RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 7 Mei 2014

"HALIMUNAN" DALAM FB AKU YANG KENA HALAU !!

DUA hari lepas aku dah 'tendang' satu makhluk "halimunan" yang mahu tunjuk bodoh dalam FB aku.  Dah la masuk FB tanpa identiti, guna nama entah apa-apa, bila dicabar pamirkan identiti tak mahu tapi menyalak mahu tegur parti kononnya.  Siapa mahu layan orang yang tak ikhlas mahu tegur parti?

Jika kita ikhlas, setidak-tidaknya bagitahu lah kita ni siapa dan dari Cabang mana.  Jika malu mahu sebut kat Wall, boleh Inbox je bagitahu aku.  Tidak mustahil pencacai Umporno yang menyamar masuk FB kemudiannya mengaku kononnya ahli PKR akar umbi mahu tegur parti.  Kalau tegur benda yang lojik takpe jugak.  Ini buat teguran bodoh.  Bila aku jawab teguran dia, dia tak mahu terima kononnya aku ni bukan pemimpin utama dalam negeri.


Bodoh ke tak bodoh jika dia mahu tegur pemimpin Negeri tapi masuk dalam wall aku?  Patutnya dia masuklah dalam Wall atau Inbox pemimpin berkenaan, bukannya menyalak kat tempat salah.  Aku yakin dia bukan ikhlas mahu tegur parti tapi sengaja untuk mencemarkan imej parti khususnya di Pahang ini.  Sengaja ambil kesempatan sewaktu hangat pemilihan untuk cemarkan imej parti.  Bukti ketidak ikhlasannya adalah apabila dia sendiri gagal tunjukkan dirinya yang sebenar, tambahan pula bila aku lihat FB dia, rupanya FB dia baru saja diaktifkan.  Mungkin aktif hanya sewaktu pemilihan ni saja.  Ertinya dia bukan pejuang parti atau ahli parti yang aktif bahkan aku yakin dia ini adalah ejen perosak parti.

Dia tanya aku beberapa soalan dan aku awalnya ikhlas untuk menjawabnya juga walaupun dia tak tunjukkan siapa dia sebenarnya.  Di antara pertanyaannya adalah berkaitan pemilihan dan calon yang bertanding di Cabang, katanya ada camportangan Negeri (MPN) di dalam menentukannya.  Aku pun jawab bahawa MPN tiada hak dan kuasa di dalam pemilihan.  Pemilihan adalah kuasa mutlak JPP (Pusat).  Dia tak percaya.   Dia masuk pula isu lokasi pemilihan kononnya diatur oleh MPN juga.  Aku pun jawab, lokasi pemilihan pun ditentukan oleh JPP setelah kesemua yang bertanding bersetuju.  Dia tak percaya juga.

Aku tak kisah dia percaya ke tak.  Itu hak dia tapi bila dia kehabisan hujah, dia main isu peribadi.  Kononnya aku Blogger sememangnya diupah untuk pertahankan pimpinan negeri.  Aku kaki bodek pimpinanlah kononnya.   Bodoh betul.  Kalau aku bodek pimpinan, mestilah aku dapat bahagian apa-apa pun.  Aku ni jawatan dalam Cabang pun takde, hatta AJK pun.  Memang aku tolak dari dulu lagi, kecuali jawatan aku di MPN sebagai Ketua Biro Komunikasi dan Penyelaras KOBAT.  Itu je.  Itu cuma jawatan Biro, satu jawatan biasa dan bukan istimewa pun.  

"Halimunan" ini terus alih isu dengan menuduh MPN yang bukan-bukan.  Bila aku jawab, dia kata dia mahu bos besar yang jawab, bukan aku.  Laaa....jika mahu bos besar yang jawab, mengapa sibuk menyalak kat wall orang lain?  Oleh kerana dia telah menunjukkan kebodohannya, aku pun tidak berselera untuk membuang masa melayani provokasi orang yang aku tak kenal, maka dia aku "nyah'kan terus dari FB aku.  Lain kali belajar jadi berani berhujah tanpa bertopeng ok !!

5 ulasan:

  1. GILER BANYAK PERKARA GILER...DAI NI GILER NAK BETULKAN ORANG...KAH KAH KAH

    BalasPadam
  2. Aku tak heran la bro...puak kamu ni mmg suka bertelagah samada sesama ahli atau rakan sebantal...sampai dahi kena 6 jahitan ahad mlm lalu.

    Tapi yg paling lucu kamu punya masalah dgn puak kamu dlm FB pun kamu nak salahkan umno.....

    BalasPadam
  3. tapi tak la sampai macam puak tu sampai ada kes tembak punya nak rebut jawatan. kesian
    ai jangan buat buat lupa

    BalasPadam
  4. yg syoknya, Unit Anjing Pengesan bergaduh dgn Solidariti Anjing Muda Malaysia, sampai buat repot polis. Biasalah anjing dgn anjing bergaduh berebut bangkai.

    BalasPadam
  5. Ingat tak perumpamaan Melsyu lama:

    Jahat bak ameno,
    Bodoh macam penyokong tegar ameno.

    Sebab dan selalu, asyik n sentiasa buat perkara negatif, tak elok, jahat dll , itu sebabnya amemo sentiasa dikaitkan dgn perkara buruk n hodoh.

    Peribshasa : spt murai tertelan kopi tak mungkin ditukar kpd spt murai tertelan teh.

    Ada faham?

    BalasPadam