RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 1 Jun 2014

PRK TELUK INTAN - DYANA BERJAYA MEMAKSA NAJIB MEMBUAT JANJI MAHAL DI TELUK INTAN

JUMLAH undi yang datang mengundi dengan jumlah undi yang diperolehi dikhabarkan menimbulkan keraguan di PRK Teluk Intan.  Apa pun, SPR telah umumkan bahawa calon Bn, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong hanya mampu memperolehi majoriti 238 menewaskan gadis muda, calon DAP iaitu Dyana Sofya.
 
Peratusan yang keluar mengundi amat mengecewakan, dan sememangnya di dalam PRK sekiranya peratusan keluar mengundi terlalu kecil ianya lebih memihak kepada Bn.  Amat sukar untuk menang menentang Bn dengan segala jentera kerajaan termasuk media perdana yang mereka gunakan apabila yang keluar mengundi peratusannya tidak mencecah 80%.  Di PRK Teluk Intan semalam, hanya 66.5%  sahaja yang keluar mengundi.

BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.  Untuk menewaskan anak gadis ini saja, Najib terpaksa tawarkan jawatan Menteri kepada Presiden Gerakan itu sekiranya beliau menang.  Maka dengan majoriti setipis itu, Datuk Mah menang.  

Sengit saingan yang diberi oleh Dyana.  Beliau memaksa TPM turun dengan bala tentera dari Putrajaya.  Umpan peruntukan jutaan ringgit ditawarkan sehingga ingin mewujudkan Universiti.  Ini membuktikan Dyana berjaya gugat Bn.  

Sikap tidak ambil berat untuk pulang mengundi dari pengundi-pengundi luar ternyata memberi kesan.  Mungkin 'aura' Dyana yang jauh lebih hebat dari calon Bn membuatkan ramai pengundi luar yang penuh yakin bahawa anak gadis ini akan menang mudah.  Satu pengajaran untuk masa akan datang.  Dikatakan terdapat krisis dalaman DAP turut menjejaskan keputusan untuk Dyana.  Walaupun krisis itu tidak serius, tetapi melihat kepada keputusan dan majoriti yang diperolehi sedikit sebanyak ada kesannya krisis dalaman ini.  

Bagaimana dengan kontroversi jumlah undi yang dikatakan meragukan itu?  Kita harap pakar-pakar kita akan mengkaji keputusan ini sebaik mungkin. 

15 ulasan:

  1. He..he..jom kita mesyuarat. Kita bincang bagaimana cara bekerja yang betul kepada SPR. Kita akan jemput pemimpin PKR bagi ceramah atau buat bengkel. Pemilahan PKR adalah yang terbaik di dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah....saranan yg terbaik bro. Kita jadikan proses pengundian PKR sebagai benchmark atau model. Bukankah mrk yg terbaik didunia..

      Padam
  2. Pakar2 kita dah uji dan kaji. Ada 10 bas kilang bwk Bangla undi barisan. Hehehe

    BalasPadam
  3. Pengundi luar kalau balik lg tinggi la majority BN

    BalasPadam
  4. Mengapa firaun & jahiliyah betkuasa terlalu lama sedangkan pemerintahan mereka jahat, zalim & penuh penganiyaan?

    Sebab ramai yang menyokong pemerintahan mereka itu.

    Dan sebab yang sebenarnya adalah masyarakat mereka bodoh pda ketika itu.

    Sila fikirkam situasi benar ini.

    "Akak tak boleh undi Dyana sebab dia tak sokong hudud"
    ?????? Adakah Mah sokong hudud?

    "Pak Cik tolak DAP sebab dari dulu lagi Pak Cik pentingkan Tanah dan ketuanan Melayu. DAP cina".
    ???????mmm Ketuanan Melayu tapi undi Mah. Tanah Melayu jadi Malaysia sebab parti apa?

    Sepatutnya isu asabiyah tak perlu wujud!

    Begitulah keadaanya dahulu mengapa Firaun bertakhta hingga berketurunan lamanya.

    Berfikirlah dengan bijak dan jujur!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi undi lah parti fuckertan

      Padam
    2. Akak tak boleh undi Dyana sebab dia tak sokong hudud"
      ?????? Adakah Mah sokong hudud?
      aku kopi pes member punya...kah kah kah ..

      "Pak Cik tolak DAP sebab dari dulu lagi Pak Cik pentingkan Tanah dan ketuanan Melayu. DAP cina".
      ???????mmm Ketuanan Melayu tapi undi Mah. Tanah Melayu jadi Malaysia sebab parti apa?.......

      ada sesiapa nak nafikan...

      Padam
    3. Hal hudud...
      Mah, kita tak perlu pertikaikan kerana dia cina. Mungkin tak begitu memahami Islam... Tp Dyana tu Islam, kenapa x jd wakil Pas tp jd wakil DAP yg keras menolak hudud mcm MCA???
      Hal melayu, Tanah Melayu jd Malaysia sbb Umno dahulu... Kenapa nak salahkan umno skrg? Bukan Pas dan PKR juga dr Umno???
      So, sokong kanan kena main, sokong kiri kena main...
      Permainan politik akhir zaman...

      Padam
  5. Borang 14...saya salah sorang ejen tempat megira undi.Saya telah diminta oleh pegawai spr utk tandatangan di ruangan ejen bersama dengan sorang lagi ejen yg ada bersama.Pegawai spr juga t.tangan,kemudian satu salinan diberi kpd setiap ejen.Saya tak faham pegesahan kat mana lagi yg perlu dibuat.

    BalasPadam
  6. Bodoh betul anon 8.52 kat atas tu. Zaman firaun mana ada undi. Zaman firaun tak ada penyokong la bahalol. Firaun berkuasa lama sbb rakyat takut dgn dia. Sapa yg nelawan akn dibunuh.
    Mcm mana pulak samdol ni nk samakan dgn zaman ni yg ada PR.
    Deyyy....lu mabuk la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada orang bijaksana dan bijak sini umno kata..umno sentiasa menang kerana tuhan bersamanya.....

      kalau gitu tuhan bersama yahudi israel lah sebab sentiasa menang dengan palestin....

      sapa nak nafi???...kah kah kah

      Padam
    2. Sape kata Yahudi dah menang? Ni mesti penjilat Nuar Brahim

      Padam
    3. Statement kurang cerdik dr mosabit...
      Adakah yahudi tunduk sujud kpd Allah sbgmana Islam bersujud utk samakan perlindungan Allah kpd Islam dan kafir? Tahukah kamu apa itu ArRahman dan ArRahim?

      Padam
  7. Kemenangan bee end ini akan memudahkan kemenangan Pakatan pru nanti.

    Ini kerana pemimpin bee end akan terus zalim dibuai kemenangan. Bee end akan jatuh terus akhirnya.

    BalasPadam