RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 5 Ogos 2014

KEMELUT MB SELANGOR - KHALID WAJIB DIBERI KEADILAN, ADAKAH AZMIN CALON ALTERNATIF?

SEJAK dua tiga menjak ini aku lihat banyak betul rakan-rakan yang kongsi artikel dan laporan palsu kononnya PKR telah memecat TS Khalid Ibrahim, MB Selangor yang isunya hangat diperbahaskan sekarang ini.  

Walaupun terbukti berita itu tidak benar, namun secara peribadi aku amat tidak setuju jika PKR memecat TS Khalid tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam parti.  Pecat seseorang mestilah bersebab dan serius salah lakunya.  Orang itu juga mesti terlebih dahulu diberi surat tunjuk sebab atau dipanggil membela diri agar beliau dapat mempertahankan dirinya.  Kita tidak mahu PKR dilihat rakus dan zalim.

Secara peribadi aku menyokong usaha parti untuk menyelesaikan kemelut MB Selangor sekarang ini tetapi bukan dengan cara memecat beliau.  Parti punyai hak untuk menaikkan seseorang menjadi calon pilihanraya, begitu juga untuk memberi amanah untuk menjadi MB.  Bila parti rasa perlu melakukan pertukaran atas sebab-sebab tertentu, maka itu juga hak parti.  Selaku rakan di dalam Pakatan, tentunya hak memilih atau mengganti seseorang MB itu mestilah dikongsikan bersama rakan-rakan untuk dipersetujui bersama jika boleh.

Di dalam isu MB Selangor, PKR merasakan sudah sampai masanya TS Khalid berundur.  Memandangkan TS Khalid itu ahli PKR dan Kerusi MB itu telah diamanahkan sebelum ini kepada PKR, maka tentulah PKR terpaksa memilih siapa penggantinya.  Soal calon yang dipilih oleh PKR itu layak atau tidak menjadi MB Selangor, itu semua bergantung kepada persetujuan rakan-rakan dari DAP dan PAS. Jadi, tidak timbul soal menamakan calon dari PKR itu mesti dirujuk terlebih dahulu kepada DAP dan PAS.  Di peringkat mencalonkan atau menamakan calon itu, itu adalah hak PKR.  Tetapi harus ingat, layak atau tidak, diterima atau tidak, itu pula adalah hak DAP dan PAS.  Kerusi MB Selangor bukan hak PKR, tetapi Kerusi itu adalah hak Pakatan yang akan membuat keputusan.

Adakah PAS juga boleh menamakan calon dari partinya?  Jawapannya tentulah boleh.  Tetapi jangan lupa, pada Mesyuarat Majlis Presiden PR yang pertama, kesemuanya sepakat secara dasarnya bersetuju bahawa Kerusi MB Selangor adalah untuk PKR.  Cuma, PAS dan DAP mahu rujuk dahulu kepada parti masing-masing tentang nama calon yang dicadangkan oleh PKR.  Seandainya PAS meletakkan nama calon dari parti berkenaan pada mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti, ini menunjukkan PAS gagal mematuhi persefahaman yang dicapai pada Mesyuarat Majlis Presiden PR yang pertama.  Tidak mungkin PAS akan berbuat demikian.

PAS dan DAP boleh tolak nama calon yang dicadangkan oleh PKR iaitu DS Wan Azizah, tetapi Kerusi MB Selangor tetap untuk PKR seperti yang dipersetujui.  Ertinya, ada calon lain dari PKR sebagai alternatif untuk menggantikan Azizah.  Siapa orang itu?  Jika Azmin, aku rasa kemelut tidak akan selesai juga.  Siapa tokoh lain di Selangor selain dari Azizah, Azmin dan Khalid?  Pada aku tiada. 

14 ulasan:

  1. Saya rasa elok juga lah kerusi MB ini diberikan kepada PAS. Mungkin ini akan memberi pengajaran kepada semua, apa maksudnya pepatah dulu menang sorak kampung tergadai.

    BalasPadam
  2. Setuju dgn Blogger. Mmg PKR parti cebisan. Tiada pemimpin berkaliber. Yg ada hampeh.mcm tu ke nk harap memimpin negara. Jadi boneka DAP.

    BalasPadam
  3. MB bagi pada PAS.
    # PRU14 xperlu bagi undi pada PKR lagi@buang masa. Cukup sudah untuk anda DSAI..

    BalasPadam
  4. di Kedah, Terengganu, Kelantan, dll. ada ka cabang PKR @ berebut kerusi Dun@Parlimen no1.. bermula 2 orang di Adun di Perak, Pulau Pinang, Sarawak.. lepastu Kajang move la.. sudah la, rata2 rakyat Malaysia dah bosan dengan PKR..Maaf ya..

