TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

PROGRAM 14 OKT 17

PROGRAM 14 OKT 17

Ahad, 3 Ogos 2014

SIMPAN MAKI HAMUN ITU UNTUK SYAITAN YANG DIKENALI

OK, stop perang saudara.  PKR dan PAS banyak buang masa berbalah soal MB Selangor.  Pemimpin kedua-dua parti bertenang sambil terus merayakan Aidil Fitri, kita penyokong bawahan pula bertegang urat soal yang belum diputuskan.  Tapi aku rasa ada hikmahnya kerana bila kita hangatkan alam siber, baru pimpinan sedar bahawa kita sedang memerhatikan tindakan mereka.  Baru kita tahu siapa yang bersungguh-sungguh mahu PR kekal seperti sedia ada, dan ada yang mahu PAS bersendirian dan kita juga tahu ada yang mencadangkan UG "Kerajaan Perpaduan" bersama Amno dikejutkan dari tidur lena mereka.

Tertarik dengan saranan Dr Zul bahawa perbalahan sesama kita harus dihentikan.  Ini soal pendekatan atau 'uslub' untuk perkuatkan PR.  Tentu banyak pandangan berbeza dan masing-masing ada hujah masing-masing.  Bila sudah ada berbagai pandangan, kita patut menggunapakai nasihat Tok Guru Nik Aziz yang menyebut pentingnya patuh kepada 'nakhoda'.  Walaupun nasihat Tok Guru itu untuk jemaah PAS, tetapi nasihat yang baik elok diikuti oleh PKR.  Patuh kepada nakhoda dan parti.  

Jika kita rasa kita tidak perlu kepada nasihat dan kehendak jemaah di dalam parti, elok kita kelyar dari parti memasuki parti lain atau tubuhkan parti baru yang kita boleh jadi pemimpin.

Mudah selesai jika semua patuh kepada kehendak parti walaupun kita rasa kita betul.  PKR telah lakukan segalanya yang telah disarankan oleh Tok Guru Nik Aziz bagi menyelesaikan kemelut di Selangor ini.  Sejak penggal pertama lagi PKR cuba selesaikan dan nasihat kepada pemimpin-pemimpin terlibat di dalam krisis ini, dan akhirnya parti merasakan tiada jalan lain untuk kurangkan masalah ini selain dari melakukan 'islah' di dalam pentadbiran Selangor.

Tentunya Kerusi MB Selangor bukan hak PKR mahupun PAS atau DAP.  Sehingga kini ia milik PR.  Oleh kerana ia milik PR maka perlunya PKR membawa cadangan itu ke Majlis Presiden PR untuk dibincangkan.  Perkara ini telah dilakukan, cuma sekarang kita menanti apakah rakan-rakan dari PAS dan DAP bersetuju dengan cadangan PKR.  Selepas itu, wajarlah kita menghormati keputusan bersama.  

Sehubungan itu, marilah kita cuba mengendurkan perang saudara ini dan kita tunggu keputusan pimpinan.  Jika rasa perlu nyatakan pandangan dan hujah, cuba elakkan dari kita memaki hamun ulamak dan pimpinan mana-mana parti.  Simpan maki hamun itu untuk syaitan yang dikenali.

14 ulasan:

  1. benar apa yang saudara tulis ,mesti tunduk dengan jemaah,tetapi soalnya adakah kenyataan terbuka dan hampir menjadi kenyataaan rasmi melalui keputusan jemaah atau pendapat sendiri,seperti apa yang di katakan oleh Hj,Hadi dulu.

    BalasPadam
  2. sebagai penyokong kpd perubahan kpd yg lebih baik..harapan kpd pakatan memang tinggi walau tiada yg kenal aku...dan memang tak perlu kenal aku..pergolakan yg sedang berlaku sekarang sememangnya menjadikan aku sedih..marah..menyampah...mohon pemimpin pakatan membetulkan keadaan ini secepat mungkin.
    jangan jadi haramjadah serupa dengan mereka yg lain.
    kami yg menyokong tak mengharapkan ganjaran...tak cari glamer...pun cukuplah sekadar pentadbiran negeri dan negara ini dapat menjalankan amanah dengan sebaiki mungkin....

