RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 14 Ogos 2014

KEPUTUSAN MESYUARAT AJK PAS PUSAT SUDAH 'BOCOR' SEBENARNYA?

SEPAKAT pertama, Kerusi MB Selangor diserahkan kepada PKR.  Itu yang diketahui sewaktu Mesyuarat Majlis Presiden PR yang telah diadakan kali pertama sejurus isu penukaran MB Selangor.  Waktu itu, Pas diwakili oleh Timbalan Presiden, Tuan Hj Mat Sabu beserta 5 orang lagi dari PAS jika tidak silap termasuk SUA Tn Hj Mustafa Ali, Naib Presiden Us Tn Ibrahim, AJK Pas Pusat dan juga Sdr Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda Pas Pusat.

Betul atau tidak PR sepakat dan memberi persetujuan bahawa Kerusi MB adalah untuk PKR?.  Cuma, calon yang dicadangkan oleh PKR iaitu Presidennya DS Wan Azizah itu saja yang masih belum dimuktamadkan oleh Pas dan DAP kerana masing-masing ingin membawa ke mesyuarat parti masing-masing terlebih dahulu.

Mungkin dalam perjalanan Mat Sabu pulang dari perjalanan, Tok Guru Presiden yang tidak hadir mesyuarat itu bersuara sebelum AJK Pas Pusat dan Majlis Syura bersidang dengan menyatakan Pas tetap akan menyokong TS Khalid sebagai MB Selangor atas alasan beliau tidak terlibat atau disabitkan dengan sebarang salah laku.  Ok, itu hak Pas dan kita wajib hormatinya.

Pas mengadakan Mesyuarat Majlis Syura iaitu badan tertinggi PAS serta merta agak ganjil kerana lazimnya Mesyuarat AJK Pas pusat dulu yang bermesyuarat kemudian akan dibawa ke badan tertinggi iaitu Majlis Syura untuk diputuskan.  Kali ini aku rasa agak pelik tetapi tidak usah dipertikaikan kerana Pas yang lebih arif tentang prosedur parti mereka.

Mesyuarat Majlis Syura membuat keputusan selari dengan Tok Guru Presiden.  Ertinya, menyokong TS Khalid dikekalkan sebagai MB atas alasan yang sama.  Manakala Mesyuarat AJK Pas Pusat pula asalnya mahu diadakan pada 10 ogos, kemudian ditunda pada 13 Ogos dan ditunda lagi ke 17 Ogos ini.  Aku sudah tidak fokus sangat lagi bila Mesyuarat AJK Pas Pusat akan bermesyuarat kerana keputusannya telah diketahui umum iaitu keputusan dari Majlis Syura yang telah bersidang awal.  Umpama pengadil telah meletakkan keputusan, maka para pemain masuk padang sekadar untuk panaskan badan.  Itu pun jika betul perumpamaan aku.  Jika tidak betul, ertinya keputusan Mesyuarat AJK Pas Pusat mungkin boleh mengubah keputusan Majlis Syura.  Boleh kah begitu?

Itu kita tidak perlu pertikai kerana itu juga urusan Pas.  Kita tidak tahu apakah di dalam mesyuarat pada 17 Ogos (jika tidak tangguh lagi) nanti semua AJK Pas Pusat hanya diberikan salinan keputusan Majlis Syura kemudian angguk dan balik.  Itu tidak pasti.  Itu semua urusan Pas yang sudah lebih 50 tahun pengalaman di dalam berpolitik dan tentunya bertambah baik perjalanan parti itu.

Apa yang mahu disebut, PKR dan DAP yang telah sepakat menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor tidak perlu mendesak jauh sekali memaksa PAS untuk membuat keputusan yang telah 'bocor' itu.  Apa yang patut dibuat, jangan ganggu proses yang akan Pas lakukan sebaliknya mesti bersedia dengan langkah seterusnya.  

Buat ahli-ahli PKR pula khasnya, kita mesti bersedia menerima apa saja keputusan dan arahan parti selagi tidak memaksa kita melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum agama.  Menukar pemimpin atas sebab-sebab tertentu atau disiplin bukan satu perkara keji atau maksiat.  Itu proses biasa, dan parti hanya perlu berunding dengan rakan-rakan PR sepertimana yang telah pun dilakukan itu.  Hak memecat ahli, itu hak parti dan ini semua mesti dihormati sesama PR.  Semua parti pernah pecat ahli masing-masing dan kita tak perlu soal jawab dengan banyak.  Parti tidak semudah dan sebodoh itu untuk pecat ahli apatah lagi ahli yang berjawatan tinggi seperti MB.  Tentu ada sebab musababnya. 

Kini, TS Khalid telah dipecat.  Beliau kini Bebas.   Bebas bukan dari PR.  Muafakat PR selama ini adalah menyokong sesama kita.  Apakah ianya berlaku sekarang?  Tidak.  Mengapa tidak?  Adakah kita sanggup khianat rakan?  Belum tentu khianat.  Habis tu, bagaimana kedudukan sekarang?  MB kini orang Bebas.  PR mahu sokong Bebas atau tidak?  PKR tidak sokong dan DAP tegas tidak sokong Bebas.  Bagaimana dengan PAS?  Tunggu 17 ogos....itu jawapannya.  Apa ada pada 17 Ogos?  Jawapannya ada pada keputusan Majlis Syura yang lalu sekiranya Pas tidak melakukan "U-Turn".  

Aku tetap yakin, sebagai sebuah parti Islam, mustahil Pas tergamak memungkiri persefahaman yang terjalin.  Sedangkan Nabi pun taat kepada perjanjian bila berurusan dengan puak kafir. 

42 ulasan:

  1. Apa pun diharap Khalid cepat bubarkan DUN dan beliau cepat-cepat masuk Umno, sebab situasi sekarang Umno berpeluang menang besar disebabkan penyokong tegar PR tidak keluar mengundi. Manakala DAP mesti bertanding di semua kerusi dengan menambah calon-calon Melayu. Kalau menang majoriti boleh perintah Selangor sebab MB melayu. Kita boleh lihat sejauh mana kekuatan PAS dan PKR tanpa sokongan kaum cina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn terkejut klu lps ni anuwar akan gunakan juak2nya dlm ajk pusat pas utk bangun memberontak against majlis syura. Objektif anuwar adalah meletakkan juak2 ini utk merampas pas dari dlm tp olehkrn niat dan wala juak2 ni dh terdedah....might as well pecahkan je pas ni..
      Objektif anuwar ni selari dgn polisi amerika utk mengendurkan parti2 islam di dunia islam.
      Tapu dia merancang...allah pun merancang....

      Padam
    2. astagafirullahalazim....

      Padam
    3. Kenapa cari pasal baiki labu yang tak rosak (langkah Kajang). Kalau niat tak betul dan angkuh, Allah turunkan bala. Takut tak tertanggung sakitnya. Kembalilah ke jalan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Itu pun kalau sudi.

      Padam
  2. maaf bro UMNO kehilangan bnyak pemimpin yang berintegriti....wa x kisah kalau MB selangor bukan melayu tp Islam. Matlamat sekarang nak bangunankan ekonomi Islam bukan melayu dan bukan semua melayu mengaku islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah la...
      Yg ada integriti pun korang nak campak...
      Lagi nak kutuk Umno...
      Bukak mata ler beb, yg berintegriti dlm Umno semua lari ke PKR tp dek kerana kroni dan kaum kerabat, yg berintegriti ni ler yg korang campak keluar dan pijak2...
      Tak lama lg hancur lebur ler PKR tu sbb kroni dan nepotisme...
      Baru padan semua tukang sapu kat bawah2 tu...
      Hahaha...

      Padam
  3. Kalau YDP PAS Selangor sendiri akur dengan arahan presiden yang mahukan PAS sokong seorang yang telah dipecat bilamana telah menghadiri mesyuarat EXCO dan tidak pula merasa simpati dengan rakan sejawat EXCO yang telah dipecat oleh seorang MB yang bebas (Tanpa Parti) dengan hanya beralasan mereka berkhidmat untuk rakayat dan atas perkenan kuasa sultan dan undang-undang tubuh negeri Selangor,adakah PAS telah berpegang dengan persefahaman dalam gabungan PR telah dipatuhi,inilah soalan dasar,jika PAS sanggup mengorbankan dasar persefahaman bersama ini bermakna kerjasama PAS dalam PR sudah musnah,bayangkan jika keputusan yang dibuat oleh TSKI hanya disokong oleh PAS saja walhal dalam PR ada tiga Parti yang sepatutnya menerima keputusan,apakah ini yang PAS hendak iaitu kuasa oleh peresiden sendiri.fikir fikir dan fikir wahai PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memamg benar, sebenarnya PAS adalah duri dalam daging PR

      Padam
  4. Semoga PAS dapat membebaskan diri dari cengkaman anti Islam DAP-PKR.......
    Mulakan Hudud di Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Nak mulaksn hudud mcmana ketum kau tu hari uk ak uk ak mk mengelak(t) dr sokong hudud

      Padam
    3. Sultan Selangor dah bagi lampu hijau kepada Pas...
      Samada mereka tak mampu berfikir atau banyak sgt rahsia terpendam yg dipegang Anwar sampai terpaksa turut kehendak PKR. Calonkan Azmin nak buat apa? Baik sokong Azizah je...
      Pakai ler otak, sultan nak Abdul Hadi jd MB... susah sgt ke nak fikir?

      Padam
  5. jika pas berdegil pas akan melepas..pr takkan rugi apa apa...kalau pas tak lg joint pr dlm pru14 nanti..pkr dan dap akan menang besar..kerana pas dan umno akan bergayut pada pengundi melayu..maka pertandingan 3 penjuru akan berlaku..UMNO ..PAS.. PR..kalau itu yg pas mau silakan ..kita menghormatinya...kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengarut. Dengan perangai rakus PKR. ingat orang Melayu Selangor masih nak sokong PKR? Umno yang begitu teguh dulu pun ranap sebab perangai rajus.Umno jangan harap dapat sokongan orang Selangor. DAP tak masuk kira, dia duduk dalam kawasan Cina; mesti selamat.

      Padam
    2. Itu cuma persepsi saja.yang penting asalkan bukan umno,ABU

      Padam
  6. Isunya bermula di mana sebenarnya?krisis MB adalah kemuncak..saya yakin PR punya jawapan..sila buat kajian.hanya menyalahkan PAS sahaja?PKR tidak salah?DAP tidak salah?walaupun secara zahir dalam isu sekarang.PAS memang tidak patut bersikap demikian,MSU membuat keputusan(TSKI)belum dipecat..dan Meeting AJK PAS boleh buat keputusan baru(jika mahu)setelah fakta berubah.Soal utama?kenapa sampai begini sekali sikap PAS..apakah isu yang menyebabkan PAS begitu terluka?..cuba cari yerr..jgn klise..ratib ug ug ug..cuba cari ratib yg lain..heheheheh

    BalasPadam
  7. Dokumen surat yg turut ditandatangani oleh Mat Sabu mewakili presiden Pas n juga wakil pkr&Dap nyatakan yg mereka telah terima cadangan itu untuk disampaikan kepada majlis tertinggi parti masing2 untuk membuat keputusan.. Maksud 'terima' ialah seperti akuan terima bukan terima setuju keputusan tersebut (kerana Mat Sabu n LGE xblh buat keputusan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau bwkla kebenaran mcmana sekalipun....blogger2 pkr ni jumud...x dpt klhkan hujah...dimakinya kita blk....londeh sana londeh sini....srndiri terlondeh.

      Padam
  8. pegi mati dgn semua melayu yg mengaku islam tp tidak tulin dalam perjuangan... tidak ada semangat setiakawan... tidak ada jati diri... election kali ni... PAS = PASTI bungkus

    BalasPadam
  9. Tak yah cakap banyak orang Pahang, kami rakyat selangor, kami yang menentukan siapa yang kami nak pangkah. Kalau beria-ria sangat mengapa tak usul bubar kan ADUN biar kami tunjuk kuasa kami. Orang lain boleh blah.. duduk jauh jauh

    BalasPadam
  10. MASA ZAMAN NABI DULU HANYA ADA ORG ISLAM (BERSATU) DAN KAFIR JA....BUKAN MACAM SEKARANG CACAMERBA ORG ISLAM PUN BANYAK PARTI DAN PUAK....

    BalasPadam
  11. Pengumuman Khalid bahawa PBT akan diperhatikan dan dinilai semula, menunjukkan Khalid tidak sahaja mengisytiharkan perang dengan Anwar Ibrahim dan PKR sebaliknya perang lebih besar lagi ialah dengan DAP dan segala macam perniagaan maksiat dan jenayah mereka yang selama dilindungi oleh Ahli-Ahli Majlis PBT.

    Perlu diingat, selepas PRU-13, DAP menempatkan terlalu ramai kerusi-kerusi PBT untuk Ahli Majlis dari DAP berbanding PKR dan PAS. PAS merupakan pemegang kerusi PBT yang paling minoriti meskipun PAS adalah pemenang terbesar dalam pemilikan kerusi DUN Selangor.

    ...Ini sudah jadi BERKERAT ROTAN, BERPATAH ARANG....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betulkah apa yang kamu katakan ni labu jangan buat fitnah benda2 ni semuanya ditinggalkan oleh pemerentah terdahulu jg buat lawak

      Padam
    2. Apalah yang PAS+DAP+PKR buat ketika menjadi kerajaan di Selangor selama 6 tahun lepas?? Goyang kaki dan telur je kot...

      Bila datang krisis begini, ayat paling mudah untuk lepaskan diri ialah salahkan kerajaan terdahulu..

      memang sah, itulah kerja pemimpin PAS+DAP+PKR... goyang kaki, goyang telor, ceramah, maki hmun, kutip derma... selain dari tu tak buat apa pun

      Padam
    3. Aku stuju nk anon 11.31. Kalau betul masalah tu peninggln kjaan dulu knp lps 6 TAHUN TAK ADA TINDAKAN? ??

      ANON 11 12 MMG NGOKKK

      Padam
    4. saya anak selangor, kampung halaman, membesar dan hingga kini cari makan dan menetap di Selangor. Lihat buka mata sekeliling di sekitar kwsn melayu saja cukup rumah2 kedai yg dulu tiada rumah urut, yg tiada hotel bajet, yg tiada pusat karaoke, pusat hiburan wujud berganda2 sejak PR berkuasa.

      Padam
    5. Kat mana yang ganda2 tu. Cuba spesifik sikit?

      Padam
    6. 3.47. Ko ni org ulu mana....dtg sgor puchong kelang serdang dll tgk sndiri

      Padam
    7. Yg aku kelakar dgn puak2 PR ni, Khalid tak buat apa2 kesalahan, tapi kenapa nak mulakan langkah kajang?
      Walhal Khalid tu org sendiri.
      Kalau pun Khalid ada masalah, berbincang ler dlm parti, kenapa nak ada langkah kajang?
      Nampak sgt Anwar nak rampas segala kekayaan kat Selangor tu...
      Boleh plak Adun tu tarik diri pastu ganti Azizah...
      Org buta je yg tak nampak drama swasta ni...
      Bukan buta mata, tapi buta hati...

      Padam
  12. Siapa cakap dulu ada Islam dan kafir sahaja. Dulu ada munafik dalam Islam. Orang Islam pun tak kenal sepenuhnya kerana hati mereka yang munafik. Cuma Rasullullah saw dan Allah saja yang tahu.

    Bila terjadi peperangan contohnya baru timbul golongan munafik ini yang lari dari peperangan..

    BalasPadam
  13. ANON 10.38
    KITA TAK BERCAKAP PASAL MUNAFIK, KITA BERCAKAP PASAL ORG ISLAM, PAKAT DOK GALAK TUBUH BAYK2 PARTI LAEPAS DOK BERTOKAK. CINA TEPUK TANGAN TENGOK ORANG ISLAM BANGANG.

    KALAU AJAK BERGABUNG SESAMA PARTI ISLAM, ADA LAH PENJILAT PENCACAI DOK JADI BATU API, CINA TAK PAYAH DOK KALUT PUN, TUNGGU JA SEBAB PENCACAI NI TOLONG COVER....CIS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra tarantula....saya sokong hujah tuan.

      Padam
    2. Aku pun setuju dan tahniah kpd taratula kerana anda adalah org islam yg masih waras.

      Padam
  14. Ahli-Ahli Majlis PBT juga tidak terkecuali bakal dikenakan tindakan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor yang bebas daripada PKR dan DAP.

    Beberapa tindakan 'tergantung' termasuklah menguatkuasakan larangan arak dan maksiat di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti sebagai kawasan bermajoriti Melayu, akan dikuatkuasakan selain larangan pembesaran atau pembinaan kuil-kuil haram di tanah milik kerajaan yang berleluasa sepanjang Pakatan Rakyat berkuasa.

    Semuanya kerana Anwar Ibrahim yang gila kuasa, menyebabkan Khalid tidak ada banyak pilihan selain terpaksa 'membetulkan' semula kepincangan yang telah berlaku di Selangor.

    Tindakan Anwar yang mahukan isterinya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim bagi mendapatkan wang RM3 bilion rezab tunai negeri Selangor, tidak sahaja menjejaskan penguasaan PKR dan DAP, bahkan sikap bermaharajalela Ahli-Ahli Majlis PBT.

    Yang sahihnya, SPRM sudah mula membuka kertas siasatan, bermula dengan Khalid Ibrahim sendiri sebagaimana yang dipintanya untuk tujuan membersihkan namanya daripada segala tohmahan dan fitnah keji Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Abdullah Sani, Mak Lampir Zuraida dan Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SPRM tu barua umno.Kau percaya kat SPRM.Otak kau memang lembu.

      Padam
  15. artikel minta simpati Pas he he he....cian...bila dah berkuasa cakap pun besau....lupa jasa2 Pas....itu lar PKR

    BalasPadam
  16. TSKI bubar aje DUN....kita tenguk parti mana yang akan berjaya nanti....Kalau melayu selangor tunjuk cerdik lagi..kita sama sama balik masuk hutan berkawan dengan kaum kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah tak suka kot '3' ni berbau kristinity kuat...

      Allah je penentunya..

      Padam
  17. Keupayaan dan kemampuan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid diragui oleh banyak pihak. Ini adalah kerana Wan Azizah, walaupun di sebalik keserakahannya untuk menjadi RATU, terlalu banyak berlakon termasuklah tercari-cari harga dan imej diri dengan kipas dan sarung tangan putih sebagai identitinya, sehinggakan mutu lakonannya menutup keupayaannya yang sebenar.

    Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah gagal sepenuhnya. Sebagai isteri Anwar Ibrahim juga, Wan Azizah turut gagal walaupun mempersembahkan air mata sebagai modalnya.

    Dan lebih memalukan, sebagai ADUN Kajang, semua soalannya ditolak oleh Speaker DUN, Hannah Yeoh kerana tidak mengikut prosedur selain yang terbaru, gagal menghadap DYMM Sultan Selangor kerana surat yang dihantar tidak menepati prosedur apabila turut memasukkan nama suaminya, Anwar Ibrahim padahal Anwar Ibrahim sepatutnya tiada sebarang kena-mengena dengan Selangor.

