TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Isnin, 8 September 2014

MB SELANGOR - PATUHI JANJI ATAU TIDAK DERHAKA?

SEKALI lagi di dalam isu MB Selangor, jaminan diberi oleh PAS setelah parti itu bermesyuarat di dalam AJK Pas Pusat semalam bahawa;

1.  PAS akan tolak sekiranya calon PAS dipilih oleh Tuanku sebagai MB Selangor - Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS.

2.  PAS tidak tuntut Kerusi MB Selangor, terpulang kepada Tuanku -  Mustafa Ali, SUA PAS Pusat.

Perkara di No 1, "hukum'nya 'qatie' iaitu jelas bahawa "PAS AKAN TOLAK".  Noktah.

Perkara di No. 2, Terdapat 'khilaf' dan tidak "qatie' iaitu "Terpulang kepada Tuanku", tapi PAS tidak tuntut Kerusi MB Selangor.  

Mana satu akan berlaku jika Tuanku mahu PAS menjadi MB Selangor walaupun di atas kertas PAS tiada sokongan majoriti?  Ikut kenyataan Mat Sabu, PAS akan tolak tawaran itu kerana Mat Sabu mungkin merasakan amat tidak jujur dan tidak Islamik jika PAS berada di Kerusi MB atas sebab-sebab mungkin berikut;

-  Kerusi itu bukan hak PAS kerana PAS tiada sokongan majoriti dan berada di jawatan yang bukan hak tentulah bercanggah dengan Islam.  Mana mungkin kita boleh berada di tempat Imam Solat di dalam keadaan majoriti jemaah tidak redha kita jadi Imam, walaupun kita dilantik oleh pihak berkuasa?

-  Islam mewajibkan tunai janji hatta berjanji dengan Non Muslim.  Janji PAS adalah Kerusi MB Selangor itu milik PKR.  Di mana mahu letak maruah dan imej parti Islam dikaca mata masyarakat termasuk kepada yang bukan Islam sekiranya PAS sanggup langgar janji kerana jawatan?  Tidak mungkin.

Bagaimana kita melihat kenyataan Mustafa Ali?  Kata SUA PAS itu, PAS tidak akan menuntut Kerusi MB Selangor, itu satu kenyataan yang boleh kita percayai.  Aku pun yakin 100% bahawa PAS tidak akan tuntut Kerusi itu.

"Tidak akan menuntut", bukan bererti WAJIB menolaknya jika diberi tawaran.  Mudah kata, "Aku tak minta, tapi jika kasi aku terima saja...".  Betulkah ungkapan itu?  Apa alasannya?

-  Alasannya, PAS tidak tuntut tetapi PAS 'terpaksa' taat kepada perintah Tuanku.

Itu sajalah pada aku yang PAS ada untuk buat alasan.  Bagi aku, sebagai sebuah parti Islam, tentunya PAS lebih faham mana lebih 'aula' atau wajib samada patuh pada perjanjian dan tidak khianat dengan tidak menderhaka?  

Hukum mematuhi perjanjian itu wajib.  Hukum taat kepada Sultan pula?  Kena lihat dulu apakah Sultan menitahkan benda yang betul atau salah mengikut semangat Raja Berperlembagaan.  Semangatnya adalah MB itu seharusnya mewakili rakyat negeri dan tentulah MB itu mendapat sokongan majoriti Wakil-Wakil Rakyat.  Jika perintah itu tidak menepati semangat itu, adakah 'wajib' PAS mematuhinya atau sekadar dari segi adat "cuma derhaka"?  Pilih hukum atau adat?

Untuk tidak peningkan kepala, lebih afdhal rasanya PAS menghormati perjanjian di samping menghormati semangat demokrasi Raja Berperlembagaan.  Jangan kerana jawatan yang tidak lama itu kita akan merana dan rugi berpuluh tahun.  Membina kekuatan di dalam PR bukan mudah, tetapi lebih sukar untuk mempertahankannya.  Lebih mudah dan cepat pula untuk menghancurkannya.