    BalasPadam
  3. Bagi gua, apa orang nak kata lantaklah tetapi sedarkah bagaimana peristiwa yang berlaku di Kelantan berkaitan dengan penukaran MB. Prinsip gua ialah gua 100 peratus menentang jika PAS ingin bersama Umno.Para pemimpin PAS, PKR dan DAP mestilah mendahulukan pemimpin mereka sendiri kerana mereka yang melantik tapi bila nahkoda sendiri dibelakangkan, lebih baik terjun kapal dan pergilah kepada pemimpin yang mereka suka. Ni sampai keluar tuduhan PAS ingin bersama dengan Umno apa citer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok tak akan bergoyang jika tiada angin yang meniupnya,bagitulah juga dengan cerita di Negeri Selangor , ini permainan politik dan kuasa siapa saja bila sudah berkuasa dia rasa dia boleh buat apa saja walau pun diri dia diangkat oleh ahli yang setia.Inilah hakikat hakiki sebagai maknusia.

      Padam
    2. Gerakan Anti Najib/Rosmah??
      ...kahak PTuihhhhhhh.....!!

      Padam
  4. Bagus la kalau pas ingin bergabung dgn umno/bn. Ana pun dah jelik tgk permainan politik kroni dan famili...dgn politik kafir.

    BalasPadam
  5. Ini pdgn gua yg tak seberapa..dah lama tak ulas selepas gua ulas n hentam Isa Samad n admin pun ada paparkan tulis gua..TQVM..bg gua dalam malaysia ni Mahathir adalah 'thik-tanker' so byk perubahan dan keputusan yg dia buat amat berkesan dan byk perubahan..tolak tepi pasal bagi kroni n anak beranak tu...lee kuan yew juga 'think-tanker' tapi anak2 mereka tak sehebat mereka ini..anuar jg adalah 'think-tanker' yg dididik ok mahathir..dia hebat cuma tak dapat di hebahkan kerana disingkirkan dengan seaibnya..sblm mahathir letak jwtn dia tahun dia siapa dlm umno dpt menyambung legasi dia kerana tiada siapa dpt dididik dan sudah kesuntukkan masa..abdullah dilantik hanya atas ketulusan hati dia dan bkn najib yg dia pilih kerana dia tahu siapa mereka dlm umno ini..tp anuar dpt dikatakan 'thin-tanker' kerana kejayaan dia dlm penubuhan parti PKR dan kini dpt satukan parti lain dlm satu bumbung..kini beliau mencari penyambung legasi dia kelak dan kini kita nampak rafizi menyerlah dan bkn anak dia..khalid ibrahim kita dpt nampak seolah2 'think-tanker' tetapi ada dlm isu lain dia tak dpt nak fikirkan sesuatu yg lebih ke hadapan..beliau hanya mampu berfikir sesuatu perkara dalam satu masa dan tidak boleh berfikir jika ada byk isu dibawa dlm satu masa..oleh itu masa menjadi penting bg khalid kerana sesuatu perkara perlukan masa untuk diselesaikan..oleh itu bagi gua..keputusan anuar adalah tepat melantik azizah bg menyampaikan suara anuar ke dalam pentadbiran selangor bg menyelesaikan kemelut ini..azizah mmg akan menjadi boneka tetapi byk isu dpt diselesaikan dengan pengorbanan seorang isteri ini kepada seorang suami yg pegang amanah menjadi ketua pembangkang.tapi 'think-tanker' anuar tak dpt bertahan lama kerana faktor usia dan kita faham semakin berusia semakin lemah ketajaman fikiran..rafizi skrg cepat berlajar dan gua rasa bakal meneruskan legasi anuar..TQVM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm bagus je lu ni. Baca 2x mcm hampeh kelapa je. Tqvm

      Padam
  6. Anon 3.33 tidak faham beza antara think-tanker, strategist dan leader. Namun ada hati nak ulas pjg lebar. Paling meloya kan bila mengaku Azizah tu puppet suaminya. Sah lah kamu ni kacang hantu umno/bn.

    BalasPadam
  7. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

    Perkembangan terbaru ni tidak menghairankan memandangkan budaya PKR sememangnya bergelumangan dengan fitnah, onar, penipuan, kroni dan sebagainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lupa bro....gelumang dgn skandal dgn sex songsang...

      Padam
  8. Suruh simpan maki hamun, tapi bila sebut hal ug tu bukan maki hamun ke ? Tu hal konsensus national tu ko tak kutuk ke ? Kalau pkr punya onar kau diam. Kalau nak adil jgn hentam org lain dgn sesuatu isu tu, sedangkan kamu juga terbabit dgn isu yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 PKR ni mmg otak beku.

      Padam
  9. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini