RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 30 Jun 2014

JIKA MAJORITI ADUN PR SELANGOR SETUJU, ELOK TS KHALID DIGANTI

KERUSI MB Selangor kembali panas.  Ada yang terasa kerusinya tidak selamat, ada pula yang perasan dia dapat Kerusi MB negeri terkaya itu.  Aku pernah menulis betapa perlunya Kerusi MB Selangor ini ditukar, tetapi penggantinya bukanlah Azmin.  Azmin belum tentu lebih baik dari TS Khalid, cuma beliau pernah diuji.

Apa sebabnya TS Khalid mahu diganti? Memang hebat pentadbiran TS Khalid, tiada siapa boleh nafikan.  Dio dalam kehebatan beliau mengurus Selangor, adakah partinya dan parti-parti di dalam PR mendapat manafaat?  Mentadbir Selangor mestilah mentadbir secara orang politik, bukan mentadbir secara korporat.

TS Khalid mesti dengar cakap bos, apatah lagi bila bos menegur kesilapan beliau.  Jangan cuba mahu tunjuk kononnya Bos tidak boleh ganggu urusan beliau sebagai MB Selangor.  TS Khalid juga mesti tahu respek rakan-rakan di dalam PR.  Jangan memerintah "One Man Show".  Bila ada keputusan besar seperti mengadakan perjanjian/MoU dengan Pusat berkaitan isu air, mustahil dan tidak masuk akal TS Khalid boleh membelakangkan Anwar, bosnya.  Tetapi TS Khalid lakukan juga.

Orang kata dia dah besar kepala.  Aku tidak kata begitu kerana aku rasa dia bukan orang politik.  Samada dia menang atau tidak merebut jawatan Timbalan Presiden, aku harap baik kiranya jawatan MB Selangor ini ditukar dengan syarat PKR jangan buat keputusan sendiri tetapi mesti mendapat sokongan majoriti di dalam PR Selangor.  Jika tidak, kekalkan saja beliau kerana Kerusi MB Selangor bukan hak PKR tetapi hak bersama PR.


13 ulasan:

  1. Dia ada tgg jwb dgn rkyt sgor, dn skrg di jlnkn tg jwbnyer dgn bgus, apa kata bg sokongan jgn myebok. bos pun jgn menyebuk! bkn dia mlawan bos pun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. membelakangkan PKR tetapi mementingkan rakyat..TSKI bukan MB untuk PKR untuk rakyat Selangor seluruhnya...yang pentign Selanhor mau , rakyat dapat manafaat dan tidak membazir atau makan duit rakyat.. bila dah tahu simpanan negeri Selangor ada million2, ada yg berangan dan dah gatal tangan dan nak tandang tukang kumpulnya...tak usah cipta alasan apa2 la, memang duit yang terkumpul tu la yang jadi rebutan...ada yang berangan nak buat rumah rm24 juta kut...memang tak ada beza la yang nak jadi mb tu dengan perangai puak2 mb sebelum TSKI..

      Padam
    2. tepat sekali TSKI patut kekal menjadi MB

      Padam
  2. Setuju....Selangor ni bukan mcm negeri2 lain...rakyat akan menilai dan tidak ada rasa takut2...jika MB yg menggantikan asyik hendak menghabiskan duit...PKR, PAS dan DAP perlu kemas2 barang utk tutup kedai laaa..Nasihat aku..jangan mentadbir cara politik...tadbir lah cara Islam. Anwar pun akan tumbang kalau tadbir cara politik di Selangor ni.

    BalasPadam
  3. Kekalkan Mb TSKI , jangan harap penggantinya akan lebihbaik pentadbirannya kerana yg lain itu terlalu berpolitik, Apa salah nya di kekalkan beliau kerana beliau telah menjalankan dn menjaga amanah yg baik utk rakyat Selagnor.. Kalau Azmin jbd Mb, habis lah Selangor, Next GE PR akan tumbang...

    BalasPadam
  4. Pemimpin dan ahli dalam PR sememangnya bodoh dan suka mencari publiksiti murah dengan mengeluarkan kenyataan danpqndangan dimedia yang senentiasa mencari kesalahan dan kelemahan tadbir dalam kepimpinan PR tapi itulah yang selalu dibuat oleh pemimpin dan ahli dalam gabungan PR ,sebagai contoh bila adalah PRK atau ada pemilihan ketua dicawangan atau cabang masaalah boleh diselesaikan secara dalaman tapi pemimpin dalam parti lebih suka menghebohkan melalui media ,maka hal yang kecil akan menjadi besar,bagaimana jika ditakdirkan PR dapat memerentah negara, besar kemungkinan PR hanya dapat bertahan hanya tiga hari atau empat puluh hari, ingat dan fikirlah untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri, rakyat percaya apa yang diperjuangkan oleh PR itu ialah betul dan benar untuk kepentingan rakyat tapi sebaliknya pulak yang berlaku, semua pemimpin dan kepimpinan dalam PR kini telah melencong jauh dari sasar perjuangan asal. jika ini yang ditonjolkan oleh pemimpin PR kita tunggu dan lihat dalam PRU14 nanti . semua akan terjawab.

    BalasPadam
  5. PATUTLA BLOG HANG NE X DA ORG TENGOK...MACAI AZMIN RUPANYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang ckp baik2 sikit noo..ni blog macai nyonya kipas udang la

      Padam
  6. Yup...no quality. Very loose and w/out facts.

    BalasPadam
  7. Dia tulis sebab tajuk ni sebab nak bagi rg ramai dtg balik la blog dia.....hehehe....

    BalasPadam
  8. Elok juga TSKI diganti supaya bila pru 14 akan datang PAS dan TGHAHA di persalahkan sekiranya pr tumbang. Sekarang pun ada sekor macai mengaku ahli seumur hidup PAS tapi asyik menyalal mengatakan TGHAHA sokong TSKI kerana beliau ada kepentingan di selangor

    BalasPadam
  9. hrp dpt bince dgn baik. igt! rakyat pilih pr u hidup yg lebih sejahtera. kl pemimpin asyik bertelagah, rakyat akan muak. takkan nk pilih bn..tp kl terpaksa.... bince dr ati ke ati. jgn ada kpntngn diri. semua org, tk kira pemimpin kecil or besar kena patuh kptsn mesy/perbincgn. jgn kerna ada sore dua yg keras kepala, maka pru14, pr ditolak o rakyat. igt! kepimpinan itu 1 amanah yg pasti akan ditanya di akhirat nt. jgn rasa bangga jd org atas. tgk2 ke bwh sama...rakyat bwhn hidup susah n semakin terhimpit.

    BalasPadam
  10. TS Khalid tokoh yg bijak
    Bukan mudah untuk dijinak
    Yg jeles kroni dan juak-juak
    Yg banyak karenah & mcm2 nak...

    BalasPadam