    Pengerusi PKR Selangor adalah Azmin Ali, bukannya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim hanyalah berjawatan KETUM atau Ketua Umum yang dilantik oleh isterinya, Wan Azizah tanpa mandat ahli parti.

    Wan Azizah juga lebih banyak dilihat sebagai boneka Anwar Ibrahim yang langsung tidak berfungsi sebagai Presiden parti kerana kesemua keputusan dibuat oleh Anwar Ibrahim dan tugasnya hanyalah menurunkan tandatangan.

    BalasPadam
  18. Ramai pun tak sokong BN berikutan kesedaran masing-masing.

    Pilihan ysng ada adalah Pakatan Rakyat.


    Tetapi dalam PR ada PKR dan dakam PKR ada DSAI. Itulah punca masalahnya.

    Kita mencari pemerintahan jujur, sebab itu mencari selain sedia ada.

    Mulanya Kajang Move, ketidakjujuran telah mula terserlah. Penipuan objektif adalah jelas.

    Sebenarnya dari mula kewujudan PKR hanya untuk kepentingan DSAI bukannya kepentingan rakyat. Sedarlah untuk jujur.

    Ameno pula walaupun tertubuh menerusi manipulasi tetapi tujuan asal untuk rakyat tetapi dalam pelaksanaanya untuk yang berkepentingan pula.
    Untuk mengelak permainan kasar parti tokey lama DSAI untuk menghumban ke penjara, berebutlah DSAI untuk buat sentimen. Kalau dah jadi MB dulu, sekiranya dihukum besarlah sentimen simpatinya.

    Mula dengan pemilihan presiden, suami isteri mencalonkan diri. Kemudian isteri menganti suami di Kajang Move untuk ke Putra Jaya konon dsn kini bila dah boleh kira pasti ke penjara memaksakan penerimaaan isteri jadi MB. Tujuannya adalah cuma untuk DSAI kekal relevan.

    Bayangkan jika DSAI berada di penjara, isteri tak jadi prediden, tak jadi MB bagaimana beliau nak mengawal parti dan menjadi relevan lagi?

    Pilihan yang ada tinggal DAP dan PAS?

    Teruskanlah berfikir!

    BalasPadam
  19. Kajang Move berjaya kejutkan Umno. Secara tiba2 Najib panggil Sahak Gagap dtg putrajaya sain MOU. Selama ini berkeras sungguh. Sahak gagap pun tak sedar diri datang segera bila dipanggil tanpa memaklumkan atau berbincang dgn rakan2 dlm PR, terutama bosnya. Tapi bila suruh datang jawab masalah hutang dia, tak datang pula beri penjelasan. Meeting MPN Negeri Selangor tak pernah hadir kerana Azmin jadi Pengerusi PKR Selangor. Terasa ego. PR bentuk AJK mengenai MOU dan Langat 2 agar boleh memantau perjanjian atau tipu helah Umno, AJK diwakili dari PAS, PKR dan DAP, namun Sahak gagap tak pernah panggil mesyuarat pun. Betapa teruknya sahak gagap ini punya ego. Memang patut pun kena pecat. Umno amat takut bila dgr Kajang Move, tiba2 kes Anwar dicepatkan. Mengapa? Kenapa takut sangat? Tentulah ada sesuatu. Menakutkan Umno pun dah dikira satu kejayaan. Tahniah Kajang Move. Tanpa Kajang Move, Sahak Gagap akan terus jadi barua Amno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa Anwar dlm penjara, yg banyak bantu Azizah adalah org2 kanan dia yg mana kebanyakannya dah lari dr PKR.
      Kalau Azizah naik gak, dan Anwar kena masuk dlm, alamatnya tunggang terbalik ler Selangor lepas ni sbb Azizah takda penasihat2 penting melainkan yg tinggal kaki2 kipas yg pasti akan mementingkan kroni masing2....
      Best drama swasta Selangor ni...

      Padam