RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 7 Februari 2014

PAS TOLAK ANWAR JADI MB SELANGOR, BUAT APA NAK MARAH ATAU PELIK?

MEMBACA akhbar Sinar, dinyatakan oleh MP Temerloh, YB Ustaz Nasruddin Tantawi bahawa PAS menolak Anwar sebagai MB Selangor.  Tiada keperluan untuk menukar MB Selangor dan itu adalah keputusan Lajnah Politik PAS Pusat, katanya.

Aku hormati keputusan PAS atas prinsip semua parti di dalam PR berhak bersuara dan berhak membuat keputusan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana parti.  Hal ini tidak pelik dan biasa berlaku sepertimana juga sewaktu PRU 13 yang lalu PAS di Pahang mengiktiraf Calon Bebas di Dun Damak walaupun di situ PKR meletakkan calon.  Tangan calon Bebas diangkat oleh Presiden PAS di atas pentas PAS waktu itu.  Itu juga hak PAS untuk menyokong mana-mana yang PAS fikir boleh memperkuatkan PAS.  Aku tiada masalah tentang itu.  Jangan bicara soal bertindih kerusi seperti Dun Sg Acheh yang mana calon PKR Sdr Chegu Bard terpaksa menyinseng lengan dengan Ustaz Yusri dari PAS, akhirnya yang menang calon Bn, walaupun undi yang diperolehi oleh Chegu Bard jauh lebih tinggi dari yang diperolehi oleh Ustaz Yusri.  Di Damansara, undi yang diperolehi oleh calon PKR, Dr Nasir jauh lebih tinggi dari undi yang diperolehi oleh calon PAS, namun yang menang adalah calon Bn.  Kita mesti terima semua ini kerana itu hak PAS termasuk hak mendakwa calon PKR kaki pil kuda.  Tidak perlu kita marah kepada PAS apabila mereka mengeluarkan kenyataan kerana itu hak mereka dan PKR juga ada hak, DAP pun ada hak.

Cuma, di dalam PR ini apabila masing-masing telah menyatakan pendapat, apakah pendapat bersama sudah tidak lagi releven?  Contohnya di dalam isu MB Selangor, PAS telah muktamad menolak Anwar sebagai MB Selangor jika Anwar menang di dalam PRK Dun Kajang pada 23 Mac nanti.  Andainya kesemua Adun dari DAP berjumlah 15 Kerusi dan Adun dari PKR berjumlah 14 Kerusi mahu Anwar menjadi MB Selangor, ketika itu kita mengharapkan PAS meraikan perbezaan pendapat ini dan bersama di dalam suara majoriti.  

12 ulasan:

  1. Ni la rupa nk perintah negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam BN tak ada percakaran antara parti2 komponen ke??? Umno bolot semua dan jadikan MCA dan MIC budak suruhan. Kalau tak ada sokongan Sabah dan Sarawak, umno dah lama ditendang ke longkang sejarah.

      Padam
    2. Yikes.utk makluman u.. sabah tak sokong umno bn k. Yg sokong tu kebanyakan alien bumiputra jadian yg dapat ic penduduk tetap zaman si mahathir dulu tu. Kalau u p sabah cuba tengok kaw setinggan bukan main banyak bendera bn bkibar kobar..ada juga penduduk asal sabah yg sokong bn sebb mereka ada kepentingan..projek maa kalau tak pun sebab mereka bodoh tak guna otak dan hati keras bak batu utk mcari kbenaran. Biasalah agama melayu. dia tak tahu ada surah yg katakan kalau sokong pemimpin zalim (banyak bukti beb) akan ikut dibakar sekali. Global warming skrang ni pun tak tahan..ada hati pula nak try api neraka. Hak tui. Kami sabahan penduduk asal bumiputera tulen bukan ic projek mmg teraniaya sejak c mahatir bawa masuk pendatang tapi OK la tu nanti mati ada mahkamah mahsyar ma. Ok bah kalau kau.

      Padam
  2. Anggaplah ini proses pembelajaran sebelum diberi peluang memerintah negara... Berbeza dengan manusia yg sekarang memang memerintah negara tapi TAK nak belajar dr keluhan rakyat.

    BalasPadam
  3. There's is no learning process where governing a nation is concerned.

    Peluang tidak harus diberi apabila agama dan bangsa dikhianati.

    Please stuck that in your bloody brain

    BalasPadam
  4. rakyat blm mengundi lagi dah buat kenyataan, "apabila menang nanti aku akan menjadi mb" Angkuh, sombong dan bangga diri. inikah pemimpin yg gila kuasa hendak dilantik menjadi mb?

    BalasPadam
  5. orang yang tidak duduk sebagai jentera parti dalam PAS mungkin tak terasa apa apa, kalau dah perjanjian tu, sememang nya perjanjian. Tak tak semua begitu. Pas sebuah parti yang tua, mungkin cita cita dan harapan tidak menggunung tapi tahap istiqamahnya amat tinggi. Berjuang melawan UMNO bukanlah perkara baru kalau nak dibandingkan dengan PKR. Boleh dikatakan cawangan dan ahlinya berada disemua cerok dan rantau. Seksa dan azab ahli ahlinya berjuang untuk menegakkan islam telah lama ditelan, ada yang kena tembak, ada yang mati, dinafikan hak, dipenjara, segala bantuan dan hak disekat, rumah diroboh, masjid dan surau tida terkira banyaknya, tapi mereka meneruskan perjuang walau pun pahit, walaupun getir. Ahli ahli lama dalam Pas amat jauh bezanya dengan pemimpin pas yang muda. mereka terima hasil perjuangan pejuang pejuang yang terdahulu. Kami golongan veteran dalam PAS kadang kadang terasa amat pedih bila melihat beberapa golongan yang hanya ingin mengaut kesenangan cara mudah. terdapat dua golongan satu dari golongan muda pas yang mungkin merasa hebat sehinggakan mengeluarkan pendapat sesuka hati seolah olah pas ini mereka lah yang punya, pantang disoal oleh wartawan mulalah nak tunjuk aku belajar tinggi, pantang dihulur mikrofon akulah tokoh yang layak memberi kenyataan. mereka lupa mereka dalam jamaah. Dalam jamaah ada disiplin dan peraturan, nak keluar pendapat mesti ada line of comand, mesti ada autoriti sebagai ditetapkan oleh organisasi, Pas adalah sebuah oraganisasi. inilah punca yang menampakkan banyak golongan dalam PAS. Kalau bercakap atas kapasiti yang ditetapkan, bercakap mengikut keputusan syura tak timbul masalah ini. Sebab itu aku selalu cadangan supaya dalam PAS tidak diamalkan lagi pemilihan pemimpin melalui pemilihan. Kena pilih melalui lantikan sebagaimana perlantikan yang dibuat oleh khalifah. kena ada satu majlis yang terdiri dari pelbagai disiplin ilmu, pusat pengajian dalam dan luar negara yang terlibat dalam menilai calon termasuklah presiden itu sendiri. Pihak yang kedua yang menyebabkan kekesalan aku ialah Pihak PKR. Kita tahu di malaysia bukan macam Amerika, tahap pemikiran mereka dah tinggi. kempen mereka, kempen pada orang berpelajaran. Guna surat khabar ,TV dan media baru sudah cukup, tak perlu ada cawangan. Tidak ada penindasan pada parti pembangkang. Tapi dalam malaysia semua itu berlaku. yang menjadi penggerak adalah cawangan cawangan. ahlinya bekerja siang malam. Ada setengah tempat tak ada langsung cawan PKR apalagi nak pilih calon. pilih calon secara bidang terjun, dan kita memang kenal siapa calon itu. Yang aku heran kenapa PKR mau juga kalau belum bersedia. Apakah hendak bertanding saja, biar orang lain buat kerja. Pas tidak semestinya jadi bodoh sampai sanggup berkorban dan mengecewakan ahlinya yang lama istiqomah bertahun tahun berjuang untuk merealisasikan hasrat menegakkan syariat islam. kenapa PKR tidak berkorban atas dasar ini? Kadang kadang dalam hal rundingan dengan Puak puak PKR lebih baik rasanya berbincang dengan DAP. Tenguk saja zuraidah dan azmin ali. bagi aku dia ni tidak punya niat yang jujur, tiada asas secara holistik, punya dua matlamat. kalau PKR kuat, kalau pas tak setuju bila bila masa boleh berambus. yang bekerja, yang habis harta, tinggal anak bini, siapa? kami terasa terhina, tapi atas dasar kerana nak tegakkan syariat kamui bersabar, dan inipun yang diajar oleh ulama kami, kemenagan itu bukan mudah, belum beriman kalau tidak diuji, ujian yang besar adalah kesabaran. kami akur, kami beriman.Jadi aku harap bagi sesiapa yang ingin mencanangkan PAS tidak pegang pada janji, mereka harus sedar. Sudah berapa kali PAS ditipu. Semasa bersama UMNO, semasa Angkatan Perpaduan Ummah, semasa barisan alternatif. Kami sudah masak. sekian