64 ulasan:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Kupasan empunya blogger bagaikan cendurung macam nak rak kat pompuan untuk di tabalkan sebagai Menteri Besar. Bagaikan seorang lelaki bila kemaruk kat pompuan sehingga meluah kekata " I SANGGUP DAKI GUNUNG EVEREST atau I SANGGUP RENANG LAUTAN API sebelum dapat TETAPI bila dah dapat pompuan itu mulalah buat DEK JE apa sahaja pompuan tu minta. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik Aji...

      Padam
    2. Adakah wanita tidak boleh dilantik sebagai wazir dalam urusan pentadbiran negara... ratu balqis dipuji atas bentuk pemerintahannya yang adil.. muslim yang berfikiran sempit seperti inilah yang memusnahkan 'islam' dan menyekat dakwah tentang kebaikan Islam..

      Padam
    3. Berkenaan ratu Balqis itu riwayat baginda agak samar2. Ada menyatakan ratu itu blum islam sewaktu baginda menjadi ratu.
      Wallahuaklam

      Padam
    4. Dengan Nama Allah SWT
      Sirah Nabi Sulaiman perihal Ratu Balqis.
      Pemerintahan Ratu Balqis dalam riwayat mengatakan yg Ratu Balqis tetap merminta nasihat dari pegawai pegawainya. Dek pendek cerita Ratu Balqis tunduk akan kehebatan lelaki bernama Nabi Sulaiman a.s. dengan izin Allah SWT. Ertinya Allah SWT menyatakan yg kaum wanita tetap lemah dan perlu kaum lelaki untuk bantu memerintah sebuah negara. Soalan timbul seandainya Dr Wan Azizah di tabalkan jadi MB Selangor jika beliau lawat kawasan tiba tiba seekor tikus mendekati beliau , adakah Dr Wan Azizah akan terkam tikus tersebut atau lompat kepangkuan kaum lelaki ????
      Kan elok seorang wanita ( nenenk kipas mendidik cucu nya menjadi sehebat DSAI) dari menyibuk mentakbir sebuah negeri ???

      Padam
    5. Apakah TGHH dalam keadaan tidak sedar/waras bila beliau yang mencadangkan nama DS Wan Azizah dan Azmin Ali dalam mesyuarat JKPP tempohari? Ahli2 JKPP tidak bersuara pun melainkan TGHH dalam memberikan nama tersebut untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor. Apa pulak ulasan Haji Jamaludin agaknya ya?

      Padam
    6. Untk pengetahuan En Hamba Allah Tuan Guru tidak mencadangkan atau memberikan nama Wan Azizah. Nama Wan Zizah di cadangkan oleh PKR dan Tuan Guru tidak membantah.

      Tidak membantah tidak bererti tidak akan menyusulkan nama lain.

      Padam
    7. Tak guna nak nasihat manusia spesis Hj Jamaluddin tu, dia ni pekak badak punya haji bukan nya mahu terima apa-apa kebenaran atau pandangan orang, sebaliknya yang dia tahu menulis merapu (puak konservertif katakan) . Dia ni tak habis-habis menghina wanita dan aku rasa dia ni duda sumbang kot? Dia ingat tanpa wanita dia boleh melihat dunia kot? Dia lahir pun bukannya ikut mulut wanita kan? Kau lahir ikut mana Hj Jam? (Tanya pun tak guna Hj Malaon ini bukannya rajin membaca pandangan orang lain). Akhir kata memang elok sangat lah kamu menyertai Cybertrooper UMNO untuk menyebok kat blog WFauzdin ini kerana sifat dan pandangan kamu tak ubah mcm Hj Adi Awe (pengkafir UMNO).

      Padam
    8. Halooo berok makya...ada dia hina perempuan ke? Haji tu beri pandangan peribadinya berdasarkn sirah.

      Lagi satu kau melalut merepek meraban sampai kaitkan beranak kat mana apa semua tu pehal.

      Ko ni mmg sohih penjilat tegar AlKetum laki bini.

      Pastu nak jugak kaitkan umno dgn pas.

      Tiuuuuu naseng lu.....!

