari tuduhan rambang tersebut. Seolah-olah ragamnya sama seperti pemimpin Umno yang berani menuduh tetapi terlalu takut untuk berdebat dan berhujah.

Di bawah ini, aku salin semula jawapan ringkas Dr MAZA terhadap tuduhan Tok Peti berkenaan;
 
 
Prof Madya Dr Asri @ Dr MAZA

Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;

1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka. 

2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas. 

3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkatan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.
 
4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang beliau bertanggungjawab di hadapan Allah. Sejak sekian lama artikel saya bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain- tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.


5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar. Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tetapi hendaklah dipastikan ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul. Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu. Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.


6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Sabda Nabi s.a.w:


“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).


7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau.


8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.


9. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi:


“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:


“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).


Dalam riwayat Ahmad yang lain:


“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani) 

21 ulasan:

  1. bukan tok mufti kedah takut
    tapi buang masa layan puka wahabi nie

    AMI BERSAMA MUFTI KEDAH MEMPERTAHANKAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH


    Seorang 'tokoh' yang disebut oleh Mufti Kedah terlibat dengan virus wahhabi tersentak dan terus beri respon.

    Namun yang batil tak boleh ditutup.

    Fitnah, pengkafiran dan penyesatan serta penghinaan 'tokoh' yang kepanasan itu ada di sini :

    1. Muhasabah Untuk Dr Asri - link di bawah (artikel fitnah, pengkafiran, penyesatan, penghinaan terhadap Mazhab Asy Syafie, terhadap ulamak dan umat Islam dijawab oleh alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia)

    - http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0

    Contoh fitnah terhadap asatizah :

    - http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw

    2. Garis Panduan Masjid di Perlis semasa menjadi mufti yang melarang umat Islam melaksanakan sunnah yang ada jelas sandaran dari al Quran dan As Sunnah

    - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=568730836525395&set=pb.149551445110005.-2207520000.1385162861.&type=3&theater

    3. Menghina ulamak dan memfitnah seperti Syeikh Jaafar al Barzanji dan banyak lagi (Mufti Mazhab Asy Syafie di Madinah)

    - http://www.youtube.com/watch?v=GofHeogy6O0

    4. Memfitnah sekolah pondok :

    http://www.youtube.com/watch?v=yY0UJ77s0sc

    5. Penyesatan Fathul Bari kepada umat Islam yang membaca sodaqallahul 'azim selepas membaca al Quran.

    http://www.youtube.com/watch?v=-mhLA71tFlE

    6. Fathul Bari menyatakan asya'iroh termasuk dalam firqah sesat.

    http://www.youtube.com/watch?v=wlMT5Ywn94s

    Biar kita celik mata hati, jangan buta mata hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila jawab tuduhan mufti kedah terhadap dr maza. saya nampak ada kebenaran pada jawapan dr maza.

      Padam
  2. Setuju dengan cara Dr Asri yang memberikan jawapan secara terbuka dalam hal ini.

    BalasPadam
  3. Betuika Mufti Kedah tu Mazhab Shafie, yang ana tau depa tu mana Mazhab Melayu. Kerna apa yang Imam Shafie bawa depa tak ikutpun. Imam Shafie di Kambing Hitam. Cuba Anda buat bancian Masjid mana yang anjar Kitab Al Umm karya Imam Shafie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Dr maza jangan jadi pandai pandai

    BalasPadam
  5. Maza oh Maza ..Sikit sikit al-Baani..sikit2 al-lbaani. ...saja tanya Al-Banana tak de ke?

    Lagi satu Nama penuh dah elok mak pak bagi..yg pi pakai short form MAZA tu ape hal? Terikut2 mat Salleh pakai nama pena pulak. ..hormatlah mak bapak. Ish ish ish

    BalasPadam
    Balasan
    1. coming from a guy who calls himself Ted Manoff

      Padam
    2. Tedd Manoff nama surat beranak dia r.. Hormat sgt mak bapak la kan...(sarkastik)

      Padam
    3. MAZA=Mohd Asri Zainul Abidin..salah ke?

      Padam
  6. astaghafirullah albani tu fahaman wahabi

    BalasPadam
  7. Yg korang nak kutuk2 Dr. Asri ni aku nak tanya korang ni sapa? Ulamak ke? Memang dasar bangsat korang ni!!

    BalasPadam
  8. Susah apa..jawab je depan Allah swt nanti... jangan jadi muflis dah la yer

    BalasPadam
  9. Susah apa..jawab je depan Allah swt nanti... jangan jadi muflis dah la yer

    BalasPadam
  10. Susah apa..jawab je depan Allah swt nanti... jangan jadi muflis dah la yer

    BalasPadam
  11. Asri wahabi taqiyyah...xmau mengaku wahabi tp sebar ideologi wahabi...memang babi btui la asri... maaf kasar bhasa sbbasri xdak adab dengan ulama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang yg x ada adap. Dr. Maza elok ja cara dia cakap. Lembut ja.

      Padam
  12. dio mano leh ceramah luar nogori lobai.. dio kek negeri dio yo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ceramah dia di uitm shah alam. Ada ka shah alam di perlis... Malu kan nama ja Alim..

      Padam
  13. saya tgk kebanyakan org tak menilai apa yg diperkatakan. asal mengaku aswj je sokong buta tuli walau yg diperkatakan tu benda tak betul, fitnah sana sini. asal dituduh wahabi je tolak mentah2, sedangkan apa yg diperkatakan tu lebih menepati quran dan sunnah.

    BalasPadam
  14. CAKAP MUFTI WAHABI.... BANYAK SANGAT KE KITAB YG HANG PA DAH BACA. MUFTI WAHABI YG HANG PA CAKAP TU LA BNYK BERDEPAN DENGAN MASAYARAKAT, PELAJAR UNTUK DISOAL. MUFTI LAIN ADA SEBANYAK YG DIA BUAT...

    BalasPadam