    BalasPadam
  6. Tidak dinafikan samada dlm PAS mahu pun PKR mmg ada yg bersifat ego dan sombong. Soal kerusi itu terletak pd pimpinan PR yg buat kputusan, kita di bawah kena terima apa pimpinan putuskan. Sbb itu aku kata jika berlaku pertindihan kerusi berlawan sesama sendiri macam dlm PRU 13 yg lalu, yg salahnya bkn pnyokong tapi adalah pimpinan tertinggi dlm PR yg gagal tangani. Kalau tnya ahli di bawah, semua mahu parti masing2 btanding. Jadi, pimpinan kena bincang dan kita di bawah mesti terima kputusan. Soal jentera, mmg kita akui PAS punyai jentera yg kuat dan ianya tak pelik kerana PAS jauh lebih senior dari PKR. PAS wujud hampir sama dgn usia Umno. PKR pula perlu berusaha dari skrg utk kuatkan jentera. Jentera yg kuat hnya salah satu faktor utk menang, tapi byk faktor lain. Terengganu tumbang sepenggal, Kedah juga tumbang sepenggal, Perak juga dgn isu lompatnya, ini semua bkn kerana kekuatan atau klemahan jentera tetapi ada faktor lain yg kesemuanya kita boleh jadikan iktibar utk mmperbaikinya.

    BalasPadam
  7. Susah sampai masanya PAS berpisah dari DAPigs dan Fucketan Rakyat dan berjuang dgn kekuatan sendiri.

    InsyaAllah kami akan terus sokong PAS

    BalasPadam
  8. Alahai lebai tu lepas ni tak kan menang. Dalm parlimen pun tak bersuara.

    BalasPadam
  9. Sama tapi x srupa...PRU dan PRK. klu kite bertanya mengapa chegu bard terpelanting ke sungai aceh, tdk kekal di rembau? Klu kite brtanya mgapa PSM gune lmbg PKR? Klu kite brtanya lg mngapa ramai calon PKR terjun bebas....? tapi x mngapalh...ini semua pengajaran dan pmblajaran...Pas ada hujah, Pkr jg ada hujah.dua2 hujah boleh dterimapakai dan boleh ditolak. Kita raikan prbezaan pndapat. Slepas ini katakanlah DAP menyokong calon MB dari PAS....kita jg kn blapang dada....

    BalasPadam
  10. Sbgi tmbhn utk bg clear tdk blaku prtindihn spls ini baik PRU/PRK mana2 calon yg nk btnding atas tiket PR kena ada watikah tndatgn presiden2 PR....

    BalasPadam