      Padam
    9. PKR buat kawan jadi lawan. UMNO musuh yang nyata tapi telah buat TGHH umpama seperti musuh. Awak tu menumpang kekuatan PAS je.Tak cerdik langsung dalam berpoltik. Kalah sebelum berperang. Penasihat apa macam ni ?

      Padam
  2. Apalah sikap sesetengah pemimpin PAS ni. Dah tahu dan dah buat persetujuan yg jawatan MB tu utk PKR buat apa mu cadang nama dari PAS. Ni kah namanya orang yg berkebolehan mentadbir. Bila buat keputusan yg salah tak sanggup pula berhadapan ahli yg lain, lari dari menghadiri mesyuarat. Pemimpin hebat konon, tak mahu bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Malu.

    BalasPadam
  3. 1. Lagi malu@tiada intigriti PAS sekiranya memilih MB Selangor daripada wanita yg mana suami beliau merupakan Penasihat Parti..kata pejuang keadilaan,namun nepotisme@kemudian memaksa parti gabungan setuju.. Adil kah? Utk 7.52pg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik tuan 8.22

      Padam
    2. Sekiranya perjanjian dgn satu pihak itu didapati memudharatkn pd umun atau dibuat tanpa asbab yg jelas atau kelihatan sifat2 munafik pihak yg lagi satu itu, maka harus perjanjian tersebut disemak semula atau dibatalkan terus. Ini pernah berlaku sewaktu zaman Rasulullah swt dulu.

      Jangan ingat Islam itu terlalu rigid hingga manusia tidak gunakan aqal dan fikiran yg dianugerah Allah swt.

      Wallahuaklam

      Padam
    3. Terbaekkk bro

      Padam
  4. Hok Aloh...

    Kesiannya Blogger W Fauzdin nie yea... meroyan sakan..

    Baru tahu siapa sebenarnya blogger pas dan blogger penyokong Mat Sabun Al Khalwati..

    WFauzdin.. blogger peliwat rupanyer.. oooh aloh... Liwat lah jgn dok liwat

    Kah kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu saja hujah terbaik anda? ooh aloh...

      Padam
    2. Kurang baik pd pandangan saya bila 8 36 komen gitu. Tp bole terima kalau dituju pd penyokong PKR yg beku minda.

      Padam
  5. Susah sgt harap DYMM Sultan bubar je DUN

    BalasPadam
  6. minta pas jangan ambil hal tentang MB baru.......selesai masalah..betul tak ..

    BalasPadam
  7. Tolak PAS dari PR biar dia perpaduang dgn UMNO senang cite. Ambik PASMA ganti PAS. Tadok dolak dalih lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ler...tp umno pun bukan nk sgt PAS.

      Padam
    2. Eloknya PAS selesaikan dulu isu dalamannya yang dah jadi cacamerba antara kepimpinannya. Hal di Selangor eloknya PKR uruskan. Jangan lebih sudu daripada kuah. Yang penting PAS kena hormat keputusan mesyuaratnya dan tak perlu ikut pihak kepimpinan yang berpengaruh. Cakap mesti serupa bikin kalau tidak parti atas nama Islam ini nak letak muka kat mana pada pandangan kaum lain.

      Padam
    3. Asyik nk jaga pandangan kaum lain je. Maruah AGAMA dan bangsa pun lebih kena jaga.

      Padam
    4. dah tu lau pas tk penting knapa ssah sgt pedulikan la, da semernya korang maki hanya krn tk ikut tlunjuk boss ko tu, yg korang nak TGpresiden kami jd pak anggup kan , kem slam la

      Padam
  8. Nampaknya, pendedahan yang dibuat oleh Hadi Awang pada hari Jumaat lalu, telah menyentapkan keseluruhan angkatan PKR dan DAP. Mereka menjadi terlalu takut kerana dibimbangi, ketiadaan sokongan daripada akar umbi PAS kepada Pakatan Rakyat menyebabkan PKR dan DAP akan kehilangan banyak kerusi.

