RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 5 Februari 2014

ISUNYA PRK DUN KAJANG, ISU MB SUDAH ADA FORMULA, IKUT SAJALAH TIDAK PERLU LETAK SYARAT

TERLEBIH dahulu Tahniah buat PAS yang telah buat keputusan untuk bersama PKR dan DAP bertempur dengan gerombolan rejim Umno/Bn di PRK Dun Kajang.  Walaupun sebelum ini terdapat beberapa pimpinan terutamanya di Selangor yang melatah dan tersedak sedikit apabila terkejut dengan peristiwa "Kajang Move" ini.  Mereka berhak terkejut tapi sebagai pemimpin tidak wajar untuk melatah.

Melatah yang aku sebut ini adalah merujuk kepada ugutan boikot pilihanraya.  Tidak bersetuju kita boleh hormati tetapi mengugut itu agak kurang matang juga sebagai pemimpin.  Begitu juga penyakit latah ini berjangkit kepada MP Temerloh.  Tidak mengapa lah, sekarang ini sudah selesai bila mana PAS secara Jemaahnya buat keputusan untuk membantu PKR di Dun Kajang nanti.  Alhamdulillah.

Walaupun latahnya masih ada di mana di sebalik bersetuju untuk membantu PKR di PRK Dun Kajang, terdapat isu MB Selangor.  Ertinya, PAS setuju Anwar bertanding di Dun Kajang tetapi bab MB Selangor belum tahu.  Betullah tu.  Kita pun cerita bab Kerusi Dun Kajang sejak awal lagi, cumanya isu MB Selangor itu adalah persepsi atau gossip di kemudiannya.  Bila disebut gossip, mungkin betul dan mungkin tidak. 

Siapa boleh paksa samada pimpinan PKR, PAS dan DAP untuk memilih sesiapa di kalangan mereka sebagai MB Selangor?  Tentu tidak.  Kerusi MB Selangor mestilah mendapat sokongan majoriti di dalam Dun Selangor, kemudiannya diperkenan oleh Sultan Selangor walaupun kuasa Sultan untuk menerima atau tidak itu boleh diperdebatkan.  PAS memiliki 15 Kerusi, DAP 15 Kerusi dan PKR pula 14 Kerusi (jika PKR menang di Dun Kajang, InsyaAllah).  Umno/Bn pula ada 12 Kerusi.  Siapa MB Selangor nanti mestilah ditentukan kuasa majoriti di sini.  Ertinya, tidak mudah dan tidak perlu dibincangkan saat ini.  Fokus PRK Dun Kajang dan jangan gatal mulut mahu kait isu MB Selangor.

Memang betul, ada yang kata terdapat rancangan untuk bawa Anwar menjadi MB Selangor sekiranya beliau menang di dalam PRK nanti.  Jika mahu percaya tidak salah dan jika tidak mahu percaya pun tidak salah.  Jika mahu percaya dan tidak setuju Anwar menjadi MB pun tidak salah, jika bersetuju pun tidak pula menjadi kesalahan.  Samada bersetuju atau tidak, formulanya tetap sama iaitu calon MB Selangor jika mahu menggantikan TS Khalid mestilah mendapat sokongan majoriti Adun.  Seandainya TS Khalid mendapat sokongan majoriti untuk dikekalkan, maka TS Khalid lah menjadi MB Selangor.  Anwar tidak boleh rampas kerusi itu bersendirian atau hanya mendapat sokongan PKR sahaja.  

Jika DAP seramai 15 Adunnya bersetuju dan PAS seramai 15 Adun tidak bersetuju, PKR pula seramai 14 Adun bersetuju, bagaimana?  Belum tentu lagi sebabnya proses selepas itu adalah mengadap Sultan.  Macam-macam boleh berlaku di dalam Istana.  Oleh yang demikian, lupakan dulu soal MB Selangor kerana sesiapa pun yang menjadi MB yang penting MB itu bukan di kalangan Umno/Bn yang telah menunjukkan rekod terburuk di Selangor sebelum ini.  Jika ditanya kepada aku apa kata jika PAS pula jadi MB?  Aku jawab, tiada masalah pertamanya PAS bukan talibarut Umno/Bn, PAS miliki Kerusi yang lebih tetapi PAS perlu dapat sokongan juga dari PKR dan DAP.  Tiada masalah pun.

6 ulasan:

  1. Aku setuju YB DSAI bertanding DUN Kajang dan seterusnya menjadi MB Sgor agar tindakan berikut dpt diambil segera:

    1. Tutup semua pusat urut dan pelacuran yg berkembang pesat mcm cendawan tumbuh skrg ni
    2 Turunkan cukai yg naik mendadak baru baru ini
    3. Tutup 2 kilang arak yg terbesar di Asia Tenggara spt yg dijanjikan PAS seblum ini
    4. Hentikan penindasan keatas peniaga kecil Melayu oleh PBT
    5. Pantau dan ambil tindakan keatas puak2 ter tentu yg makin berani nempersoalkan Islam
    6 Ambil tindakan keatas Teresa Cock yg menyindir bangsa Melayu dan tentera kita
    7 Tangkap dan dakwa mrk yg makin berani merompak pasir dll

    Kita sokong DSAI...TAKBIR...!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg ni Selangor pun dah teruk,, harap bila yb dsai ambil alih nnt jgn jadi tambh teruk lg.

      La ni pun aku tgk moral bebudak melayu pun udah merosot sgt.

      JAIS pun udah kena himpit.

      Apa nak jadi Sgor

      Padam
  2. DSAI mungkin akan menjadi MB Selangor? Kemudian beliau akan ditawarkan menyertai BN?

    BalasPadam
  3. Elok la tu. DahCina2 kristian tak bole percaya lagi.
    Jgn nanti S' 'gor jadi pusat mubaligh dgn pusat maksiat.
    TP Anwar kena muhasabah diri dulu ok.

    BalasPadam
  4. Kahkahkah...ertinya pencacai Umno sendiri dh tak percaya kat Mamak Kutty...Pal Lah...najib utk atasi semua masalah mereka....mereka juga harapkan Anwar...kerana Anwar satu2nya pmimpin Islam,,,yg lain tu bagi mereka bukan Islam kot sbb itu mereka tak harap sgt....Itulah hebatnya Anwar. kahkahkahhh....Tapi MB terbaik adalah Khir Toyol....kikikiki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh betul la kamu ni. Mana umnok penduli siapa jadi MB. umnok fokus ambil balik Selangor.
      Hakikatnya melayu Selangor tak kira dari parti mana dah mula resah dgn isu isu di Selangor skrg ni.

      Tu la...bila Umnoporno kata org spt kamu bangang kamu melatah meroyan

      Padam