    BalasPadam
  5. Pergolakan rumah tangga mana2 parti pun serupa.
    Apa2 pun ABCD-Asal Bukan Cap Dacing

    BalasPadam
  6. Pergolakan takde la sampai lodeh melodeh bukak pekong sendiri. Dah tu nk salahkan org lain.

    BalasPadam
  7. Kalau dh tak betul..xpyh org lain bukak aib. Tuhan tunjuk terus atas dunia ni. Sendiri yg bukak aib.
    Tlg jgn tunding kat org lain ya. Kami pon dh fedup tgk perangai tak senonoh pemimpin kami nie......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap ketawa berguling guling melihat kebodohan rakan sebantal mrk...Hihihih

      Padam
  8. Serangan seterusnya dilancarkan oleh kem Raja Propaganda Dunia - Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) dengan mengeluarkan surat Notis Tunjuk Sebab ke atas TSK kerana tidak dengaq cakap Anwar dan Pakatan Rakyat !

    Kesian TSK, pasni dipercayai kem Propa Anwar akan pecat TSK yang seterusnya TSK akan jadi pelarian di Selangor !

    Perenggan ketiga dlm surat tu sepatutnya tulis sebegini

    - > Atas sebab Anwar kaki liwat beliau tidak dapat bertanding sebagai calon PRK Dun Kajang, dan layak memegang jawatan secara automatis Adun Penjara Kajang !

    BalasPadam
  9. Setuju sangat jika Dr Idris Ahmad dilantik sebagi MB Selangor.

    Berwibawa dan diterima oleh semua.

    BalasPadam
  10. Boleh blahh la...RBA

    BalasPadam
  11. Memang bodoh benarlah sesiapa sahaja yang memandang, menganggap atau mengkagumi Lim Guan Eng sebagai seorang pentadbir, Ketua Menteri dan Setiausaha Agung parti yang pandai. Bukan sahaja kuat pembohongnya.

    Dia memang tidak boleh jawab langsung dakwaan yang dibuat oleh Nasruddin Tantawi tentang Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang kosnya sangat tinggi serta urusannya dilakukan secara gelap tanpa berbincang dengan sesiapa pun.

    Malah ia menjadi butiran yang sangat rahsia sehinggakan audit pun tak tahu apa-apa atau bagaimana Guan Eng boleh mendapat sebut harga yang begitu tinggi.

    Nasruddin menyatakan kehairanannya dengan layanan yang diberikan kepada Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng kalau KIDEX dijadikan alasan oleh PKR untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah. Ini adalah kerana, KIDEX merupakan projek Kerajaan Persekutuan dan semua kos ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, manakala Terowong Pulau Pinang pula dibiayai sendiri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Ditambah pula dengan KEGAGALAN Lim Guan Eng menguruskan kewangan negeri sehinggakan defisit kewangan Negeri Pulau Pinang semakin meninggi semenjak berada di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, menjadikan perbelanjaan besar untuk membina terowong bawah laut tersebut sebagai projek gajah putih yang akan memufliskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang selain cukai terhadap rakyat Pulau Pinang yang akan dinaikkan semata-mata untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran negeri.

    Malu besar Lim Guan Eng apabila Nasruddin Tantawi mendedahkan tentang peningkatan defisit dalam bajet 2014 iaitu berjumlah RM255.44 juta. Sedangkan selama ini, Lim Guan Eng mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membayar gaji tukang-tukang propaganda untuk menipu seluruh rakyat Malaysia, kononnya Pulau Pinang di bawah pentadbirannya mencatatkan perolehan besar dan simpanan yang tinggi.

    Disebabkan langsung tak boleh jawab, Lim Guan Eng hanya mampu menyatakan kehairanannya tentang sikap Nasruddin Tantawi yang dikatakan menyerupai LIDAH UMNO.Tapi betul juga apa yang dikatakan oleh Tantawi. Lim Guan Eng pun kuat menyokong perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dengan alasan yang sama, padahal kalau dibandingkan Khalid dengan dirinya, Khalid jauh lebih berjaya menguruskan kewangan negeri.

    Sepatutnya Lim Guan Eng yang terlebih dahulu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, bukannya diamond menyokong Khalid dilucutkan jawatan....

    BODOH BAHLOL PUNYA GUAN ENG!!!

    BalasPadam
  12. PAS , DAP apatah lagi PKR sama saja standard tong taik , PAS lagi teruk jadi barua DAP tu bukan lagi tong taik tu dah makan taik . Tengok la pada 10 hb ini PAS garenti tunduk pada DAP kerana pkr dan dap selangor dah buat taik di selangor jadi cepatx2 nak buang khalid.

    BalasPadam
  13. Makin kalut rumah tangga PKR ni. Saling tuduh menuduh....aku rasa tak lama lagi baling kerusi meja ni bukan saja berlaku di cabang dan ranting. ..di HQ PKR pun gamaknya akan berlaku...lucu lucu

    BalasPadam