    Paling terjejas, sudah tentulah PKR. Berbanding DAP yang bertanding di kawasan majoriti Cina yang kita semua sudah sedia maklum tentang tahap sokongan pengundi-pengundi Cina kepada DAP berbanding Barisan Nasional,

    PKR bertanding di kebanyakannya kerusi yang dahulunya ditandingi oleh PAS dan di kawasan campuran yang dahulunya dimenangi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

    Tanpa PAS, selain kebencian para penyokongnya sendiri dengan kerenah yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim, membuatkan PKR akan kehilangan sokongan secara mendadak dan menyeluruh di seluruh negara. Dek kerana itulah, untuk menyekat dan menghalang kerugian yang lebih besar,

    PKR perlu menghalang PAS daripada menjadi pemusnah.Walaupun di dalam PAS sendiri ada penyokong tegar Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang sangat tegar sehinggakan mereka mewujudkan 'parti di dalam parti' menerusi kewujudan PASMA, tetapi mengenali PAS yang telah mendidik ahli-ahli PAS agar memberikan taat setia kepada pucuk pimpinan, khususnya Presiden dan Mursyidul Am yang dianggap tsiqah mengatasi AJK PAS Pusat kerana mendapat bimbingan daripada Majlis Syura dan Majlis Ulama PAS, PKR perlu risau dengan masalah yang bakal timbul.

    BalasPadam
  9. DSAI kemana skrg? Mnurut SU PKR ke luar negara?
    Nk pikir strategi apa lagi?permatang pauh move pulak@16sept move ka...maaf, belum lagi kajian dibuat, berapa keyakinan kah anda pada parti PKR? 0-100%.. -15% jwpn..tunggu&lihat..
    Mereka ini rakus@gopoh berpolitik..semoga Tan Sri Khalid tabah/sabar....pemerhati bebas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR IS FINISHED

      Padam
    2. Nasi dah jadi bubur. Nama PKR dan busuk bila dianggap sebagai PENDERHAKA raja. PKR dan KAPUT.

      Padam
  10. PAS cuba dilayan sepertimana PKR melayan dan memaki hamun UMNO dengan harapan, kebanyakan yang menyokong PAS, akan berasa malu dan kemudian keluar atau menyokong PKR secara senyap-senyap.

    Malangnya, PKR dan DAP tidak sedar bahawa perbuatan mereka akan menambahkan lagi masalah.

    Hanya kerana cuba mempertahankan amalan nepostisme dan kronisme Anwar Ibrahim, mereka akan kehilangan dan kerugian yang lebih besar. Termasuklah golongan penyokong PKR dan DAP yang bersembunyi di dalam PAS, juga bakal berhadapan dengan proses penyingkiran yang lebih kejam.

    Yang pasti, cakap-cakap sebegini sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu 'pujukan' dan 'gertakan' agar PAS tidak sama sekali menderhakai PKR dan DAP kerana apabila PAS menderhakai kedua-duanya,

    DAP dan PKR akan mengalami kerugian yang sangat besar!

    BalasPadam
  11. PKR BOLEH BUNGKUS

    BalasPadam
  12. AlKetum mmg hebat. Negara, rakan saudara, parti lain habis dikacau ganggu utk memenuhi nafsu serakah politik nya.

    BalasPadam
  13. isu Langkah Kajang isu tamak PKR.

     isu buang Khalid Ibrahim isu tamak PKR.

    isu fitnah Khalid Ibrahim isu gila PKR.

    paksa org sokong bini sendiri jadi MB itu kerja gila oANWAR/PKR.

    PKR ---- sendiri urusla, jangan ni kacau ganggu dan fitnah PAS pulok. Binate mu weh

    BalasPadam
  14. PKR BOLEH BYE BYE

    BalasPadam
  15. Untk pengetahuan En Hamba Allah Tuan Guru tidak mencadangkan atau memberikan nama Wan Azizah. Nama Wan Zizah di cadangkan oleh PKR dan Tuan Guru tidak membantah ketika itu.Tidak membantah tidak bererti tidak akan mengusulkan nama lain.

    Jika skrg beliau bertukar fikiran itu HAK beliau jika beliau mendapati pilihan yang dipersetujui sebelum ini, akan memudaratkan kesejahteraan rakyat selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Aku tgk PKR ni lain mcm pulak perangai dia org...kalau dah ckp apa2 tak boleh tukar2 lg. Nak paksa2 orang pulak....

