RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 2 Julai 2014

TIADA "PUASA" UNTUK LAWAN UMNO

BULAN Ramadhan bulan yang mulia, jaga tutur kata bicara dan jaga mata dari melihat yang mungkar, maksiat selain dari menjaga daripada makan dan minum.  Tapi ini tidak bererti bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita dilarang memusuhi Umno.  Tiada satu detik pun waktu yang boleh kita jadikan alasan untuk mengelak dari menentang Umno.

Aku tidak peduli jika ada ustaz bahkan Ulamak duniawi yang berkata, "cukuplah, berhentilah dulu dari mengata dan menyerang Umno di bulan puasa ini....".  Mari pada aku dalil dan nas yang ada menyebut berhenti dari menentang kemungkaran dan kezaliman pada bulan Ramadhan.  Ada?  Apakah bulan Ramadhan kita diberitahu bahawa iblis dan syaitan itu diikat, maka kita tidak peduli ada "syaitan yang dikenali" yang masih wujud disekeliling kita bahkan mereka tidak pernah lalai sesaat pun untuk menghancurkan perjuangan keadilan dan Islam.  

Marilah sahabat, di Bulan Ramadhan yang mulia ini kita tingkatkan usaha kita berdepan dengan puak-puak celaka dan bangsat ini yang semakin lama semakin menyusahkan kehidupan rakyat.  Rakyat mereka jadikan seperti hamba abdi dan barang permainan mereka.  Bila rakyat marah, mereka pujuk dengan wang ringgit.  Kemudian mereka buli lagi.  Bila rakyat melenting, mereka upah lagi dengan duit.  Cuba sebut sudah berapa banyak program kerajaan yang benar-benar membantu rakyat dari segi jangka masa panjang selain dari upah wang tunai?  

Justeru itu, samada Bulan Ramadhan, Syawal dan seterusnya melawan Umno itu Wajib kerana Allah Taala.


5 ulasan:

  1. Memang ada kebenaran dari apa yg diperkatakan kerana menentang kezaliman dan kemunkaran itu adalah satu ibadah yg besar pahalanya jika dilakukan dibulan yg mulia ini. Tentang kemungkaran dan kezaliman ini kerana Allah.

    BalasPadam
  2. Lebih baik kalau kita dapat gunakan masa ini untuk betulkan kerosakkan teruk dalam PKR

    BalasPadam
  3. lawan ttp lawan sampai menang.....asalkan bukan umno!!

    BalasPadam
  4. "Cuba sebut sudah berapa banyak program kerajaan yang benar-benar membantu rakyat dari segi jangka masa panjang selain dari upah wang tunai?"
    Hmm... Sedar atau tidak, saya sudah memiliki kerja tetap yg lumayan, rumah, isteri, anak2 dan 3 biji kereta kerana membesar dizaman Umno berkuasa... tapi tidak ler sekaya kaki kipas dlm politik Malaysia ni... dan tidak ler semiskin mereka yg hanya tau merungut tapi pemalas...
    Alhamdulillah kerana membesar disaat Malaysia aman damai...

    BalasPadam