RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 22 Januari 2014

BANGGA ADA JUGA ANAK WATAN MELAYU HEBAT BUAT FILEM LUCAH! TAHNIAH BIK MAMA

MENGAPA kita tidak boleh berbangga dengan kehebatan Rosmah melahirkan zuriat yang hebat membuat filem seperti filem "The Wolf Of Wall Street"?  Bukankah filem itu dengar khabarnya sudah mengutip lebih dari RM40 Juta di dalam masa yang singkat ditayangkan di beberapa buah negara?

Aku pelik kenapa Perkasa Kangkung kritik filem berkenaan atas alasan itu filem lucah, malahan memecah rekod dunia sebuah filem yang paling banyak gunakan perkataan "Fu**" di dalam dialognya.  Filem itu juga dikatakan ada adegan pesta gay, perbuatan onani dan adegan lucah yang tentunya sinonim dengan selera Umporno kerana Umporno dan lucah tidak boleh dipisahkan.  Buktinya, kita naik jemu dulu adegan seks dan lucah ditayangkan siang malam melalui TV3 suku walaupun tujuannya untuk menfitnah Anwar, tetapi lucah tetap lucah juga.  Maka, elok sangatlah filem itu ditayangkan di negara ini kerana memenuhi dasar negara kira yang ber"Wassatiyyah".

Seperkara lagi, filem ini adalah melibatkan anak Bik Mama yang memakan belanja lebih kurang RM 300 juta lebih.  Jangan tanya di mana anak Bik Mama dapat duit, mungkin dia menabung dari kecil mencontohi ibunya.

Perkasa Kangkung jangan melebihi kuasa Tok Peti.  Tok Peti pun tidak bising soal filem ini kerana Tok Peti sedang mencari hukum "Bughah" yang boleh di"Bughah"kan kepada umat Islam yang menyebut "kangkung".  Jangan pelik tidak lama lagi ada fatwa baru bahawa sebutan "kangkung" boleh menyebabkan seseorang itu kufur.  Jadi, soal filem anak Bik Mama ini jangan kita bimbang sangat kerana fatwa pun tiada.  Janganlah Perkasa menyibuk mahu ambil tugas Tok Peti tu.

Mana suara Jamil Khir, Masitah, Fathul Biri dan Ridhuan Tee "Kiasu"?  Jangan harap suara mereka.  Mengharapkan suara-suara dua tiga ekor lembu pawah ini sama juga seperti mengharapkan Najib tarik balik penggunaan Kalimah Allah dalam Kitab Bible di Sabah dan Sarawak.  Ada berani?  Kirim salam la ok.



2 ulasan:

  1. Mengikut selera para ahli umNO, memang layak filem ini di tayang kan di Negera ini. Yang pelik nya mengapa PERKASA a.k.a PERKASAM memantah penayangan filem ini!!!
    Buat Bik MAMA, wang tidak menjadi hal kerana setiap zuriat yang di lahir kan oleh puak puak ini di dalam "TEMUNI" sudah ada "IBU DUIT" yang akan keluar bersama. Dek kerana itu lah maka puak puak yang telah berjaya memperbodohkan orang Melayu mampu hidup bergaya. Sepatut nya ibu ibu Melayu umNOngok meminta pertua dari si Bik MAMA baru nanti tidak akan berteriak apabila kos sara hidup naik melambung.

    BalasPadam
  2. Benda salah tetap salah.Benda benar tetap benar.Benar atau salah sesuatu perkara perlu dikatakan.JADILAH SEORANG MANUSIA YANG ADIL,WARAS BILA BERBICARA! Bila musuh kita buat jahat kita bantai tapi bila puak kita buat jahat oh itu fitnah kita kata,jawapan standard daripada manusia yang ketandusan minda dan iman.

    BalasPadam