      Padam
  16. Perjanjian dengan PKR dan DAP ini adalah perjanian syaitan. Nak jahanam boleh lah. Kerjasama dengan Mereka pun satu kerjasama syaitan. Kita yang lurus tepi mereka benkok. Bila dah bermasalah, salahkan kita pula . Inilah perjanjian syaitan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MMG BETUL. ...PKR N DAP CAN GO TO HELL. SEKALI MENIPU MUNGKIN ORG AKAN PERCAYA. TAPI KALAU DAH KELUAR JE AYAT DARI MULUT PENUH PENIPUAN DAN FITNAH, ORG AKAN TAHU JUGAK.....

      Padam
  17. Hebat, skrg PKR dpt lagi gelaran.selama ni penipu,pemfitnah, nah skrg PKR biadap dan tak tahu adat.ni semua salah PAS dan UMNO.hihihih

    BalasPadam
  18. Istana tiada hak utk menolak pencalonan PKR utk MB DSWA ganti Khalid Ibrahim. Ingat...PKR juga ada suara dan hak. Sekiranya Istana masih berdegil kami akan arahkan pengikut2 PAS untuk berarak dijalan raya.

    BalasPadam
  19. Antara skrip ucapan hj hadi di trengganu minggu lepas:

    Tiba-tiba dijadikan masalah. Mula-mula dikatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut, bakhil, payah bagi duit. Saya jumpa beliau. Dia kata "duit negeri Selangor bukan duit saya. Itu duit rakyat. Saya tak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenang. Mesti mengikut peraturannya."

    BUKTI ANUAR ALKETUM KETAGIH WANG RAKYAT SELANGOT!!!!!

    BalasPadam
  20. Mohon Blogger Fauzdin tutup blog ini. Dah jadi tmpt Pas dgn Umno bersarang.

    *Raiz PLASma*

    BalasPadam
  21. TAK MANIS DAN ELOK kepada orang beserban TAPI
    1. Engkar bila berjanji
    2. Setuju dgn keputusan AJK Pusat tapi kencing kemudiannya.
    3. Jika ada angan -angan> 15 + 12 + 1 = 28
    4. Cakap bebelit belit.
    5. Macam tak paham kuasa presiden, kuasa muktamar, kuasa majlis syura dan keputusan eksekutif AJK Pusat
    6. Mengusul nama yg tiada cukup majority
    7. Hari ni cakap A tetiba esok jadi B
    TAK ELOK TAU bekelaku gitu

    DRP : velfire

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untk pengetahuan En Hamba Allah Tuan Guru tidak mencadangkan atau memberikan nama Wan Azizah. Nama Wan Zizah di cadangkan oleh PKR dan Tuan Guru tidak membantah ketika itu.

      Tidak membantah tidak bererti tidak akan mengusulkan nama lain.

      Jika skrg beliau bertukar fikiran itu HAK beliau jika beliau mendapati pilihan yang dipersetujui sebelum ini, akan memudaratkan kesejahteraan rakyat selangor.

      Padam
  22. Lepas ni..PKR mesti kosongkan kerusi DUN Penang pulak.Untuk beri laluan Kak Wan jadi KM Penang.DAP mesti bersetuju dengan Anwar.

    BalasPadam
  23. Janji atau derhaka?
    Pandai pula tanya?
    Yang tepatnya begini :-
    Janji atau neraka?
    Mana janjinya manefesto pilihanraya DSAI?
    Rakyat Selongor dijadikan tikus makmal!
    Bagilah barang suku baris alau tak sebaris pun nas AlQuran perempuan sebagai pemkmpin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak PKR DAP tak benar kan mungkir janji atau derhaka pd spesis mrk.

      Tp mrk nengharuskan mungkir janji pd rakyat dan derhaka pd agama sultan dan bangsa.
      ......itulah diantara sifat keji dan jijik puak PKR dan DAP ini. ....

