RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 27 Disember 2013

HIMPUNAN 31 DIS - SAMBUT "BLACK NEW YEAR", JANGAN ANGKUH DENGAN KUASA 47%

HANYA ada satu Nawaitu sahaja pada 31hb Disember ini.  Datang berhimpun dengan baju HITAM, tanpa senjata yang merbahaya di Dataran DBKL jam 09.00 malam, kemudiannya memasuki Dataran Merdeka jam 10.00 malam, dengan satu tujuan iaitu protes kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Kemudiannya, tunggu detik 12 malam kita raikan 'BLACK NEW YEAR" Tahun Kenaikan Harga Barang dan Tol.  Tiada istilah 'Guling Kerajaan".  Buang masa untuk fikir guling kerajaan yang 47% itu.  Masih ada ruang, masih ada cara dan kaedah terbaik untuk kita tumbangkan rejim yang ada.  Bukan dengan cara 'guling mengguling", namun jika ianya terguling sendiri akibat kelemahannya, itu sudah suratan.  Perak pernah digulingkan dari pemerintahan PR, tetapi bukan kerana kelemahan pentadbirannya.  Perak terguling kerana kelemahan "iman" beberapa orang Wakil Rakyat dari PR ketika itu dan juga kerana tidak demokratiknya puak yang merampas kuasa.   

Jika itu yang berlaku pada Kerajaan Pusat, mungkin benar lebih 24 orang MP akan menyeberang yang membolehkan kerajaan sekarang terguling, itu bukan kerana himpunan 31 Dis ini.  Benar kata orang, tiada rejim kuku besi yang tumbang melalui kaedah Pilihanraya tetapi tidak mustahil berlaku di negara kita rejim tumbang melalui Pilihanraya.  

Ertinya, kita masih ada ruang.  Jika ruang telah ditutup sehingga untuk bersuara dan protes secara aman pun disekat, siapa boleh dipersalahkan jika rakyat memilih alternatif lain selain dari Pilihanraya?  Apa pun, himpunan 31 Dis ini merupakan satu ujian dan latihan buat kita untuk memberitahu rejim bahawa jangan terlalu angkuh dengan kuasa 47% itu.   

1 ulasan:

  1. Guling mengguling bukan perlakuan rakyat.
    Individu pula mungkin ada laku guling menguling,tapi jika dengan regim Umporno amat sukar untuk mengguling sebab takut terhempap mama besar dengan cicinnya sekali.Semput.

    BalasPadam