      Padam
  24. Mungkin ada peejanjian antara pas dan pkr/dap. kalau bab selangor, mb nya adalah pkr. Dap dapat penang,melaka. Tapi aku pelik sikit dgn perjanjian ni. Kenapa tak dibuat perjanjian perlis milik pkr dan selangor milik pas? Apakah pas ni parti nak memerintah kampung2 aje? Kenapa tak buat macam umno sahaja. Semua negeri kecuali penang dan sarawak ber mbkan umno. Barulah islam itu dominan! Tapi pkr dah pikir nak bagi2 kuasa pada mata sepet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bangsa asing spt DAP dah berkuasa nnt, tgk la mcm mana mrk menindas bangsa Melayu.
      Bila tiba waktu itu nnt,yg teraniaya dan ditindas adalah ank cucu kita.

      Masa itu...nasi dh jd bubur. Anak cucu hanya mampu memaki hamun dan memijak kubur atuk nenek mrk yg bersengkokol dgn puak bangsa asing spt dap ini.

      Padam
    2. PKR DAP...PLZ BERAMBUS

      Padam
    3. ♧☆→♣◇■:'(:-(
      @##€♡♥♥♥

      €:-);-):-D:-(:'(:O★★....!!!!

      ♡♥♡♥♡♥₩

      Padam
  25. Masihkah anda mengingati Chow Jack, seorang RBA DAP yang sangat kurang ajar, biadap dan selayaknya dipancung sampai mati kerana penghinaan yang dibuatnya terhadap Islam, Melayu dan Bumiputera. Barangkali menyangkakan yang tiada sesiapa dapat menangkap atau mengesannya, dia meneruskan kerja-kerja jahat di Facebook dan meneruskan kerja-kerja penghinaan walaupun telah diberikan peringatan.Hari ini, Chow Jack yang merupakan seorang penyelia tapak pembinaan melalak meraung selepas dia dijatuhi hukuman penjara selama setahun selepas menyiarkan posting-posting menghina di Facebook berhubung dengan sambutan Hari Raya.

    Chow Mun Fai, yang dikenali sebagai Chow Jack di dalam Faceboook, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas dia mengaku salah memuatnaikkan posting menghina di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park di Jalan Strachan, Sentul sekitar jam 10:30 pagi pada 12 Jun lalu.

    BalasPadam
  26. Kenapa PKR nie beriya iya sgt nk kondem PAS sbb Pas hntr 3 nama? Klau PAS hntr nama Wan Jijah saja pun, bukan nya ada makna. Sbb Sultan nk 3 nama atau lebih. Ni aku tgk teruk Tok Hadi dibelasah puak2 parasit Pas bersama pencacai taik PKR. Ank haram betul...

    BalasPadam
  27. Skrg ni TGHA disalahkn sbb bini ketum xdpt jd mb. Pokaimakk betul puak2 pkr brotak udang ni.mana sijubori ketum tu...apsal dia diam??? Masalah smua ni dia punya psal laa smpai PAS pun dh pecahbelah...muka dh cengkung mcm zombie. ..masih xsedar diri.cpt la ko dicampak dlm jel sg buloh.mmg spesis dajjal

    BalasPadam
  28. Sdra 8.46. Sdra harus beristifar dan bersabar. Jgn ikut perasaan memaki hamun, kelak sdra juga akan menyerupai sifat kumpulan itu. Memang kita kecewa amat sgt jika melihat telatah mereka.

    Bermula dgn kalimah Allah, LGBT kemudian nya menipu tentang blackout, pengundi Bangladesh dsb. Mereka menyerang dan nemfitnah Najib dan isteri. Mereka mengkritik jabatan dan majlis agama walhal mereka juga beragama islam dan sepatutnya menyokong apa2 tindakan yg bertujuan melindungi agama Islam.

    Sekarang ni mereka memfitnah dan membuat berbagai tohmahan terhadap TSKI. Sehingga MB itu dipecat dan akan melepaskan jawatan MB beliau. Walhal 9 wakil PR iaitu 3 dari setiap parti telah menemui TSKI dan mereka berpuas hati dgn penerangan MB itu.

    Tapi disebabkan inginkan kuasa dan mahu menaikkan isteri pemimpin mereka, mereka sanggup membangkitkan semula perihal TSKI dan menuduh beliau dgn pelbagai tohmahan.

    Sekarang mereka menyerang dan memburukkan pemimpin PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang sehingga PAS sebagai parti berlandaskan Islam yg begitu padu dan jitu mula bergolak dan berpecah.

    Tidak puas hati, mereka telah mula menyerang DYMM Sultan Sgor pula dan mempertikaikan hak dan kuasa Sultan.

    Ini lah yang sedang dilakukan oleh mereka tanpa rasa malu. Namun kerana petah menipu dan memfitnah, ramai rakyat yang terpedaya dan akhir nya yang akan kecundang adalah agama bangsa dan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pencerahan yg ringkas tapi padat dari kacamata umum. T.kasih tuan.

      Padam
  29. Sangat sombong dah bila dapat undi popular 52%. Syok sendiri macamlaa dah kuasai Putrajaya. Bila-bila masa je 52% tu akan menjunam turun kerana PKR tak ada apa kekuatan kecuali menumpang PAS dan DAP. Nak tadbir negara ? Cermin diri la. Parti masih dok huru-hara, Pemilihan macam kedai todi, tunggang- langgang. Presiden boneka, tak pernah pun dengar bentang dasar parti, semuanya KETUM. Duit pn tak dak. Sebab tu la nak sangat negeri kaya ni.Bukan sekadar 3 bilion, tapi berbilion-bilion dalam PKNS, KDEB, PNSB, Perangsang, SSIC, PKPS, LPHS, MBI, dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masyukkkkkkkkk....kata al'Ketum.

      Padam
    2. Tak guna nk bangga atau sombong dgn 52% tu...kalau dpt dgn menipu dan memfitnah org...

      Padam
  30. Hakikatnya nama Azizah dan Azmin keluar dari mulut Presiden PAS pada mesyuarat AJK Pas pusat pada 17 ogos. Hj Hadi awal ucapan pd mesyuarat dan sebaik saja beliau baca dia tiga hadith dan ayat al-quran, beliau terus umum nama Azizah dan Azmin. Disokong sebulat suara. Itu fakta.

    Silap Hj Hadi, beliau tak hadir mesyuarat PR selepas itu. Beliau wakilkan Mat Sabu dan SUA Mustafa Ali juga hadir. Mat Sabu nyatakan PAS calonkan nama Azizah dan Azmin.

    Mesyuarat PR seperti biasa menggunakan konsensus buat kputusan, maka diputuskan hanya nama Azizah saja dibawa ke istana, dlm masa yg sama PR menghormati cadangan PAS untuk letak calon kedua Azmin. Maka, nama Azizah dipersetujui utk dibawa ke istana.

    Hj hadi mula buat perangai selepas itu. Hj Hadi terang2 tolak kputusannya sendiri dan calonkan nama lain tanpa ada lagi mesyuarat AJK Pas pusat. Beliau guna kuasa vetonya kononnya mmg ada dlm perlembagaan. Lujnah Undang2 PAS sendiri pun sebut Presiden dan Majlis Syura telah melanggar Perlembagaan PAS.

    Inilah hebatnya Hj Hadi. Sbb tu tak hairan semakin ramai sudah hilang kepercayaan bila Pas berjanji.

    BalasPadam
  31. Kita gaduh begitu begini, last2 MOU Loji Langat 2 dah sign dah.

    2-4 tahun lagi, bil air mencanak - cybertrooper happy sebab dapat 2-3 ribu, kontraktor UMNO happy sebab dpt projek, rakyat selangor macam aku dapat apa ?

    bMasa tu Boleh aku claim kenaikan bil air aku kat korang ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu tak kira lagi kalau aku masuk h/way KIDDEX Damansara-Kinrara, mampus kena bayar tol sampai anak aku dah kerja pun kena bayar.

      Anak aku boleh claim kat korang tol tu ?

      Padam
  32. Rahsia Teragung Lelaki Sejati Terbongkar !!
    ‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
    KLIK HERE !!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini